CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

wuuhuuonline era baru terbit majalah

[Copy link]
Post time 11-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
E-komik, FeMag bahan bacaan digital melalui internet diperkenal Netxpert secara percumaTEKNOLOGI adalah inovasi yang memudahkan sesuatu pekerjaan. Kecanggihan teknologi seperti internet bukan saja telah memudahkan kehidupan manusia malah kini boleh dijadikan sebagai satu sumber perniagaan.\n\n\n\n  Menyedari peluang yang terhidang, seorang usahawan teknologi maklumat, Che Onn Ismail mengambil inisiatif bagi menerbitkan majalah dalam talian (e-penerbitan), www.wuuhuuonline.com, sekali gus membuka satu lagi era baru dalam industri penerbitan negara.  \n\n\n\n\nIdea menerbitkan majalah dalam talian ini tercetus apabila beliau memikirkan apa yang diinginkan oleh pengguna, khususnya golongan remaja sekarang dan yang akan datang.“Pengguna internet sekarang ini sangat memilih dalam melayari laman web, justeru, menyediakan kandungan yang betul sangat penting untuk meningkatkan keghairahan mereka dalam mengakses sesuatu halaman dalam internet.“www.wuuhuuonline.com adalah platform terbaik untuk menawan pasaran dalam talian. Saya amat optimistik mengenainya, kerana apabila produk yang ditawarkan dalam e-penerbitan ini kena pada caranya, maka banyaklah iklan yang masuk, sekali gus mampu memberi keuntungan yang lumayan,” katanya dalam temubual dengan Berita Harian di pejabatnya, Netxpert Sdn Bhd yang terletak di tingkat 17 Bangunan GTower, berhampiran Menara Berkembar KLCC.Beliau berkata, secara tidak langsung bahan bacaan digital yang boleh diakses dalam portal itu   bukan saja memudahkan pengguna memperoleh maklumat dengan mudah dan pantas tetapi pada masa sama dapat menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar.\n\n\n\n  “Ia juga dibangunkan bertujuan untuk memupuk minat membaca secara digital di kalangan masyarakat Malaysia dan dunia sekali gus dapat mendedahkan mereka mengenai konsep penerbitan tanpa kertas.“Selain itu, ia juga mampu mengurangkan kos operasi dan dapat memperluaskan pasaran di seluruh dunia. Walaupun konsep penerbitan digital masih baru di negara ini, ia adalah trend di negara maju yang memanfaatkan sepenuhnya teknologi canggih,” katanya.Katanya, konsep penerbitan digital ini dijangka akan menarik pengguna secara perlahan-lahan kerana terdapat banyak gajet berteknologi tinggi yang membolehkan pengguna melayari internet di mana-mana mereka berada.Che Onn berkata, sebagai permulaan, portal berkenaan telah menerbitkan dua edisi majalah dalam wuuhuuonline, iaitu E-Komik (mengetengahkan konsep humor kepada pembaca melalui medium digital yang mana sebahagian  kartunisnya terdiri daripada kumpulan kartunis terkenal dari Malaysia dan Indonesia, termasuk kartunis dari komik Ujang, Gila-gila dan lain-lain.Katanya, edisi terbaru pula adalah FeMag (url www.wuuhuuonline/femag), iaitu majalah digital pertama percuma untuk golongan remaja wanita berusia antara 19 hingga 29 tahun.“FeMag adalah produk terbaru kami, ia khas buat komuniti online wanita dan mengetengahkan konsep ‘Sweet, Sassy & Savvy’ dalam pemilihan bahan untuk majalah online percuma ini.“Jika anda peminat drama TV Nora Elena, pemilihan Siti Saleha dirasakan adalah pilihan yang paling tepat untuk isu pertama FeMag ini,” katanya sambil menjelaskan wuuhuuonline FeMag menggunakan teknologi ‘flip book’ yang dapat memberikan pengalaman seolah-olah pembaca membaca majalah fizikal di depan mereka.“Teknologi yang diguna pakai juga membenarkan pengguna memuat turun FeMag  dengan mudah dan cepat. Mereka yang terlepas edisi sebelum ini turut boleh memuat turun edisi terdahulu tidak seperti majalah konvensional lain,” katanya.Che Onn berkata, portal www.wuuhuuonline.com itu juga akan menjadi platform kepada pengkarya berbakat atau mempunyai idea yang bernas, namun tidak mempunyai platform, untuk menghantar karya atau menghubunginya di talian 03 21614075.“Kami juga mengalu-alukan mereka yang mempunyai bakat menghantar hasil karya kepada kami untuk diterbitkan dalam komik atau majalah yang sesuai,” katanya sambil menambah wuuhuuonline.com turut menjemput syarikat yang percaya kepada pengiklanan secara dalam talian untuk beriklan bersama.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.980182 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list