CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Perjuangan belum tamat

[Copy link]
Post time 9-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Bekas juara Mentor 4 mantapkan vokal, kembangkan bakat lakonanLALUAN kemenangan juara Mentor musim ke-4 ini ada banyak liku-likunya kerana selepas menjuarai program realiti itu, namanya sedikit tenggelam sehingga ada beranggapan dirinya tidak berminat lagi dalam dunia seni.\rNamun semua itu disangkal Mohd Izwan Mohd Nor, 23 atau Mohd, yang menganggap perjalanan seninya tidak pernah terhenti, malah dia kini sedang menghirup pula angin lakonan yang mula menerjah ke dalam jiwanya.\r\n\n\n\n\rBertemu jejaka ini pada Program Sanubari Bersama Anak-Anak Yatim di Starpoints Hotel Kuala Lumpur, Mohd yang tampil berbaju Melayu meraikan kira-kira 60 anak yatim dari sekitar Selangor ini, berkata rezeki seni sentiasa mengiringi dirinya.\r\r\n\n\n\n\n\"Saya kini dalam persediaan memantapkan vokal dan persembahan untuk sebuah program hiburan TV. Kali ini saya amat berharap dapat ke peringkat akhir pertandingan ini apabila sebelum ini pertaruhan lagu Cinta tidak sampai ke penghujungnya,\" katanya yang akan menyanyikan lagu terbarunya, Nasib yang diakui mendapat tempat di hati kalangan peminatnya.\rTerus menyingkap kisah seninya yang dilihat agak suam-suam kuku, jejaka ini terus-terusan menafikan dia sudah dilupakan malah memberitahu, buktinya kini dia berlakon di bawah bimbingan produser terkenal, Erma Fatima untuk  membintangi sebuah drama muzikal. \r\"Drama muzikal ini sudah sebulan menjalani penggambaran dan saya memegang watak sebagai Mohd juga iaitu abang kepada anggota kumpulan rock yang mengisahkan perjalanan hidup anggota kumpulan rock dan ia dilihat sesuai dengan jiwa saya,” kata pelajar jurusan akaun yang memberitahu sudah jatuh cinta dalam dunia seni selain mahu fokus terhadap seni sebagai kerjaya.\rMengakui ingin  dikenali sebagai artis serba boleh, anak kelahiran Johor ini turut menceritakan bagaimana dirinya boleh terbabit dalam dunia yang berbeza dengan pendidikan yang diperolehi sebelum bergelar artis.\r\n\n\n\n\r\"Ia bermula sebaik saya menemani sahabat yang minat untuk hadir ke uji bakat Mentor. Dia peserta keenam manakala saya ketujuh yang diuji bakat pada hari itu, tetapi nasib menyebelahi saya apabila terpilih ke program itu. \r\"Daripada suka-suka, ia jadi kenyataan apabila saya ke peringkat seterusnya sehinggalah terpilih sebagai juara,\" katanya mengimbas kembali suratan takdir yang jatuh di bahunya sebagai anak seni.\rKata anak didik kepada penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain ini, daripada menganggap seni sebagai hiburan diri dan hobi, semua itu akhirnya bertukar kepada kerjaya utama kerana hatinya begitu terpikat sebaik terjun dalam bidang seni.\rDitanya sama ada keluarga pernah menghalang hajat hatinya itu disebabkan dia sepatutnya bergelar akauntan, Mohd ringkas menjawab apa yang disukainya tidak pernah dihalang keluarga.\r\"Arwah ibu, ayah dan adik beradik lain sentiasa menyokong saya malah sentiasa memberi semangat. Saya masih ingat pesanan ibu, supaya berhati-hati dan menjaga nama baik saya serta keluarga jika mahu menjadi artis dan semua itu masih saya genggam erat sebagai anak.\r\"Maklumlah saya juga tidak pernah berpisah dengan keluarga dan pada mulanya arwah ibu bimbang saya berada di Kuala Lumpur bersendirian dan risau saya tidak pandai mengawal diri,\" luah anak bongsu daripada sepuluh beradik ini yang cuba menahan sebak mengingati arwah ibu yang pergi menyahut panggilan Illahi pada tahun lalu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.140104 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list