CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 5229

roti baru brand massimo.

[Copy link]
Post time 17-11-2011 10:40 AM | Show all posts
saya dah jumpa,roti & krim coklat nye setanding gardenia,tp mhl skit 70sen.

[img][/img]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2011 03:43 PM | Show all posts
hm..for me...i tgk pd value nutrition nye...mmg laa sume roti yg dijual kt kedai2 tu ade buh shortening...its not that really good for ur health..

the best bread i would say kalo pd sesapa yg menjaga badan..i would recommend adventist..ni roti yg diperbuat dr sprout..no any wheat flour...so texture nye mmg lg kasar dr gardenia

mind you....the coarser that bread, the higher grains inside it (tp kekdg ade yg menipu gek..aku tatau ape depa buh)..so sile tgk pd ingredients list tu...

and wheat flour pula ade due jenis...wheat flour (refined) and the other is whole wheat(atau whole grain) flour...utk mereka yg menjaga kesihatan optimum...anda perlu cek adakah roti itu diperbuat dr whole wheat???

for me..masimo hanye buat roti hat yg ijo tu dr wheat refined...hence die mmg rs lembut mcm roti putih biasa...yg membuatkan die nmpk ala2 sihat..sb die buh dlm wheat flour die dgn wheat germ...itu saje...

mmg ade sestgh org nk buatkan roti die sihat..die gune refined flour then add wheat germ utk menyamai whole wheat flour..tp still..kalo u ade due pilihan, which is, 1 tu mmg dr tmpt asal nye tp lg 1...telah diolah but added good value..mane korg pilih?

i would choose the first one..i nk yg btul2 dr whole wheat..bkn yg refined but added with wheat germ...

but still, i tk ckp laa roti massimo ni tk sihat langsung...ia nye still ade good fiber becoz ade germ inside it..yet, the nutritious value there is not that higher compare to those yg coarser texture (made from truly whole wheat flour)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 03:45 PM | Show all posts
btw, i bukan promoter gardenia atau adventist atau high5...
just memberikan pandangan saje
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:30 AM | Show all posts
Bukan roti massimo ni ke yg tengah hebat dikatakan sekarang? Ada kaitan ngan gardenia gak aku dengar. Ntah betul ke tak aku kata ni.....baca separauh2 jek
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:47 AM | Show all posts
psl politik tu..
hmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 04:20 PM | Show all posts
Eh korang, bukan ke roti massimo ni yg robert kuok punye selepas tan sri syed mokhtar beli roti gardenia and stop amik gandum drp robert kuok sbb gandum yg die jual tu yg low quality punye drp cina yg ada kandungan unsur2 b***...

Skrg diorg mcm lancar kempen suruh kaum cina boikot gardenia and beli massimo jer..nanti i cari kat mana website yg i baca dulu..rasa mcm website pengguna islam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2012 07:20 PM | Show all posts
aritu kak aku beli roti krim massimo nie, dua bungkus kosong xde krim.....siot je
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 07:34 PM | Show all posts
tetap setia dgn gardenia...terbaeekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2012 08:31 PM | Show all posts
Ni aku baca kat muslimconsumer.org.my


NAMPAKNYA ORANG CINA BETUL-BETUL MAHU BOIKOT PERNIAGAAN TAN SRI SYED MOKHTAR

Written by Administrator  

Kenaikan harga barang telah membawa kepada perubahan sikap, di mana rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk menyalahkan antara satu sama lain dan membangkitkan pertikaian yang bersifat perkauman.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, baru-baru ini kempen memboikot roti Gardenia ekoran tuduhan ia bersifat perkauman dan “syarikat kroni” yang mencerminkan realiti dalam negara di mana hampir ke semua aspek kehidupan dilihat berpegang kepada perkauman.

Gardenia Bakeries terpaksa mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menafikan syarikat itu diarahkan oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) untuk menghentikan pembelian tepung dari  Federal Flour Mills Bhd (FFM) atas sebab-sebab yang dikatakan bersifat perkauman.

Keputusan itu dibuat ekoran jualan popular roti Gardenia apabila ramai rakyat berbangsa Cina memilih produk baru sebagaI satu tindak balas dalam satu kempen di laman sosial Facebook dan emel selain turut dihebahkan melalui khidmas pesanan ringkas.

Bernas dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary sementara FFM diketuai hartawan Malaysia Tan Sri Robert Kuok.

“Di Malaysia, ia akan berlaku (apabila keadaan buruk) dan rakyat mula menyalahkan bangsa lain. Sama ada aspek pendidikan, perniagaan atau hiburan. Kebanyakan orang berfikir di atas garis perkauman,” kata Ibrahim Suffian, yang mengetuai Merdeka Center.

Kempen anti-Gardenia  yang diadakan di Internet terutamanya di China, bermula bulan lalu dengan meminta memboikot syarikat pengeluar roti itu kerana mendiskriminasi FFM milik Kuok atas sebab bersifat perkauman.

Kempen itu juga menggesa pengguna menyokong produk yang dihasilkan FFM, Massimo yang memasuki pasaran baru-baru ini.

Satu emel yang dihantar menyebut: “Mari menyokong roti baru Massimo oleh Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, kumpulan Tradewind.”

Rakyat Malaysia telah berdepan inflasi tinggi secara berterusan yang mencecah kadar tinggi iaitu tiga peratus pada Mac dan terus melambung kepad 3.3 peratus bulan lalu.

Ibrahim dan penganalisis politik Khoo Kay Peng menyalahkan dasar-dasar yang mana diteruskan untuk “berdasarkan kepada hak kaum daripada kewarganegaraan.”

“Ia tidak selaras untuk kami mendapatkan hak pendidikan dan ekonomi berdasarkan Akta Hubungan Kaum. Ia tidak seiring,” kata Khoo yang turut menambah ia mudah bagi pengguna untuk menjatuhkan pasaran Gardenia, yang telah menaikkan harga produk banyak kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Agus Yusoff, seorang pensyarah politik dan sejarah berkata faktor utama bagi pengguna ialah kemampuan dan harga berpatutan, dalam kes ini seolah-olah wujud satu agenda untuk “memasukkan sentiman perkauman ke dalam isu itu.”

Putrajaya akan membentangkan Rang undang-undang Hubungan Kaum pada Mac untuk menentang perkara-perkara bersifat perkauman, mengawal interaksi antara kaum dan menggalakkan untuk saling hormat-menghormati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Seri Nazri Aziz minggu lalu berkata undang-undang baru itu diperkenalkan untuk mencontohi Akta Hubungan Kaum yang diamalkan di Britain.

Tetapi wakil rakyat pembangkang mengatakan ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya kerajaan akan mengawal daripada memudahkan interaksi. –

Petikan The Malaysian Insider
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 12:48 PM | Show all posts
migthy white n high 5 pun sdp...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 07:41 PM | Show all posts
makan roti tak kenyang.


Tapi aku beli gardenia aje. Brand lain tak beli.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 01:54 AM | Show all posts
Reply 91# airwaves


  aku kenyg kalau mkn 2 keping ltk ciz dlmnye.
or sapu tuna.
ptg br mkn nsi..xpun ratah lauk jer.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 08:42 AM | Show all posts
Awas! Tepung dan Roti Yang Berbahaya


Tepung Cap Sauh ada babi? Dan bahan kimia?

Robert Kuok telah menipu semua rakyat semua rakyat Malaysia terutamanya umat Islam kerana membekalkan tepung (cap kunci dan cap sauh) yang diperkaya dengan Vitamin B1 bersumber babi serta menggunakan peluntur beracun (Benzoyl Peroxide) bagi keuntungan berganda (dengan membekalkan tepung rosak dan melunturkannya sehingga putih dengan Benzoyl Peroxide) sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia menghidap pelbagai penyakit kronik.
Roti Massimo juga menggunakan tepung berepeluntur (Bleached) yang mengandungi racun yang telah diharamkan walau di negeri China.

Robert Kuok has deceived all the people all Malaysians, particularly Muslims for supplying flour (trade mark key and anchor) is enriched with Vitamin B1 is sourced pigs and using poisonous bleach (Benzoyl Peroxide) to double profits (by supplying expired flour and bleaching with Benzoyl Peroxide) to cause Malaysia suffered from various chronic diseases.
Bread brand Massimo, also using Bleached flour, which contains a poison that was also banned even in China.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by kazaraf at 13-2-2012 10:53

neomorpheus Post at 25-1-2012 08:42


aku saja naikkan semula thread ni sbb: aku dah buat aduan kpd Kem.Kesihatan & bertanya status tepung FFM dan disekalikan dgn gambar ini.
Setelah 1-2 minggu, ini jawapan Bhg Keselamatan & Kualiti Makanan Kem.Kesihatan:

Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (PPM 1985) telah membenarkan mana-mana tepung di bawah PPM 1985 termasuk tepung gandum untuk mengandungi benzoyl peroxide pada kadar tidak melebihi 50 mg/kg sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.


so sudah2la buat fitnah. hahaha. ramai org mudah percaya benda mcm ni. mmg dlm bahan makanan ada unsur kimia dibenarkn dgn syarat kuantiti yg tertentu. sama mcm Melamin dlm susu tepung, ada kuantiti yg dibenarkan. kalau nak takutkan org.. boleh je ckp, susu tepung ada melamin (yg guna buat pinggan tu)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 01:07 AM | Show all posts
da try massimo ari tu (mulut asek nk sebut simosa je ) gardenia gak kena ngan taste
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 09:18 AM | Show all posts
bapak aku selalu gak beli..warna hijau dengan biru....klu sarapan tu mmg sedap..

roti dia lembut...sedap gak...dari gardenia,family aku dah beralih kepada massimo..

rasa kita berbeza,nak cuba,cuba lah..ada ckp gardenia lagi sedap,ada ckp massimo lagi sedap...terpulang pada diri sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.700620 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list