CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Bursa Malaysia ditutup kukuh

[Copy link]
Post time 12-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Langkah China beli saham bank bantu  lonjak pasaran saham  tempatanHARGA saham di Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup kukuh semalam, selepas dibuka lemah pada awal minggu urus niaga.\n\n\n\n  Saham dunia yang memperlihatkan rali semalam, bertukar kepada urus niaga yang lebih bercampur-campur dengan pelabur bimbang, terutama menjelang undian bagi  menyelamatkan Kesatuan Eropah.\n\n\n\n\n\n  Ketika ditutup, Indeks KLCI FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 14.61 mata untuk ditutup pada 1,411.65, selepas dibuka 9.95 mata lebih baik pada 1,406.99. Ia kemudiannya kekal melepasi paras psikologi 1,400.Indeks utama berlegar antara 1,414.74 dan 1,406.99 sepanjang hari, disokong oleh saham Hong Leong Bank, Genting Bhd, Amway Holdings, Ibraco dan Nestle.Hong Leong Bank meningkat 48 sen kepada RM10.72, Genting Bhd menambah 41 sen kepada RM9.50, Amway naik 32 sen kepada RM8.68, Ibraco menokok 31 sen kepada RM1.46 dan Nestle lebih tinggi 30 sen kepada RM49.50.Peniaga berkata bursa tempatan terus mendapat sokongan padu bersama-sama dengan pasaran serantau yang lain berikutan langkah China membeli saham dalam beberapa bank terbesar republik itu  dilihat sebagai tanda menggalakkan sektor perbankan dan ekuiti Jepun pula meningkat sebaik saja urus niaga disambung semula selepas cuti.Indeks Perladangan Bursa Malaysia naik 119.91 mata kepada 7,157.62 dan Indeks Perindustrian menambah 19.3 mata kepada 2,534.26 dan Indeks Kewangan melonjak 183.36 mata kepada 12,988.54.Indeks FBM Emas lebih tinggi 114.51 mata kepada 9,573.56, Indeks FBM Mid 70 menambah 167.72 mata kepada 10,203.95 dan Indeks FBM Ace mengembang 7.91 mata kepada 3,654.37.Saham untung mengatasi saham rugi dengan 593 berbalas 171 sementara 248 kaunter tidak berubah dengan 465 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.Sejumlah 1.06 bilion saham bernilai RM1.376 bilion bertukar tangan berbanding 584.909 juta saham bernilai RM632.688 juta kelmarin.Di kalangan kaunter aktif, Dutaland-WA naik   satu sen kepada 12.5 sen, Time Dotcom meningkat empat sen kepada 51 sen, SAAG Consolidated kekal pada 5.5 sen dan Dutaland susut satu sen kepada 64 sen. Saham mewah, Maybank menambah lima sen kepada RM8.25, CIMB dan Sime Darby, masing-masing naik 10 sen kepada RM7.25 dan RM8.50, dan Petronas Chemicals naik  sembilan sen kepada RM5.69.      Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 525.504 juta saham bernilai RM1.233 bilion daripada 426.583 juta saham bernilai RM615.970 juta pada hari Isnin.Jumlah dagangan di pasaran Ace jatuh kepada 78.23 juta saham bernilai RM13.42 juta daripada 118.437 juta saham bernilai RM13.340 juta.Waran pula merosot kepada 44.28 juta unit bernilai RM4.34 juta daripada 36.322 juta unit bernilai RM2.717 juta sebelumnya.Produk pengguna menguasai 37.171 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 138.352 juta, pembinaan 43.562 juta, urus niaga dan perkhidmatan 224.628 juta, teknologi 26.782 juta, infrastruktur 35.564 juta, kewangan 115.187 juta, perhotelan 724,000, hartanah 119.863 juta, perladangan 74.826 juta, REIT 38.947 juta dan dana tertutup 115,500. –  BERNAMA      

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.073210 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list