CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2835|Reply: 19

Anugerah Industri Muzik 18 -18 November, Stadium Putra B Jalil, Astro Ria

[Copy link]
Post time 28-6-2011 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by khyree at 29-6-2011 07:52

Hari ini 28 Jun 2011, PC AIM 18, Ada Beberapa Blogger/Wartawan Pergi PC tuh ada tweet.. Kategori Album Sah Dimansuhkan..
Yang Ada tinggal macam 'Persembahan Vokal' etc....



klubbkiddkl Joe Lee
by fadzoners




Am extremely disappointed with AIM 18. Banyak-banyak album bagus, ditolak tepi alasan 'tak cukup album bertanding'. Salah siapa?

6 minutes ago

sultanmuzaffar Muzaffar Mustapa SM




Kategori Album Terbaik pun tiada dalam AIM?

27 minutes ago



klubbkiddkl Joe Lee
by sultanmuzaffar




Semua kategori album SAH! dimansuhkan. Apa nak jadi dengan industri kita. Kesian @HujanBand @yunamusic @MuhdAizatAmdan @Pesawat Bunkface etc





Apa Citer EK?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2011 04:12 PM | Show all posts
Stupid la kalau mansuhkan...

Kalau yerk pon tak cukup calon....apa salahnya gabungkan jerk la jadi Album Terbaik tanpa mengira kategori.....
Penat jerk wat album...

Kalau setakat AIM judge single jah.....tak best la...sah sah penuh dgn artis satu lagu jah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 06:08 PM | Show all posts
boikot je
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 06:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 07:29 PM | Show all posts
booooo AIM... kot yer pon... bertanding je lah album yg mana ada..tuh pon susah ka? hadoiiii tuihhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 11:04 PM | Show all posts
pasni sah2 artis xnk buat album dah..
ni bukan menolong artis.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-6-2011 07:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by khyree at 29-6-2011 07:50

AIM 18: Kategori Dikurangkan, Fokus Pada Lagu Melayu
                                                                                                                                                                                              
                     
                                                                                            
Setelah setahun direhatkan, Anugerah Industri Muzik (AIM) bakal kembali menemui peminat muzik tempatan pada 12 November hadapan.  Dalam sidang media yang diadakan petang tadi, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah mengumumkan beberapa perubahan untuk penganjuran AIM kali ke 18 ini.

Perubahan paling ketara adalah pengurangan jumlah kategori yang dipertandingkan. Tahun ini hanya 19 anugerah yang akan diberikan berbanding sebelum ini  sebanyak 29 anugerah.

Terdapat satu anugerah khas yang dibawakan oleh Celcom, iaitu Artis Mobile Terbaik Celcom.

Pengurangan jumlah kategori ini berlaku kerana tahun ini tiada lagi kategori ‘Album Terbaik’ untuk setiap genre muzik, sebaliknya semua album yang layak bertanding akan dihakimi untuk kategori ‘Album Terbaik Tahunan’. Selain itu, semua kategori yang mempertandingkan lagu Cina dan India turut disingkirkan. Pendek kata, AIM 18 akan memberi tumpuan kepada lagu-lagu berbahasa Melayu.

Mengulas kepada perubahan kategori ini, Naib Pengerusi RIM dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri, Adrian Lim memberitahu, penggurangan kategori  ini perlu dilakukan kerana tidak ramai penyanyi yang menghasilkan album sekarang ini.

“Perubahan ini mencerminkan situasi industri muzik tempatan sekarang ini. Hakikatnya, memang tidak ramai artis yang muncul dengan album baru pada setiap tahun. Ramai yang menghasilkan single sahaja. Jadi, tidak relevan  untuk kita kekalkan kategori ‘Album Terbaik’ untuk setiap genre muzik. Lebih baik, semua album yang layak bertanding dihimpunkan untuk satu kategori sahaja, iaitu ‘Album Terbaik Tahunan’.

Tentang penyingkiran beberapa kategori  lagu India dan Cina pula, kami mengambil keputusan itu kerana bercadang untuk mengadakan satu acara berasingan untuk lagu-lagu ini. Bukan kerana lagu-lagu ini tidak memberi sumbangan tetapi bertujuan untuk memberi lebih banyak pengiktifan kepada lagu-lagu ini. Dengan adanya majlis anugerah berbeza, lebih banyak kategori yang boleh dipertandingkan,” jelas Andrian.

Menjawab tentang format perjurian pula, Andrian menjelaskan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) masih bertanggungjawab untuk menilai setiap pencalonan yang dihantar. Bagaimanapun, berlaku sedikit pindaan untuk kriteria kelayakan.

“Untuk AIM 18 ini, hanya lagu-lagu yang 100 peratus digubah dan ditulis oleh warganegara sahaja yang layak bertanding. Selain daripada itu, memang tidak boleh dan tidak ada pengecualian. Kami berbuat begini kerana ingin memberi pengiktirafan yang sepatutnya kepada komposer dan komposisi tempatan selain menggalakkan mereka untuk menghasilkan lebih banyak karya yang bagus pada masa hadapan,” ujar Andrian.

Memandangkan AIM 18 akan diadakan pada November, tempoh kelayakan untuk pencalonan telah dilanjutkan untuk 18 bulan iaitu dari 1 Januari 2010 sehingga 30 Jun 2011. Tempoh penyerahan pencalonan untuk AIM 18 akan bermula pada Jumaat, 1 Julai 2011 dan akan ditutup pada Jumaat, 29 Julai 2011.

Lokasi penganjuran AIM 18 akan beralih ke Stadium Putra, Bukit Jalil dan akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria.

Antara kategori-kategori yang masih dipertandingkan ialah Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu, Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, dan Video Muzik Terbaik.

means tahun nih siti tak tercalon lah ek? coz dia tak de buat album pon.. tapi aku rasa.. dia mesti hantar lagu 'ASTANA JIWA' dia tuh!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 08:28 AM | Show all posts
tak nakla astana jiwa.. tak menang pun takpe.. tak calon pun takpe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 09:33 AM | Show all posts
harapnye ct perform..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 10:23 AM | Show all posts
kasi oeluang kepada artis wanita yang lain pulakkkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 12:51 PM | Show all posts
Kategori-Kategori Anugerah AIM

    Artis Baru Terbaik
    Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
    Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
    Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
    Kulit Album Terbaik
    Rakaman Album Terbaik
    Video Muzik Terbaik
    Lagu Pop Etnik Terbaik
    Lagu Nasyid Terbaik
    Lagu Rock Terbaik
    Lagu Pop Terbaik
    Lagu Hip Hop Terbaik
    Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
    Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
    Anugerah Kembara
    Anugerah Sri Wirama
    Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
    Lagu Terbaik
    Album Terbaik Anugerah Khas Artis Mobile Terbaik Celcom
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 11:32 PM | Show all posts
hope tokti xyah perform aim tahun ni..sendu semacam jer aim skrang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 11:38 PM | Show all posts
makin lemau lak AIM ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:59 AM | Show all posts
tapi kalau ikutkan pun, macam logik la takde kategori album terbaik untuk setiap kategori sebab x banyak album berkualiti tahun ni..album tangkap muat tu banyak la..mungkin AIM nak bagi warning kat para pemuzik supaya lebih serius dan teliti dalam kerja2 pembikinan album pada masa akan datang.

kalau lagu2 berkualiti tu banyak la, tapi album berkualiti sangat kurang..lagipun sekarang dah masuk zaman digital..orang lebih suka release single berbanding album..walaupun kat malaysia ni x begitu meluas pasaran digital...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:13 AM | Show all posts
tapi kalau ikutkan pun, macam logik la takde kategori album terbaik untuk setiap kategori sebab x ba ...
hyie Post at 30-6-2011 09:59


betul juga katamu..

btw sebelum ni ingatkan takde album terbaik langsung.. rupenye takde utk genre2 tu jer.. kalau macam tu, bg saya masih ok lagi laa
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 06:08 PM | Show all posts
oklah kot...

aku igt album terbaik tak de langsung...

nmpknya makin susah sesuatu album tu nak menang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2011 07:19 PM | Show all posts
nasib tok ti dah collect bebanyak award album pop terbaik... ekekekke!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 08:01 PM | Show all posts
apa pulak takde album atau bagus pulak?
sebab AIM ditangguh sampai november, jumlah pencalonan dari 18 bulan!
yuna, najwa, aizat, pesawat, popshuvit, hujan, azlan & the typewriter, atilia, ning, reza salleh, ana raffali dan banyak lagi ada album power.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:14 PM | Show all posts
Ok la tu. Yang dimansuhkan cuma best album untuk genre je ...
Ala2 macam AJL dah takde kategori je la ....

Tapi ini bermakna saingan lebih besar antara satu album tu dgn yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 09:26 PM | Show all posts
ttp perlu ada kategori album ikut genre..biarlah kalo stkt 2-3pencalonan utk setiap kategori pn. ituhla fungsi AIM sbnrnya mgiktiraf album2 mgikut genre. lagu n kategori vokal tuh sbg pelengkap saja..rugi jer artis labur ratus2 ribu contoh adibah noor, dayang..kalo siti dh selalu menang myb xterasa kot.dia pn nk slow down dh utk suma award shows kn?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.476178 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list