CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

Pos Malaysia yakin untung suku kedua

[Copy link]
Post time 16-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Hasil positif inisiatif pelan transformasi  dilaksana\rPOS Malaysia Bhd yakin dapat mencatatkan keuntungan lebih baik pada suku kedua tahun ini didorong keberkesanan inisiatif pelan transformasi yang mula dilaksanakannya tahun lalu yang menumpukan kepada inisiatif meningkatkan, memperkaya dan membangunkan tiga perniagaan terasnya, iaitu PosMel, PosLaju dan PosNiaga.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Syed Faisal Albar, berkata pelan transformasi itu setakat ini sudah membuahkan hasil dengan menyaksikan penyedia perkhidmatan pos itu mencipta sejarah dalam penubuhannya apabila mencatatkan pendapatan lebih RM1 bilion tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, pada suku pertama tahun ini juga menyaksikan syarikat itu memecah rekodnya dengan mencatatkan keuntungan operasi RM51 juta hasil pelaksanaan pelan transformasi itu.\r“Dalam pelan itu, kami mengenal pasti 39 inisiatif untuk mengukuhkan kedudukan Pos Malaysia. Setakat ini kami telah melaksanakan enam inisiatif dan ia menunjukkan prestasi yang baik,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian kerjasama strategik antara Pos Malaysia dan Korea Post dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan pos di kedua-dua negara.\rSyed Faisal berkata, pihaknya juga bercadang membeli mesin baru atau menggabungkan 29 kilang pemprosesan melnya di seluruh negara kepada sembilan kilang bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.\rBeliau berkata, pihaknya  yakin gabungan idea daripada pemegang saham barunya iaitu DRB-Hicom Bhd akan mengukuhkan lagi prestasi syarikat itu pada masa depan.\r\n\n\n\n\rPos Malaysia mempunyai tiga perniagaan utama yang mana mel kekal sebagai penyumbang tertinggi kepada pendapatannya, iaitu 61.5 peratus, diikuti perniagaan kiriman cepat atau PosLaju sebanyak 20.5 peratus (RM207.6 juta) dan perniagaan runcit (PosNiaga), 14.6 peratus (RM148.1 juta).\rMengenai perjanjian yang dimeterai itu, Syed Faisal berkata Pos Malaysia akan melabur sejumlah tertentu untuk menggunakan kepakaran Korea Post dalam teknologi maklumat pos.\rBeliau berkata perjanjian itu membolehkan kedua-dua pihak meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing melalui kerjasama dalam peningkatan perkhidmatan dan promosi untuk Perkhidmatan Mel Dipercepatkan (EMS), pembangunan e-dagang antara kedua-dua organisasi pos, pembangunan perkhidmatan pos baru dan pemodenan infrastruktur pos serta pembangunan teknologi maklumat pos.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.052684 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list