CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Mak Mah pasrah

[Copy link]
Post time 25-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Diminta meninggalkan rumahnya beberapa hari sebelum RamadanTIDAK perlu menunggu kenduri kendara, kediaman Ruminah Sidek, 65, yang mesra disapa Mak Mah di Meru, Klang sudah cukup meriah apabila semua anak cucunya selain tidak putus dikunjungi sanak saudara dan rakan taulan sepanjang Syawal.\rNamun untuk Syawal kali ini, ia berbeza apabila mahligai kecil yang duduki sejak tujuh tahun lalu dan dibina hasil titik peluh berlakon akan bertukar tangan membuatkan hati pelakon veteran itu resah dirundung duka mengenangkan sambutan hari raya yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.\r\n\n\n\n\rSemuanya gara-gara masalah pemilikan tanah berikutan kediaman terbabit dibina di atas tanah milik ibu mentuanya. \r\r\n\n\n\n\nNamun, biar apa pun ibu kepada Adlin Aman Ramlie itu reda dengan ujian yang hadir di saat muslimin menantikan Ramadan.\r“Peristiwa saya diminta keluar dari rumah itu sudah dua bulan berlalu. Selepas mengemas barangan peribadi, saya meninggalkan rumah itu jam dua pagi. Saya tidak ralat kehilangan harta benda sebaliknya yang membuatkan saya sedih kerana terpaksa meninggalkan mahligai yang menyimpan 1001 kenangan bersama arwah suami.\r“Apa pun saya akur dan terima dugaan ini dengan hati terbuka. Bohong kalau saya katakan tidak sedih apatah lagi dizalimi individu yang dikenali pada usia emas begini, cuma sebagai insan saya perlu tabah,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Restoran Saloma.\rDitemani anak sulungnya, Azlan Aman Ramlie, pelakon berpengalaman yang masih aktif di layar perak dan televisyen itu tetap tenang bercerita malah sesekali jenakanya memecah keheningan bagai tiada duka yang singgah di hatinya.\r\n\n\n\n\rBukan hanya di pentas hiburan, secara peribadi sememangnya pelakon Jangan Pandang Belakang itu mudah didekati dek sifat keibuan dan setiap patah bicaranya pasti bersulamkan jenaka sekali pun diri dihimpit nestapa.\rKata Mak Mah lagi, barangkali orang mampu mengambil hak miliknya namun tidak sesekali dapat merampas kegembiraan hidupnya dikelilingi anak cucu termasuk anak tiri yang sudah dianggap darah daging sendiri.\r“Di rumah itulah kami anak beranak berkumpul. Walau tidak sebesar mana, banyak kenangan ditinggalkan arwah suami. Ia umpama galeri seni yang menyimpan segala macam khazanah malah barang kesayangan peninggalan arwah suami turut saya pamerkan di sudut tertentu.\r“Biarlah, selepas ini saya mahu membina sebuah lagi kediaman untuk menyimpan segala khazanah itu. Bukan bermakna saya kaya, tetapi wang simpanan dan hasil berlakon saya gunakan membina rumah itu,” katanya.\rSekali pun belum memutuskan lokasi atau di kediaman anak yang mana untuknya meraikan lebaran nanti, dia berharap perjalanan serta kehidupan harian dipermudahkanNya.\rAkui Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 itu, hidupnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Ilahi dan keluarga namun sebelum menutup mata dia berdoa semoga berpeluang mempunyai rumah sendiri.\rHasil perkahwinannya dengan tiga orang suami termasuk pelakon AR Tompel, dia dikurniakan enam anak selain 28 anak tiri.\r“Saya mempunyai keluarga besar yang membuatkan hidup saya cukup bererti apatah lagi dikurniakan 26 cucu manakala cicit seramai enam orang. Cuma lebih bermakna hari raya kalau dapat menyambutnya di rumah sendiri.\r“Persiapan hari raya juga tahun ini juga belum satu pun terlaksana. Kalau dulu saya akan membakar sendiri biskut seperti semprit, tart, makmur dan Arab, kini lebih senang beli saja. Entahlah...” katanya lagi.\rEnggan membiarkan syahdu membelenggu diri, selain masih rancak di lokasi penggambaran pelakon Anak Bapak itu rajin berkebun dengan menanam sayur-sayuran yang disifatkan sebagai terapi minda.\rMenganggap selagi masih ada kudrat akan terus aktif, katanya usia yang panjang ini mengingatkannya supaya tidak lupa kepada suruhanNya selain jangan meminta-minta.\r“Kita tidak tahu sejauh mana perjalanan kita. Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik untuk beribadat dan melakukan aktiviti seharian. Rezeki lakonan juga tetap ada. Minggu kedua nanti saya menjalani penggambaran dokumentari pendek mengenai masyarakat Jawa.\r“Pada 23 September pula saya sudah diikat Suhan Movies membintangi telefilem di bawah arahan Erma Fatima. Alhamdulillah, wang ini nanti akan saya simpan untuk membina rumah,” katanya yang mengakui tidak punya petua tertentu menjaga kesihatan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.327640 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list