|
Kaji selidik Nielsen harga barang ditawar kompetitif, menjimatkan\rPASAR mini kekal menjadi tumpuan pengguna serta mencatatkan pertumbuhan kukuh di sebalik jangkaan sebelum ini bahawa perniagaan jenis itu bakal pupus dengan kehadiran jenama rangkaian pasar raya besar utama dunia di negara ini.\r\n\n\n\n\r Ia berikutan harga barangan yang ditawarkan pasar mini adalah sangat kompetitif dan amat menjimatkan, demikian mengikut kaji selidik terbaru Nielsen mengenai Arah Aliran Pembeli 2010.\r\r\n\n\n\n\n Pengarah Bersekutu Perkhidmatan Kajian Runcit The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd, Teoh Choon Keat, berkata hasil kaji selidik dijalankan dari 1 November hingga 29 Disember 2010 itu juga menunjukkan bahawa pasar mini adalah saluran runcit paling pantas berkembang dari segi pembukaan premis baru dengan bilangannya meningkat 63 peratus kepada 408 premis berbanding 250 premis pada 2009.\r“Kami menjangkakan pasar mini akan terus menjadi tumpuan pembeli kerana kedudukannya yang mudah dikunjungi serta susun atur kedai yang menarik dan moden,” katanya pada taklimat media mengumumkan hasil kaji selidik itu di Petaling Jaya, semalam.\rKaji selidik Nielsen mengenai Aliran Pembeli itu adalah kajian tahunan firma itu mengenai tingkah laku pengguna membeli-belah membabitkan kawasan utama di utara, tengah dan selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.\rTeoh berkata, berdasarkan kaji selidik itu, walaupun ada peningkatan ketara terhadap pasar mini, pasar raya besar dan pasar raya tetap menjadi pilihan pembeli untuk membelanjakan wang mereka untuk pembelian barangan keperluan harian masing-masing.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, golongan wanita tetap menjadi pembuat keputusan utama bagi urusan membeli belah, sementara golongan lelaki berperanan dalam mempengaruhi keputusan yang dibuat.\rKaji selidik itu juga mendedahkan 55 peratus daripada 2,451 responden berumur antara 15 hingga 65 tahun yang terbabit dalam kaji selidik itu menyatakan bahawa mereka tahu semua harga barang dan sangat peka dengan perubahan harga barangan berkenaan.\rDi samping itu, katanya, 55 peratus juga menyatakan sangat aktif meninjau promosi ditawarkan pusat membeli-belah, manakala 21 peratus sanggup pergi ke pusat membeli-belah lain jika promosi yang ditawarkan lebih menarik.\r“Inflasi yang meningkat mendorong pembeli di Malaysia berhati-hati dalam pembelian barang harian mereka. Mereka sanggup pergi ke banyak tempat untuk membeli barangan pada harga lebih baik.\r“Ini bermakna peruncit dan pemilik jenama perlu membangunkan strategi promosi untuk menggalakkan pengguna mengunjungi premis masing-masing.\r“Penggunaan baucar wang tunai dan program penebusan mata akan menggalakkan kesetiaan pembeli terhadap jenama, sekali gus membolehkan peruncit dan pemilik jenama mengukuhkan perniagaan mereka dalam pasaran runcit di negara ini,” jelasnya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|