CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

Bank swasta India kongsi kepakaran Maybank

[Copy link]
Post time 24-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
YES Bank mahu perluas operasiMALAYAN Banking Bhd (Maybank), bank terbesar Malaysia dari segi aset, membentuk pakatan dengan kumpulan perbankan swasta dari India, YES Bank Ltd untuk menyediakan produk serta perkhidmatan kewangan menyeluruh merentas sempadan.\rKedua-dua kumpulan perbankan itu kelmarin memeterai perjanjian Kerjasama Permulaan bagi membentuk kerjasama dalam bidang khidmat nasihat perbankan pelaburan, perbankan korporat, pembiayaan perdagangan, kiriman wang dan perkhidmatan berkaitan lain antara dua negara.\r\n\n\n\n\r  Pakatan itu akan turut menyaksikan kedua-dua bank memainkan peranan penting untuk memudah cara aliran pelaburan serta perdagangan di koridor Asia Selatan-Asia Tenggara.\r\r\n\n\n\n\n  Dengan adanya pakatan itu juga, Maybank dan YES Bank akan dapat memanfaatkan kepakaran satu sama lain serta membentuk hubungan korporat dan pengetahuan pasaran tempatan bagi membuka peluang dalam bidang perbankan pelaburan, perbankan korporat, pembiayaan perdagangan dan kiriman wang di pasaran masing-masing.\rPengasas, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif YES Bank, Dr Rana Kapoor, berkata pakatan dengan Maybank itu terus mengukuhkan komitmen kumpulan terhadap koridor perniagaan antara India dan Asia Tenggara.\rDengan adanya inisiatif perbankan pengetahuan dan perkhidmatan khidmat nasihat, kami melihat ke depan untuk terus meneroka peluang rentas sempadan dalam bidang pelaburan dan perdagangan.\rSaya yakin kerjasama ini akan membolehkan kumpulan terus meningkatkan keupayaan perkhidmatan perbankan sekali gus memudahkan kerjasama secara keseluruhannya antara kedua-dua negara menerusi campur tangan strategik, katanya dalam satu kenyataan menerusi laman web bank berkenaan semalam.\r\n\n\n\n\rYES Bank, yang beribu pejabat di Mumbai menyediakan barisan penuh perkhidmatan perbankan dan kewangan.\rSegmen perniagaan teras bank berkenaan termasuk perbendaharaan, perbankan korporat dan pemborongan, perbankan runcit, kewangan korporat perbankan urus niaga dan beberapa perkhidmatan perbankan berkaitan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.055961 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list