CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

MHB rancang bina limbungan fabrikasi

[Copy link]
Post time 22-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) sedang mengkaji membina limbungan fabrikasi di Brunei bagi menyokong projek pembangunan kemudahan petrokimia pertama di negara itu oleh PETRONAS dan PetroleumBrunei.\rPengerusinya, Datuk Nasarudin Md Idris, berkata syarikat itu turut sedia membekalkan kepakaran kejuruteraan bagi projek bernilai AS$1.6 bilion itu.\r\n\n\n\n\rNamun, katanya, rancangan itu masih pada peringkat awal dan MHB belum mengadakan perbincangan dengan PETRONAS.\r\r\n\n\n\n\n“Ia terlalu awal untuk diumumkan, justeru kami tidak dapat berkongsi maklumat lanjut berhubung perkara ini dari segi berapa besar limbungan terbabit, berapa banyak pelaburan serta lokasinya di Brunei.\r“Namun, berdasarkan perbincangan antara PETRONAS dan PetroleumBrunei, mereka sudah tentu memerlukan sokongan pembangunan dan kejuruteraan. \r“Kami yakin projek ini berdaya maju dan kami serius menimbangkannya,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan MHB di Kuala Lumpur, semalam.\rTurut hadir Ketua Eksekutif dan Pengarah Urusan MHB, Dominique de Soras serta Ketua Kewangannya, Wan Mashitah Wan Abd Sani.\r\n\n\n\n\rNasarudin sebelum itu turut mengumumkan perubahan tahun kewangan MHB kepada berakhir 31 Disember daripada berakhir 31 Mac sebelumnya.\rSementara itu, beliau berkata, MHB sedang membida beberapa projek baru berkaitan sektor huluan minyak dan gas (O&G) di dalam dan luar negara yang semuanya bernilai antara RM5 hingga RM6 bilion.\rMHB ketika ini memiliki tempahan projek bernilai RM3.1 bilion yang bakal dilaksanakan sehingga 2013.\r“Kami lebih yakin untuk membida lebih banyak projek selepas membeli limbungan fabrikasi milik Sime Darby Engineering Sdn Bhd di Pasir Gudang, Johor yang bakal meningkatkan kapasiti limbungan kami kepada lebih 100,000 tan setahun daripada 70,000 tan sebelum ini.\r“Ia membolehkan kami kembali aktif meneroka projek di luar negara khususnya di Asia selepas terlalu lama tidak melakukan demikian kerana kapasiti limbungan yang amat terhad,” katanya.\rMengenai pelan pengembangan syarikat, Nasarudin berkata, pihaknya yakin penggabungan dan pengambilalihan adalah langkah terbaik.\rKatanya, pihaknya sedia menimbangkan sebarang peluang dan potensi untuk mengembangkan perniagaan di rantau ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.518391 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list