CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

TEPCO edar borang permohonan

[Copy link]
Post time 20-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Prosedur bayar pampasan mangsa bencana tsunami bermula \rTOKYO: Syarikat pengendali loji nuklear Fukushima yang rosak teruk akibat gempa bumi dan tsunami Mac lalu, sudah memulakan prosedur membayar pampasan kepada mangsa bencana dengan menghantar borang permohonan tetapi pusat talian menerima purata 3,000 panggilan mengadu mengenai borang itu setiap hari, kata pegawai.\r\n\n\n\nAduan utama berhubung borang itu ia terlalu sukar difahami, kata pegawai TEPCO yang dipetik NHK. \r\rAkhbar Japan Today melaporkan borang itu setebal 156 halaman. Walaupun TEPCO tidak mendedahkan semua maklumat, antara soalan yang lazim diutarakan termasuk ‘Bagaimana saya menyiapkan borang permohonan pampasan?’  dan ‘Saya sukar memahami manual’. \r\n\n\n\n\n\rSebagai maklum balas, TEPCO mengeluarkan kenyataan kepada media iaitu ia  akan melayan semua permohonan pampasan itu dengan adil dan saksama serta memberi maklum balas terhadap aduan dengan berhati-hati.\rTEPCO  juga menimbang untuk  mengubasuai  dokumen itu.\rSyarikat itu berkata pusingan pertama tuntutan pampasan merangkumi kemusnahan dari 11 Mac hingga 31 Ogos. TEPCO turut mengumumkan tuntutan seterusnya diambil secara suku tahunan dan pusingan pertama pampasan tidak merangkumi ganti rugi kemusnahan harta benda.\rKerajaan berkata, kira-kira 80,000 orang diarahkan keluar dari kawasan 20 kilometer persegi di sekeliling loji Fukushima Daiichi yang mengalami kebocoran radiasi sejak 11 Mac.  \rPampasan akan merangkumi pengangkutan sebanyak 5,000 yen (RM200) seorang dan kos penginapan 8,000 yen (RM320) semalam bagi mereka yang dipaksa berpindah, begitu juga yang mengalami tekanan mental. \rTambahan bayaran akan dibayar untuk kehilangan pendapatan bergantung kepada kes, kata TEPCO, menambah yang jumlah itu selaras dengan garis panduan kerajaan yang dikeluarkan awal Ogos. \rSementara itu, timbunan bahan buangan organik yang reput, besi dan sisa peninggalan daripada kejadian gempa bumi dan tsunami di wilayah timur laut Jepun dilaporkan terbakar, mencetuskan satu masalah baru kepada pasukan kecemasan yang ditugaskan untuk membersihkan peninggalan ketika orang ramai masih lagi terus memungut sisi runtuhan kediaman mereka.\rJabatan bomba di wilayah Miyagi dan Iwate terpaksa dikerah untuk berhadapan dengan sekurang-kurangnya 24 kebakaran bermula daripada sisa peninggalan yang menggunung dihimpunkan di pinggir bandar dilanda gempa bumi pada 11 Mac lalu sehingga mencetuskan satu kejadian tsunami yang memusnahkan. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.088118 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list