CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Bisnes Dunia: Wall Street lonjak saham Asia

[Copy link]
Post time 5-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelan pemulihan ekonomi Greece redakan kebimbangan isu hutang \rPASARAN saham Asia meningkat susulan data sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan mendorong kenaikan di Wall Street, selain daripada redanya kebimbangan terhadap hutang kerajaan Greece.\r\n\n\n\n\rEuro menokok ke paras tertinggi hampir sebulan berbanding dolar AS pada dagangan awal berikutan berkurangnya kebimbangan Athens berkemungkinan tidak dapat membayar balik hutangnya susulan jangkaan kenaikan kadar faedah Bank Pusat Eropah (ECB) minggu ini.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, peniaga tergamam pada sebelah petangnya apabila agensi penarafan Standard & Poor’s memberi amaran cadangan bantuan pemulihan hutang Greece berkemungkinan gagal.\rTokyo melonjak 0.98 peratus atau 97.02 mata kepada 9,965.09 dan Seoul ditutup 0.92 peratus atau 19.56 mata lebih tinggi pada 2,145.30, manakala Sydney menokok 0.42 peratus atau 19.5 mata kepada 4,610.7.\rHong Kong ditutup 1.66 peratus, atau 372.37 mata lebih tinggi pada 22,770.47 dan Shanghai menambah 1.94 peratus atau 53.46 mata kepada 2,812.82.\rSaham Thailand naik 4.69 peratus atau 48.80 mata kepada 1,090.28 selepas pasti pembangkang Puea Thai yang diterajui adik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, menang besar dalam pilihan raya kelmarin.\r\n\n\n\n\rSementara itu, pelabur terdorong oleh indeks sektor pembuatan AS bagi Jun dikeluarkan Jumaat yang menokok 1.8 peratus daripada Mei, lebih baik daripada ramalan ahli ekonomi.\rDi Wall Street, Dow menokok 1.36 peratus, S&P 500 naik 1.44 peratus dan Nasdaq turut meningkat 1.53 peratus.\r“Sentimen tidak segera berubah menjadi bulis, tetapi ia kelihatan kelembapan di AS kebelakangan ini disebabkan oleh faktor sementara seperti gangguan dalam rantaian bekalan di Jepun selepas gempa bumi 11 Mac dan harga minyak lebih tinggi,” kata Toshikazu Horiuchi, Ahli Strategi di Cosmo Securities.\rEuro naik kepada AS$1.4580 pada dagangan awal Tokyo, tertinggi sejak 9 Jun, selepas menteri kewangan zon euro Sabtu lalu meluluskan bantuan dana kecemasan kepada Greece bagi mengelakkan negara itu menjadi bankrap.\rMata wang tunggal itu lega kepada AS$1.4534 pada dagangan pagi, berbanding AS$1.4522 di New  York lewat Jumaat. Ia juga susut sedikit kepada 117.15 yen daripada 117.40 yen.\r“Suasana optimistik mula merebak sejak parlimen Greece minggu lalu meluluskan undian” bagi pakej jimat cermat untuk memulihkan kembali ekonomi negara itu,” kata Gen Kawabe di Chuo Mitsui Trust and Banking.\r“Kita tidak tahu apa akan berlaku untuk tempoh sederhana hingga jangka panjang, tetapi kebimbangan kemungkinan Greece tidak membayar balik hutangnya sudah berkurangan, sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat ini,” kata Kawabe. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 1.590908 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list