CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11003|Reply: 16

OraNg Tua Dalam Mimpi

[Copy link]
Post time 7-7-2011 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Penah dengar tak citer camni?
orang tua yang datang dalam mimpi untuk bantu kiter

ni terjadi kat mak aku
dah 3 kali pun jadi kat dia

1. lebih kurang 5-6 thn lepas
ada sorang lelaki tua, pakai jubah serba putih jumpa mak aku kat dalam surau atas satu bukit ( mak aku ckp bukit tu kat area kg aku jugak )
ajar mak aku doa2 untuk apply seharian


2. setahun gap dengan kes pertama
masa ni bapak aku tengah sakit teruk, akibat perbuatan orang jugak
langsung takleh nak kuar umah, rasa macam takut jer ngan orang lain
aku tak ingat apa yg orang tua tu ajarkan kat mak aku, tapi Alhamdulillah, bapak aku jadi lebih ok


3. 2-3 malam lepas
mak aku skrang memang agak teruk sebab kena sakit khianat orang, orang yang buat tu pun kira keluarga rapat jugak
dah banyak dah berubat sana - sini tapi sembuhnya sekejap jer
macam lagi ditambah-tambah sakitnya
yang ni mak aku mimpi orang tua yang sama, berjubah putih datang umah & berborak ngan mak aku
dia cakap memang orang tu nak bagi mak aku sengsara sampai mati
dan dia bagitau mak aku suruh ubatkan sendiri penyakit tu dan kalau betul penyakit tu dihantar oleh seseorang, akan balik semula kat penghantar tu
mak aku memang ingat la apa yang disuruh oleh orang tua tu
sumernya disertkan dengan ayat2 AlQuran yang ringkas  >>> ayat kursi, AlFatihah


** lagi satu, mak aku memang selalu sangat mimpi dia ada kat tempat tinggi yang cantik, pastu mesti ada kawasan berair cam kolam & sungai sekali.


~~~ ada sesapa boleh terangkan, sebab aku cam blur jer pasal alam ghaib nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2011 04:33 PM | Show all posts
mak ko baik ke orangnya? maksud aku alim ke warak ke, kaut mengaji ke...indah ek mimpi die tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 06:15 PM | Show all posts
salam semua
aku?xpenah mimpi org2 tua hu2..emm mcm naik je org tua itu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 04:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by warisputerijawa at 13-7-2011 22:35

Reply 1# labusayung

aku rasa orang tua tersebut mungkin keturunan kau yang atas-atas. dulu waktu aku kecik... aku selalu juga bermimpi orang tua datang dan ajarkan aku mengaji. kadang-kadang, dalam mimpi tersebut... dia bawa aku berjalan di atas sungai atau laut. atau ajak aku bersembahyang di dalam masjid di atas laut yang terbentang luas.

waktu aku sakit pun dia ada datang melawat... kalau dia datang... seluruh panglima dan hulubalang akan tunduk beri hormat. tapi... aku tak tahu siapa sebenarnya orang tua tersebut. kata seorang perawat ... orang tua tersebut mungkin keturunan aku yang atas-atas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 09:42 PM | Show all posts
atuk kadang2 mimpi basah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 10:17 PM | Show all posts
Reply 5# atukmanje

Mimpi basah ngan nenek ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2011 03:03 AM | Show all posts
tolong sebarkan benda ini and 'like' it

100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation
http://www.facebook.com/pages/10 ... ion/223344854372583

bersama-sama kita suarakan suara hati kita: let's join this page
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:19 AM | Show all posts
arwah ayah aku pun cam nie...kalau die sakit ke dalam kesusuahan ke mesti ade orang tua berjubah putih datang melawat die...ajar baca ayat2 al quran cam nielah...coz seminggu sebelum arwah ayah aku meninggal...die cakap ade 3 orang berjubah datang melawat die....duduk hujung katil..sorang ajar die mengucap...2 orang lagi bacakan yasin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 09:56 AM | Show all posts
Assalam.. pernah.. kadang dtg pun bukan dlm mimpi tapi dlm keadaan 'subconcious mind'

Bila lihat muka org tua tu hati terdetik..'ohh sesungguhnya dunia ini tiada...masaalah'.. hee hee.. sebabkan mukanya sangat tenang dan menyejukkan hati..  tiada riak susah hati dan gundah gulana tidak pula asyik tersenyum sengeh.. walaupun tidak tersenyum sgt tapi muka nya sgt semulajadi nampak manis, tenang dan mendamaikan..

tapi memang dtg pun makan jarak tahun juga baru nampak balik..  tidak mendtgkan masalah pd kita pun..hidup normal jer..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:01 AM | Show all posts
tolong sebarkan benda ini and 'like' it

100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation


...
aniq_torres Post at 14-7-2011 03:03



TOLONG GI MAIN JAUH2 BOLEH TAK?...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 02:54 PM | Show all posts
Penah dengar tak citer camni?
orang tua yang datang dalam mimpi untuk bantu kiter

ni terjadi kat ...
labusayung Post at 7-7-2011 13:47



    mimpi tempat di sorga firdausi barangkali?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 04:01 PM | Show all posts
Entah kenapa bila aku baca posting TT ni, tiba-tiba ake kena goose-bump (berdiri bulu roma) terutamanya bila baca part berada ditempat yang tinggi dan ada air-air yang mengalir...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 04:14 PM | Show all posts
mama aku pulak pernah bermimpi dunia kiamat..
malam pertama:

bumi hancur,suasana gelap gelita..sedang dia dalam kerunsingan mencari arah,dia terpandang satu cahaya...semakin dihampiri rupanya golongan bukan islam sedang membaca kitab mereka..tetiba ketuanya bersuara.." tempatmu bukan di sini,tempatmu disana.." sambil menunjuk satu arah di depan.. tiba2 tempat tersebut menjadi terang,dia melihat org2 islam berpakaian serba putih sedang membaca al-Quran..dia terus menyertai...

malam kedua:

tiba hari manusia melintas satu titian yang sangat halus,tidah boleh dilihat dengan mata kasar(aku katakan padanya,barangkali itu titian siratulmustaqim)
dia melihat banyak yang terjatuh...dibawahnya disediakan kawah api yang meledak-ledak..badannya menggigil...
ada yang melintas seperti kilat,ada yang seperti kura2...
saat dia melalui titian itu,sangat lambat..... (mama aku terjaga..)

malam ketiga:

dia di bawa oleh dua orang bersayap putih(aku katakan padanya,mungkin itu malaikat)
warnanya
hijau,tidak terluah dengan kata2 betapa indahnya tempat itu...ada sungai begitu cantik dan jernih mengalir di bawahnya...
aku tanya pada mamaku bagaimana keadaannya,dia tidak terkata apa2 melainkan sangat cantik....
dua org bersayap itu mengatakan padanya" inilah Syurga...."


minta pendapat ilmuan di sini,apakah maksud mimpi tersebut
Ps: mamaku seorang muallaf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2011 09:37 AM | Show all posts
mak ko baik ke orangnya? maksud aku alim ke warak ke, kaut mengaji ke...indah ek mimpi die tu
jaa139 Post at 11-7-2011 16:33



    sorry, lambt reply... aku kena out station seminggu

mak aku tu biasa2 jer kot, semayang. ngaji.....
aku pun sbnrnya teringin nak rasa mimpi cam dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2011 09:39 AM | Show all posts
Reply  labusayung

aku rasa orang tua tersebut mungkin keturunan kau yang atas-atas. dulu waktu a ...
warisputerijawa Post at 13-7-2011 16:11



    pasal susur galur keturunan ni aku tak pasti la pulak
even mak aku pun tak tau.....
yang aku tau pun, tok wan aku ni ada la kebolehan sikit2 nak ubat orang sakit
tapi yg simple2 jer la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2011 09:44 AM | Show all posts
arwah ayah aku pun cam nie...kalau die sakit ke dalam kesusuahan ke mesti ade orang tua berjubah put ...
sue_aina2 Post at 14-7-2011 09:19



    ha'ah sue...
selalunya orang tua ni muncul masa2 mal aku tengah stuck
mcm dah habis ikhtiar nak usaha

yg kali ke-3 tu, orang tua tu ajarkan mak aku nak pulangkan penyakit tu kat orang yng buat
caranya,
buat air susu ( tak kira susu apa ), masukkan 7 batang jarum peniti
letak kat dalam piring, dalam piring tu letak sekali 2-3 biji gegula
ada la 2-3 ayat yang kena baca
orang tua tu cakap, kalau air susu tu berkurang maknanya betul la ada org yang berniat tak baik
buat tiap2 mlm smpai air tu dah tak susut
bila mak aku buat, memang tiap2 mlm air tu akan berkurang & sakitnya bertambah baik
Wallahualam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2011 09:45 AM | Show all posts
Entah kenapa bila aku baca posting TT ni, tiba-tiba ake kena goose-bump (berdiri bulu roma) terutama ...
matdue77 Post at 14-7-2011 16:01



    pasal mimpi tu mmg selalu mak aku dapat...
cuma yg oran tua tu jer baru 3 kali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059190 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list