View: 125|Reply: 0
|
Dengarnya...: PR stesen TV tunjuk belang
[Copy link]
|
|
PADA Ahad lalu ketika Cik Normah sibuk membeli belah untuk persiapan Ramadan, terserempak dengan seorang teman dari sebuah akhbar, yang mulanya berbual biasa saja mengenai kerja kemudian berlarutan mengenai sikap seorang PR.\rMenurut teman Cik Normah, PR (Public Relation) atau pegawai Perhubungan Awam ini bermulut lancang dan kalau bercakap tak reti nak jaga sensitiviti orang lain, bak kata orang cakap ikut sedap mulut saja sampai sebilangan orang sudah meluat dengan perangainya.\r\n\n\n\n\rDalam kejadian terbaru, PR wanita yang masih muda itu dikatakan menyindir seorang wakil media yang kebetulan didengari rakan media lain. Kejadian itu berlaku dalam satu rakaman program khas.\r\r\n\n\n\n\nPuncanya apabila wartawan terbabit secara bergurau bertanyakan mengapa lokasi berkenaan dipilih kerana kebiasaannya rakaman seperti itu diadakan di tempat lain. Kebetulan pula ramai wakil media tersalah info dan pergi ke lokasi biasa.\rTiba-tiba pula dia naik hantu dan mula mengeluarkan ayat-ayat sindiran. Katanya lepas ini biar dia buat program di akhbar tempat rakan Cik Normah bekerja supaya senang semua boleh datang. \rApabila dengan selamba kawan Cik Normah itu menjawab bagus kalau macam itu, darahnya semakin mendidih dan terkeluar ayat ‘alah setakat nombor empat, ada ke orang nak datang?’ Eh! begitu pula jadinya. Atau mungkin dia sudah tak mampu membendung perasaan yang sudah tersimpan sekian lama. Apa pun syabas Cik Normah ucapkan pada wanita muda itu sebab dia sudah menunjukkan belang dirinya.\rTak perlulah membandingkan penerbitan rakan Cik Normah itu di depan wakil media lain. Kalau selama ini boleh bergurau, takkan pada hari itu kesabarannya hilang. Paling pelik, kalau tak perlukan akhbar nombor empat, lima atau enam, kenapa masih beria-ia menjemput datang membuat liputan. \r\n\n\n\n\rBagi Cik Normah tak perlulah bersikap sebegitu malah PR yang sama kerap mengungkit syarikatnya membeli iklan, jadi media wajib hadir di setiap majlis mereka! Patutnya PR ini bertanya sendiri dengan bos kawan Cik Normah. Jangan berani cakap belakang saja. \rTapi rasanya masa zaman Cik Normah mula-mula masuk bidang ini tiada pula Cik Normah jumpa PR begini. PR yang lebih awal berada di tempatnya dulu cukup profesional menangani setiap perkara. Tiada pula sindir menyindir atau sentap tak tentu pasal membuatkan sampai sekarang PR senior itu menjadi rakan baik hampir semua wakil media.\rLain kali PR ini tetapkan setiap majlis diadakan undang saja media nombor satu, dua dan tiga. Senang sikit kerja rakan media yang nombor empat dan seterusnya. Tak rugi apa-apa pun.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|