|
ANDROID (aku xtahu sgt psal benda ni,mintak tolong)..ehehe
[Copy link]
|
|
Bertahun lamanya sejak tahun 1995, kebanyakkan daripada kita telah diperkenalkan dengan Windows 95, satu sistem operasi yang telah dilepaskan oleh Microsoft, dan paling terkini sistem operasi yang ingin dilepaskan oleh Microsoft ialah Window 8.
Penguasan Microsoft sangat hebat sehinggakan beberapa produk atau teknologi yang tidak berasaskan Microsoft Windows gagal untuk menguasai pasaran. Salah satu contohnya adalah Linux, dimana peminat Linux mengharapkan Linux OS dapat diterima oleh pasaran, tetapi mereka gagal.
Linux mungkin gagal dalam pasaran PC / Komputer kepada pasaran pengguna-akhir (end user), tetapi Linux berjaya mendominasi pasaran Server dan juga pasaran Telefon Pintar, dan sudah tentunya Linux yang berjaya di pasaran telefon pintar adalah Android. Ya betul, Android adalah sebahagian daripada Linux. Bagi mereka yang bergelar pengguna sahaja, sudah pasti tidak tahu bahawa Android itu berasaskan daripada Linux.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Android dari masa ke semasa, sudah pasti akan membaca bahawa Android terus dan terus menguasai pasaran, mengatasi OS yang lain termasuklah iOS. Laporan atau statistik yang dikeluarkan oleh pelbagai firma statistik (kajian), banyak menyatakan Android terus mendahului.
Untuk makluman semua, jualan telefon pintar telahpun mengatasi jualan PC, dan dijangkakan pada tahun 2015, jualan PC akan menurun dan terus menurun. Mungkin berdasarkan perkara ini, pihak Ubuntu sendiri telah mengumumkan untuk memasuki ke area telefon pintar. Sama ada pihak Ubuntu akan berjaya atau tidak, susah untuk digambarkan
Antara OS telefon pintar yang lain menggunakan Linux adalah MeeGo, yang disokong penuh oleh Intel, namun Intel sendiri seakan - akan ingin melupakan sahaja pembangunan MeeGo, sebaliknya memberi penumpuan kepada Android ICS.
Sumber:melayubuntu.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ecomoda012
akhirnye.. ak berjaya.. hmpr la ak nangis sbb asyik xjd.. thnx pd sume.. ...
hUnNY6871 Post at 4-10-2011 20:01 
ko surf cari guna android ke?...slow x? |
|
|
|
|
|
|
| |
|