CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

‘Voice Poke’ produk baru Celcom

[Copy link]
Post time 25-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CELCOM Axiata Bhd (Celcom) muncul sebagai pengendali perkhidmatan mudah alih pertama memperkenalkan perkhidmatan, ‘Voice Poke’ yang disasarkan kepada lebih 11 juta pelanggannya.\rKetua Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata semua pelanggan setianya akan menggunakan perkhidmatan itu sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.\r\n\n\n\nPerkhidmatan itu hampir sama seperti yang digunakan dalam laman Facebook atau Twitter cuma apa yang membezakannya adalah medium yang digunakan.\r\r“Ia membolehkan semua pelanggan Celcom ‘mencuit’ kenalan atau keluarga mereka menerusi panggilan suara.\r\n\n\n\n\n\r“Apa yang perlu dilakukan adalah mendail *8 diikuti nombor pelanggan yang ingin mereka ‘poke’ dan kemudian pilih untuk menghantarnya sama ada dalam nada emosi marah, gembira, sedih atau romantik sebelum diterima kenalan masing-masing,” katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Hello Money anjuran pengendali perkhidmatan mudah alih itu di Bangunan Celcom, Kuala Lumpur, semalam.\rPertandingan minggu kedua itu dimenangi Pegawai Polis dari Ampang, Selangor, Mohd Faridz Abd Aziz, 30, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.\rSebelum ini, pertandingan minggu pertama dimenangi Bali Sulung, 24, dari Kapit, Sarawak, pemenang dipilih berdasarkan kekerapan melakukan panggilan tempatan sekurang-kurangnya lima panggilan sehari.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.362045 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list