CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

Perasaan campur aduk

[Copy link]
Post time 3-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Jimmy akui sedih, kecewa masalahnya tidak berkesudahan\rPERGOLAKAN rumah tangga pengacara TV, Jimmy Shanley dan isteri, Nursuhaila Eliani berlarutan sehingga saling tuding menuding mencari kesalahan masing-masing.\r\n\n\n\n\rNamun masalah yang berlaku dianggap asam garam dalam kehidupan berumah tangga, dan Jimmy masih mengharapkan sinar baru dalam kehidupan sebagai pasangan suami isteri pada Ramadan yang mulia.\r\r\n\n\n\n\nTak terlintas di hatinya untuk membiarkan anak dan isterinya tergantung tak bertali dan mengharapkan akan ada jalan penyelesaian yang dapat menyatukan kembali mereka sekeluarga di luar kamar mahkamah.\rMasalah yang dihadapi mereka kini menjadi perbualan hangat dan paparan media yang dianggap satu perkara biasa dalam fasa kehidupan, namun dia mengharapkan tiada sebarang spekulasi yang akan mengeruhkan lagi rumah tangganya. \r“Saya tak menyesal dengan apa yang berlaku dan menganggap ini ketentuan Tuhan. \rSaya reda dan tak mahu perselisihan faham ini berpanjangan. Walaupun tak diterima sebagai suami, saya berharap diterima sebagai bapa kepada anak saya,” keluhnya.\rMeskipun sedih dengan masalah yang dihadapi, Jimmy menganggap tindakan isterinya itu agak keterlaluan kerana sanggup mengaibkan suami sendiri dan anak.\rMenyedari dakwaan yang dilemparkan terhadapnya untuk menjatuhkan air mukanya, dia masih membuka ruang untuk berbincang secara baik dengan isteri dan keluarga mentuanya itu.\r“Mengenai majlis cukur jambul, itu kesilapan daripada mentua, sebab mentua saya kirimkan pesanan ringkas (SMS) bagi tahu yang majlis itu tak jadi, sebab itu saya pun cakap tak jadi kepada media.  \r“Kita bercakap biarlah menggunakan akal fikiran bukan berdasarkan teks yang ditulis dan tindakan mereka mengeruhkan lagi masalah ini.\r“Memang betul saya ada tampar dia tetapi sebelum saya bertindak macam itu saya ada bagi tahu mentua saya, macam mana dia boleh cakap tak tahu?” katanya.\rApa yang diluahkan dan tindakan yang dilakukan oleh isterinya itu dianggap sebagai masalah kemurungan selepas bersalin.\rNamun, Jimmy masih mengakui kesilapan yang dilakukannya sebelum ini dan berharap dapat bersama-sama membesarkan anaknya itu.\rWalaupun terpaksa berpuasa keseorangan tanpa isteri dan anak di sisi, namun Jimmy berasakan dia tidak menghadapi sebarang tekanan, malahan malah menganggap tiada sebarang perubahan dalam kehidupannya kini.\r“Dulu pun berpuasa seorang diri. Keperluan dan kelengkapan anak saya dibuat keluarga mentua, saya tidak diberi peluang bersuara. Sebenarnya, saya nak juga menyediakan keperluan anak saya menjelang raya tetapi agak sukar diterima keluarga mentua,” katanya.\rPerasaannya yang berbaur suka dan duka menyambut Ramadan disamping menjelang Hari Raya sebagai seorang bapa dihadapinya dengan tenang walaupun terpaksa beraya keseorangan.\rBagi melupakan permasalahan yang dihadapi, Jimmy meletakkan dirinya sentiasa sibuk dengan tugas harian sebagai pengacara dan memenuhi undangan sepanjang bulan Ramadan.\r“Memang ada bosan juga. Walaupun dikatakan bermacam-macam tentang diri saya tetapi saya tetap terima dia dengan hati yang terbuka. Tumpuan saya cuma kepada anak. Kalau nak jadi ibu bapa yang bagus kena jadi pasangan yang bagus supaya dapat membimbing anak,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.045792 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list