|
Mampu saingi China jadi pusat dagangan globalASEAN dan sumber pelaburan langsung asing (FDI) utamanya, Jepun sedang menimbang untuk membentuk pelan strategik 10 tahun bagi menjadikan rantau ini pusat pengeluaran global yang boleh menyaingi China dan India.\rPelan strategik itu sebaik dibentuk akan menangani aliran rentas perdagangan dan pelaburan dari Jepun ke Asean dan sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.\r\n\n\n\n\r“Mesyuarat bersetuju membangunkan lagi cadangan membentuk pelan strategik 10 tahun untuk menjadikan Asean lebih menarik bagi perdagangan dan pelaburan,” katanya pada sesi dialog dua hari Menteri-Menteri Ekonomi Asean, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) dan Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri Jepun di Asean (FJCCIA), yang dihadiri 250 delegasi.\r\r\n\n\n\n\nFJCCIA mewakili 4,441 perusahaan anggota di rantau ini. Antara yang hadir pada dialog itu ialah Menteri Perdagangan Indonesia, Dr Mari Elka Pangestu yang mempengerusikan sesi dialog berkenaan dan Banri Kaieda dari METI.\rPelaburan Jepun di Asean berjumlah AS$5.2 bilion pada 2009.\rJepun kekal sebagai sumber pelaburan penting dengan 13.4 peratus bahagian jumlah pelaburan ke Asean pada tahun berkenaan.\rMustapa berkata, hala tuju baru bagi pelan itu akan menimbang bahagian seperti alam sekitar, tenaga, jaminan makanan, ekonomi hijau, tenaga boleh diperbaharui, perusahaan kecil dan sederhana dan saling hubungan yang akan melengkapkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi.\r“Untuk bekerjasama dalam bahagian ini, kita memerlukan pelan strategik,” katanya.\rAntara lainnya, Asean dan Jepun akan bekerjasama menerusi perkongsian sektor awam-swasta bagi meningkatkan produktiviti perkumpulan 10 anggota itu dan daya saing.\rMalaysia khususnya, akan bekerjasama dengan negara anggota Asean lain bagi memenuhi pelbagai isu pelaksanaan untuk mewujudkan pasaran serantau dan pangkalan pengeluaran dengan halangan minimum.\rInisiatif ini akan diambil kira dalam semakan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi Asean (AEC), kata Mustapa.\rBeliau berkata, amat penting bagi Asean untuk menyelaraskan pelbagai peraturan di bawah perjanjian Asean+1 yang dimeterai dengan China, Jepun, Korea India, Australia dan New Zealand.\r“Usaha sedang dibuat menerusi empat kumpulan kerja, iaitu bagi peraturan tempasal, prosedur kastam, sistem penamaan tarif dan kerjasama ekonomi,” katanya.\rBeliau menegaskan, usaha juga perlu dipercepatkan bagi menghapuskan halangan bukan tarif yang menyekat aliran bebas perdagangan dalam Asean dan Jepun, termasuk negara Asia Timur lain. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|