CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3149|Reply: 13

JAHAEIK Buka siasatan siasat kajol

[Copy link]
Post time 29-6-2011 06:51 AM | Show all posts |Read mode
Yang kelantan tak kenal kajol tu dipersilakanlah baca. yang aku meluat sekali yang perenggan terakhir ditulis tu. Ada peminat ke masalhanya?

Apapun tahniah JAHAEIK. Negeri serambi mekah

http://www.hmetro.com.my/articles/JAHEAIKbukafailsiasatKajol/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2011 06:53 AM | Show all posts
KOTA BHARU: Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.

Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.


“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.

“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,” katanya.


Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.


Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.

Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.


Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.

Menurut Nik Ahmad Zuhdi, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes berkaitan Kajol sedang disiasat.


“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,” katanya.


Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.


Muka depan Harian Metro pada 20 April lalu melaporkan, Kajol memberi alasan bukan sengaja mahu menjadi wanita, tapi naluri wanita memang wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.


Kajol turut mengakui dia ‘lemas’ dengan pelbagai dugaan menimpanya, termasuk ditahan penguat kuasa jabatan agama menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi membuat persembahan di Kelantan.


“Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan. Daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan.


“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan,” katanya yang mendakwa mempunyai 25 album.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 08:12 AM | Show all posts
25 album dh??
hebat kajol nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 09:34 AM | Show all posts
kapir doh ko menate kajol ni...? murtad dohh.....

semoga dia bertaubat segera
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 12:13 PM | Show all posts
Reply 4# nasuha30


    KENAPA MUKA dia dah jadi lain ek. makin terukle. tak cantik langsung. ni sah botoxnya dah habis tu kena gi siam semula
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 08:11 PM | Show all posts
sesat teruk doh yer ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2011 09:27 PM | Show all posts
kelantan memang melahirkan ramai stok bapok2 yg datang kl cari makan kt sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 12:35 PM | Show all posts
Reply 7# drvn182


    stok dari kelantan le paling cantik antara stok2 yang ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2011 06:10 PM | Show all posts
Reply  drvn182


    stok dari kelantan le paling cantik antara stok2 yang ada
cikgu_cina Post at 2-7-2011 12:35



ko dah try ye
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 12:09 PM | Show all posts
kajol yg dah kojol jd kerah kejung
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 03:57 PM | Show all posts
sore kajol sedakkk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 01:41 AM | Show all posts
koyal molek 25 album kalah ct nurhaliza hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 01:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2011 07:20 AM | Show all posts
Reply 13# ctredzuan

kalau dah macam ni tak ambil tindakan gak memeng jaheik bodoh le.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056208 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list