CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

RM1b bina loji jana kuasa solar

[Copy link]
Post time 14-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BCorp rancang bangunkan di Bukit Tagar dengan kerjasama  POSCO E&C\rBERJAYA Corporation Bhd (BCorp) akan membangunkan sebuah loji jana kuasa solar dengan kapasiti menjana 100 megawatt (MW) tenaga elektrik di Bukit Tagar, Selangor membabitkan pelaburan bernilai kira-kira RM1 bilion.\r\n\n\n\n\r  Ia dirancang dilaksanakannya dengan kerjasama POSCO Engineering & Construction Co Ltd (POSCO E&C), iaitu antara lima syarikat pembinaan terbesar Korea Selatan yang turut mempunyai kepakaran luas dalam sektor teknologi hijau menerusi pembabitannya dalam beberapa projek tenaga boleh diperbaharui dan loji petrokimia.\r\r\n\n\n\n\n  Penerokaan ke dalam sektor tenaga boleh diperbaharui itu adalah antara langkah BCorp mempelbagaikan lagi sumber pendapatannya, selain bertujuan menampung keperluan sumber tenaga alternatif di negara ini.\rPengerusi BCorp,  Tan Sri Vincent Tan, berkata pihaknya sudah menghantar kertas cadangan bagi pembinaan loji kuasa solar itu kepada kerajaan awal tahun ini dan sedang menunggu keputusannya.\r“Bagi loji kuasa solar, kita perlukan penetapan harga ‘feed-in-tariff’ (FiT) yang berdaya maju dan sepadan dengan pelaburan. Setakat ini Tenaga Nasional Bhd (TNB) turut menghasilkan tenaga solar, tetapi dalam jumlah kecil dan kami meninjau peluang menjana kapasiti lebih besar,” katanya  selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara BCorp dengan POSCO E&C di Kuala Lumpur, semalam.\rBeliau memeterai perjanjian itu bagi pihak BCorp,  manakala POSCO E&C diwakili Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Chung Dong-Hwa.\r\n\n\n\n\rMenerusi kerjasama itu, kedua-dua syarikat  berkongsi kepakaran serta sumber untuk meneroka dan mengenal pasti peluang perniagaan dalam sektor tradisional.\rIni termasuk pembangunan hartanah, pembinaan infrastruktur selain bidang perniagaan baru seperti tenaga boleh diperbaharui.\rJika menjadi kenyataan, loji yang dirancang dibina oleh BCorp di Bukit Tagar itu akan menjadi loji jana kuasa solar terbesar di negara ini.\rSebelum ini, BCorp menerusi syarikat usaha samanya dengan KUB Malaysia Bhd, iaitu KUB Berjaya Enviro Sdn Bhd, mengendalikan pusat pengurusan sisa pepejal di Bukit Tagar yang dirancangnya dibangunkan sebagai pusat penghasilan tenaga boleh diperbaharui.\rBCorp juga menceburi sektor tenaga hijau menerusi pembabitan dalam projek pengurusan kumbahan air dan sisa pepejal di China.\rSementara itu, Tan berkata, kerjasama pertama yang dijalin BCorp dan POSCO E&C adalah projek pembinaan resort kediaman dan komersial, Berjaya Jeju Resort di Korea yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) AS$2.9 bilion (RM8.7 bilion).\r“POSCO E&C akan menjadi kontraktor utama fasa pertama Berjaya Jeju Resort yang dimajukan oleh Berjaya Land Bhd. Setakat ini BCorp telah melabur kira-kira AS$30 juta dari segi infrastruktur dan pembelian tanah untuk memajukan projek itu,” katanya.\rDi Malaysia, POSCO E&C turut membida projek sambungan transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang dan aliran transit massa (MRT) Lembah Klang.\rTan berkata, jika POSCO E&C berjaya dalam bidaan itu, BCorp tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dalam beberapa bahagian projek berskala mega berkenaan.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058306 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list