View: 100|Reply: 0
|
Dunia hiburan memang bahaya
[Copy link]
|
|
Freddie akui pengalaman lalu membuatkan KARYAWAN lebih berhati-hati\rPRESIDEN Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez mengaku dunia hiburan hari memang berbahaya berdasarkan kepada beberapa senario yang berlaku sejak setahun lalu.\r\n\n\n\n\rKatanya, mereka sudah mengalami suatu suasana yang tidak pernah disangka dan belum pernah berlaku dalam mana-mana persatuan apabila Mesyuarat Agung Luar Biasa KARYAWAN di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada 29 Ogos tahun lalu berlangsung dalam suasana kacau bilau.\r\r\n\n\n\n\nFreddie berkata demikian dalam kenyataan yang dikirimkan menerusi emel sebagai reaksi terhadap kolum Fragmen bertajuk Dunia hiburan dalam bahaya? yang ditulis oleh Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar dan disiarkan dalam Hip pada 11 Julai lalu. \r“Jika ditanya secara peribadi kepada saya: “Adakah Dunia Hiburan kini di dalam Bahaya? Saya akan mengatakan ‘YA’ berdasarkan apa yang kami lalui di mana beberapa senario yang tidak munasabah berlaku sejak setahun lalu d iatas beberapa perkara yang sememangnya sangat tidak logik untuk berlaku di dalam dunia hiburan. \r“Mana mungkin dunia hiburan dicampur-adukkan dengan budaya samseng kerana rata-ratanya pengamal seni adalah yang sentiasa mengimpikan keamanan. \r“Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-12 di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay pada 30 Jun lalu dapat dijalankan dengan jayanya. Jayanya bukan di atas saya terus menerajuinya, tetapi berlangsung dalam suasana yang aman dan harmoni tanpa gangguan dari mana-mana pihak yang tiada kena mengena dengan kami, di mana kami telah mengalami suatu suasana yang tidak pernah disangka yang juga tidak pernah berlaku di dalam mana-mana persatuan tanah air.\r\n\n\n\n\r“Pada 29 Ogos 2010 yang lalu hampir 30 samseng disertai dengan puluhan yang lain, yang bukannya ahli kami (KARYAWAN) tiba-tiba menerpa masuk menceroboh ke dalam dewan sewaktu kami mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa KARYAWAN di FINAS. Ahli-ahli kami diserang serta menyebabkan kecederaan terhadap beberapa kakitangan kami,” katanya. \rMenurut Freddie, taktik bersifat subversif dan ganas ini mempunyai agendanya tersendiri iaitu mahu menghancurkan perjalanan KARYAWAN yang semakin aktif demi memperjuangkan hak dan masalah masyarakat seni. \rTindakan ini bukan saja menakutkan ahli, malah menghina perintah Mahkamah yang memberi arahan agar diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa di antara KARYAWAN dan juga empat ahlinya, antaranya Datuk Aziz Sattar, bagi menyelesaikan secara musyawarah sebarang masalah yang berlaku.\r“Dalam masa yang sama perkataan bersifat penghinaan dikeluarkan oleh beberapa individu ini dan mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh peguam masing-masing tidak dapat diteruskan. Sebelum kejadian ini juga mujurlah pengurus kami sempat membuat laporan awal di balai polis berhampiran sehari sebelum mesyuarat ini berlangsung. \r“Perkara ini berlaku pada bulan Ramadan dan di tempat tidak sepatutnya berlaku iaitu di FINAS. Ini adalah peristiwa hitam dalam sejarah KARYAWAN,” katanya.\rFreddie berkata, beliau sudah mengambil beberapa tindakan seperti mengunjungi pihak berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menerangkan perkara dalam KARYAWAN. \r“Mereka di KDN berpendapat perkara ini amat serius serta memberi beberapa nasihat, antaranya agar kami memohon bantuan pihak berkuasa bagi mengawasi AGM yang bakal diadakan. Dan, kami melakukan di atas kepentingan umum, iaitu ahli kami yang hadir ke AGM ini. \r“Kami tidak pernah takut dengan sebarang bayang-bayang . Apa yang kami lakukan adalah diatas nasihat pihak kerajaan sendiri,” katanya.\rTiada niat jadi Presiden selama-lamanya\rTAMBAH Freddie lagi, untuk makluman kepada penulis ruangan itu juga, selepas berlakunya peristiwa berkenaan pelbagai polemik timbul terhadap KARYAWAN, terutamanya dikalangan masyarakat umum. Ini memberi kesan buruk di mana KARYAWAN secara tiba-tiba kehilangan pelbagai projek yang dirancang. \r“Apabila timbulnya kekecohan sebegini pastinya menimbulkan pelbagai reaksi negatif, yang secara lumrahnya menyebabkan pelbagai spekulasi. Akibatnya KARYAWAN secara fizikalnya hampir lumpuh dari segi kewangannya. Apa yang amat mengecewakan ialah Skim Bantuan Pencen KARYAWAN iaitu sebanyak RM500 sebulan kepada hampir 30 penerima yang terdiri dari artis veteran dan kurang upaya dan berjalan dengan lancar selama hampir enam tahun terpaksa dihentikan, akibat kehilangan pelbagai sumber kewangan yang amat kronik.\rFreddie mengakui dirinya memang sinonim dengan KARYAWAN. Ini mungkin disebabkan beliau menjadi Presiden lebih dari tiga penggal. Namun begitu, beliau menegaskan, tidak selama-lamanya menjadi Presiden kerana apabila tiba masanya akan berundur juga.\r“Saya amat memerlukan pemimpin pelapis bagi terus menerajui KARYAWAN. Namun semuanya harus sedar untuk menjadi pemimpin bukanlah mudah. Saya amat mengalu-alukan generasi muda yang bakal meneruskan legasi KARYAWAN. \r“Menjadi Presiden di sini ialah satu tanggungjawab sosial, tanpa sebarang imbuhan kerana kami sebuah NGO. Saya akui sepanjang AGM KARYAWAN diadakan sememangnya wartawan tiada di dalam dewan. Kami hanya mengadakan sidang akhbar selepas itu, kerana inilah prosedur AGM mana-mana persatuan pun di mana hanya para ahli dibenarkan berada dalam dewan. \r“Namun saya berterima kasih diatas teguran saudara Zainuri. Mungkin di masa akan datang kami akan turut menjemput wartawan untuk turut serta, menikmati perjalanan AGM. Rasanya tiada apapun kami mahu rahsiakan dan mungkin akan membina ruang yang lebih muhibah di antara ahli persatuan dan rakan media,” kata Freddie.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|