View: 3073|Reply: 8
|
Kisah Mayat Hidup Kembali
[Copy link]
|
|
Buat para forumers bod MPS..Aku bukak thread nie adalah uintuk share satu buku yang aku baca , Mayat Hidup Semula dan nak diskuskan dengan korang..Ada empat belas bab semuanya..So,harap korang sudi baca satu persatu..Aku akan berusaha untuk taipkan dekat thread niey..Kepada Mod kalau tak sesuai thread nie di sini..tolong pindahkan ya?Insya-Allah..![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
BAB SATU
Kampung Minggat terus menyepi.Malam yang kini silih-berganti telah memancarkan warna sepi di kampung itu.Bulan yang mengambang penuh kini tidak berdaya memancarkan sinarnya ke bumi Minggat, kerana kampung itu ditutupi dengan pepohon yang rendang.Sesekali cengkerik mengalun suara sumbangnya memecah kesunyian.Begitu juga burung pungguk yang bernyanyi riang amat meresahkan penduduk kampung yang sentiasa dibayangi ketakutan.
Di hujung kampung,kedapatan sebuah gobok kecil yang cukup usang.Gobok itu agak terpencil dari rumah persekitaran.Gobok yang sangat uzur itu diterangi dengan cahaya lampu pending.Sesekali cahaya itu menerobos keluar melalui ruang-ruang yang terdapat pada dinding gobok.Kini gobok tersebut diremangi dengan warna yang menakutkan.
Di dalam kesuraman malam,kelihatan seorang perempuan yang tua renta menatang sebuah dulang.Keadaannya tidak terurus dengan mukanya berkedut seribu macam.Rambutnya pula putih berterbangan.Bajunya begitu lasam.Terdapat bau-bau hanyir di badannya.Keadaannya begitu menakutkan.Dia berjalan , kelihatan payah sekali.Terdapat kesan getaran pada anggota badannya.
Perempuan tua itu terus menatang dulang yang berisi ayam panggang dan pulut kuning.Sesekali perempuan tua itu mengangguk keseorangan seperti burung belatuk membuat sarang.
Perempuan tua itu berjalan menuju ke satu tempat yang aneh dan agak jauh, terasing dari persekitaran kampung.Di situ dia mengeluarkan sebatang lilin.Lantas dihidupkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan.....
Cahaya lilin itu kini menerangi persekitaran yang seram.Di sebelah kanannya kedapatan sebuah bungkusan kain putih yang sudah lasam.Manakala di hadapannya pula sebuah patung yang dikelilingi dengan colok-colok bagaikan sedang menanti.
Perempuan itu berensot ke depan dengan penuh hormat, sambil mulutnya membaca jampi serapah.Matanya tajam memandang patung tersebut.Sesekali pula perempuan itu tersenyum menyeringai.Kelihatan garis-garis giginya tajam dan berkarat.Selepas itu dia membaca lagi.Kali ini kelihatan mulutnya begitu laju membaca jampi serapah.Cahaya lilin itu berliang liuyk dengan sendirinya, walaupun pada masa itu tiada angin yang bertiup.
Di kejauhan sana sayup-sayup terdengar suara serigala salak menyalak.Kekadang suara itu diselang-selikan dengan suara anjing.Kampung Minggat yang sunyi terus mati.Bulan mengambang penuh tidak dapat menghidupkan suasana kampung yang terperosok di dalam hutan itu.Tambahan pepohon begitu merimbun, menyebabkan kawasan gelap gelita.
Perempuan tua renta itu terus melakukan upacara memuja patung.Kini bacaan jampi serapah lebih kuat.Kelihatan benar getaran di tubuhnya yang rapuh tetapi kukuh.Peluh dingin mengalir deras di tubuhnya yang lecit.Dia terus merapu.Lilin yang dipasangnya kini hampir padam.Manakala ayam panggang yang dibawanya tiba-tiba terawang -awang rendah di ruang patung.
Perempuan tua itu terus memandang ke arah patung.Matanya kini bertukar menjadi merah memancar.Tanpa berkelip dia memandang terus... |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan....
Entah dari mana,tiba-tiba kelihatan satu bungkusan sedang bergolek lantas berhenti di kakinya.Perempuan tua itu menjadi kaget.Bungkusan itu terburai.Keluar satu mayat yang masih baru keadaannya.Mayat lelaki tua yang masih elok badannya,tetapi anggota badannya ada yang sudah rosak dimakan ulat.Beberapa kali perempuan tua itu menahan hidungnya kerana tidak dapat menahan bau yang terbit.
Tiba-tiba mayat itu bangkit.Perempuan tua itu kekagetan,kerana berasa hairan melihat mayat itu sudah berdiri begitu hampir dengannya.Mata mayat itu masih pejam.
Mata perempuan itu memandang ke arah mayat lelaki tersebut.Mayat lelaki itu berparut di pipi berdiri kaku.
Kekagetan perempuan itu bertambah lagi.Mata mayat lelaki yang tadinya pejam kini terbuka luas.Matanya bulat berwarna merah.Sambil itu dia memandang tajam ke arah perempuan di depannya.Perempuan itu menjadi gusar dan agak gelisah.Ditentangnya mata mayat itu ,sambil mulutnya begitu lancar membacakan sesuatu.Kini mayat lelaki itu bertukar warna.Mayat yang tadi pucat kini bertambah pucat.Cuping telinganya pula memanjang ke atas.Hidungnya semakin terperosok ke dalam.
Mulut mayat itu terkeweh hingga ke paras dagu.Kelihatan beberapa batang giginya bertambah bercerakahan.Badannya pula berbonggol-bonggol menggelebeh seperti balung ayam jantan.Semuanya ini diperhatikan oleh perempuan tua itu dengan rasa berdebar dan menakutkan.Sesekali perempuan tua itu menyepetkan matanya kengerian. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan....
Kini ,mayat itu telah menjadi makhluk yang mengerikan.Dan makhluk itu terus memandang perempuan itu dengan wajah seram.Perempuan tua itu pula tetap keras menentang mata mayat lelaki yang kini bertukar warna pula menjadi merah seperti saga,Mulut perempuan tua itu terus membaca jampi serapah.Kini badannya mula bergetar.Peluh dingin mencurah-curah keluar.
Mayat atau lebih serupa hantu mendekati perempuan tua itu , sehingga jaraknya hanya beberapa sentimeter.Perempuan itu menghidu sesuatu yang cukup wangi.Namun lama kelamaan bau itu bertukar menjadi hanyir.Rasa loya anak tekak perempuan tua itu memual-mual, tetapi ditahannya.
Kini makhluk seram itu perlahan-lahan berundur pula ke belakang , lantas ghaib ke dalam patung tersebut.Perempuan tua itu melihat dengan wajah puas.Kebimbangannya perlahan-lahan lenyap.Dia mengeluh lega.
Suasana di sekitar tetap sunyi.Cahaya bulan yang suram menerangi keadaan persekitaran.Bunyi cengkerik terus berlagu.Burung pungguk yang sentiasa mendendangkan irama sayu kekadang menggugat keberanian perempuan tua itu.Tiba-tiba perempuan tua itu digugah dengan suara yang nyaring dan cukup menakutkan.Matanya meliar ke kiri dan ke kanan.Hatinya menjadi kecut,Namanya dipanggil bertalu-talu.
"Mbah Siti...!Embah Sittiii...!"
"Mbah Sitti....!Embah Sittiii...!"
"Mari!Mari sini...Mbah Sittiii!Eeeeaaahhh hihhhihhihi.."
Suara itu terus bertalu-talu memanggilnya.Perempuan tua itu kian berada dalam ketakutan.Matanya terus meliar.Namun suara itu sukar untuk di kesan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan...
"Sini,Mbah Siti...siniii...eeahhhh hihihihi...!"
"Di mana kamu? Di mana klamu?" Mbah Siti cuba memberanikan diri.Namun matanya terus mengesan dari mana datangnya suara.
"Di sini...Mbah Siti!Di sini,"suara itu ketawa mengejek.
"Di mana,berengset!Di mana kamu berengset!"perempuan tua itu menjerit.Kini dia kelihatan lebih berani.
Kemudian dia memandang ke arah patung di hadapannya.Dia mengamat-amati pada patung di mana suara itu memang datang dari patung tersebut.Dipandangnya patung itu dengan tajam untuk kepastian.Tiba-tiba patung itu bergerak sambil tangannya melambai-lambai Mbah Siti.Mbah Siti memandang dengan pandangan yang penuh kehairanan.
Digosok-gosokkan mata kiri dan mata kanan.Kemudian apabila pandangan tidak berubah , dia mulai percaya yang patung itulah yang bakal menjadi hantu seperti yang diidam-idamkannya.Mbah Siti maju ke depan sambil tangannya menatang dulang yang berisi bertih dan pulut kuning.
Disuakan bertih dan pulut itu ke arah patung tersebut.Tanpa berlengah lagi,patung itu terus menyambar huluran Mbah Siti.Patung hidup itu melahap dengan jelojoh sekali.Mbah Siti memandang patung yang diresapi hantu sedang melahap.Mbah Siti mengenyitkan mata,ngeri bercampur geli memandang.
Selepas habis dimakan,lembaga jelmaan atau hantu patung itu membesar dan berdiri tegak.Lantas memandang ke arah Mbah Siti.
"Hai orang tua!Bikin apa kamu ke sini?"patung itu mula bersuara agak parau.Sambil itu matanya tidak berkelip-kelip memandang Mbah Siti.
Mbah Siti agak gugup.Tetapi cuba ditahannya."Saya mahu bela hantu,"suaranya agak terketar-ketar sedikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan....
"Bisakah kamu ikut arahanku terlebih dahulu?"patung itu menyoal Mbah Siti
"Arahan apa?"Mbah Siti cuba memberanikan diri, walaupun dia sendiri berada di dalam kemelut.
"Jangan cuba mempersia-siakan hambaku..."
"Baik, aku berjanji!"Mbah Siti berikrar.
"Tapi kamu harus ingat , menjaganya bukan sesenang seperti yang akmu sangka."Mata patung itu terus menjilat tubuh Mbah Siti.
Mbah Siti terus berdiri persis seorang hamba yang sedang menerima hukuman dari tuannya.Matanya tidak berkelip.Dipusatkan semua pemikirannya terhadap patung yang berada di hadapannya.Dia tidak tahu apakah arahan patung itu selanjutnya.Dia menunggu dengan penuh debaran.Sesekali tangannya menyeka peluh dingin yang membasahi tubuhnya yang bacin itu. |
|
|
|
|
|
|
|
BAB DUA
Kampung Minggat gempar dengan musibah yang menimpa Wak Solop.Penyakit yang dideritainya cukup aneh.Sudah sekian lama terlantar bagaikan mayat hidup.Tubuhnya memang telah dimakan ulat dan cacing.Ini menyebabkan orang kampung menganggap Wak Solop ada memelihara makhluk halus.Semuanya ini sedikit sebanyak menambahkan rasa takut mereka.
'Dah berapa lama dia sakit, Laminah?"tanya Tok Ketua, apabila dilihatnya keadaan Wak Solop bertambah tenat.
"Dah lama jugak.Masuk ni dah lima bulan"
" Kenapa tidak dibawa ke hospital?"soal Pak Leman."Bukankah di sana lengkap perubatannya?Mungkin keadaannya tidaklah seteruk ini?"
"Dah dibawa dulu.Tapi doktor tidak boleh mengubatinya.Dia suruh saya cuba cara kampung,"jawab Mak Laminah
"Nampaknya penyakitnya bertambah teruk ni.Kita kena panggil Pawang Khossin untuk redakan penyakit Wak Solop.Kalu tidak , bertambah teruk lagi."
"Betul juga tu.Kalau dibiarkan tentu penyakit bapak boleh membawa maut."sokong Salman, anak tunggal Wak Solop.
"Saya ikut sajalah kata Tok Ketua tu.Saya ni pun dah tak larat nak mengubati penyakit Kang Solop ni.Makin diubat makin teruk."ujar Mak Laminah seperti berputus asa. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan....
"Tidak mengapa Laminah.Kami akan cuba.Mudah-mudahan penyakit suami kau akan sembuh.Insya-Allah," ikrar Pak Leman
Mak Laminah masih duduk di samping Wak Solop yang sejak dulu hanya berbaring kekejangan.Matanya memandang ke siling dengan tajamnya.Sesekali mulutnya bergerak-gerak tanpa suara.
Mak Laminah menutupi paha suaminya yang terdedah dengan kain batik lepas yang dibeli oleh anaknya Salman semasa belajar di Indonesia dulu.Dia menutup dengan serapat-rapatnya.Bau busuk yang terbit dari bahagian kemaluan Wak Solop menusuk ke lubang hidungnya.Pun dia dapat menahannya.Ia tidak meloyakan kerana memang dah dulu lagi dia telah lali dengan bau busuk tersebut.Begitu juga dengan anaknya Salman.Dipandangnya wajah kaku Wak Solop dengan penuh simpati.
'Saya nak pergi dulu.Nak panggil Pawang Khossin,"beritahu Pak Leman.Dia bingkas sambil mengenakan kopiah lasamnya.
"Saya ikut Pak Leman!" ujar Salman
"Tak mengapalah, Man.Biar Pak Leman dan Tok Ketua saja yang pergi.Kau jaga bapak.Kalau ada apa-apa nanti, beritahu Pak Leman."Pak Leman mencuit bahu Tok Ketua yang dari tadi asyik memandang Wak Solop. |
|
|
|
|
|
|
|
mayat idop balek......zombiEEE![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|