CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Sinlak ajak Scomi bina monorel

[Copy link]
Post time 21-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat Turki mahu jalin pakatan majukan pengangkutan di tiga bandar\rSINLAK Holding Inc, syarikat yang berpangkalan di Turki berminat untuk bekerjasama dengan Kumpulan Scomi untuk membangunkan projek monorel di tiga bandar utama negara itu.\r\n\n\n\n\r  Presiden dan Ketua Eksekutifnya Serdar Sinlak, berkata pihaknya sudah menghantar surat bagi mempelawa Scomi untuk kerjasama itu tiga bulan lalu, tetapi setakat ini masih belum menerima maklum balas daripada syarikat berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, pihaknya sudah membuat kajian awal mengenai keperluan untuk membina monorel di tiga bandar utama di negara itu iaitu Istanbul, Ankara serta Izmir dan mendapati ia adalah berdaya maju.\r“Peningkatan penduduk di tiga bandar itu  menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas teruk di bandar berkenaan dan satu kaedah terbaik mengatasi masalah berkenaan perlu diperkenalkan.\r“Kami melihat pembinaan monorel adalah kaedah terbaik bagi mengatasi masalah itu,” katanya ketika ditemui di Izmir, Turki baru-baru ini.\rJumlah penduduk di Istanbul kini mencecah 14 juta, Ankara (empat juta) dan Izmir (3.4 juta).\r\n\n\n\n\rDi bawah cadangan yang dikemukakan kepada Scomi itu, Sinlak berkata, fasa pertama projek akan membabitkan laluan sepanjang 11 kilometer (km) masing-masing di Istanbul dan Ankara, manakala di Izmir pula antara 12km hingga 13km.\r“Kami menganggarkan kos projek monorel di Izmir mungkin sehingga AS$700 juta,” jelasnya.\rSinlak berkata, pihaknya juga berminat bekerjasama dengan syarikat Malaysia yang terbabit dalam industri pertahanan, tenaga, media dan teknologi maklumat.\rKatanya, syarikat Malaysia perlu membuka mata terhadap peluang yang bakal diteroka di pasaran Turki dan menggunakan negara itu sebagai hab untuk memasarkan produk masing-masing ke rantau lain seperti Eropah dan Asia Tengah.\r“Kebanyakan pelabur Malaysia yang saya temui lebih gemar berbincang untuk memasarkan minyak sawit dan perkayuan di Turki. Sebenarnya mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperluaskan pelaburan mereka dalam sektor lain seperti tenaga, komunikasi, pengangkutan dan media di Turki,” katanya.\rSinlak Holding terbabit dalam pelbagai bidang dengan perniagaan teras adalah dalam sektor pertahanan, media, komunikasi dan tenaga boleh diperbaharui.\rTurki yang mempunyai jumlah penduduk 72.5 juta adalah sebuah negara yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling pantas di dunia tahun ini. \rKeluaran dalam negara kasar  negara itu dalam separuh pertama tahun ini berkembang 10.2 peratus didorong oleh pelaburan swasta.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.184922 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list