CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

SMART Modular tubuh 2 pusat R&D

[Copy link]
Post time 15-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengeluar produk telekomunikasi labur RM770j\rSMART Modular Technologies, pengeluar produk komunikasi dan penyimpanan maklumat berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS), akan menubuhkan dua pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Kawasan Perindustrian Seberang Jaya, Pulau Pinang membabitkan pelaburan berjumlah RM770 juta.\r\n\n\n\n\r  Presidennya, Iain MacKenzie, berkata RM100 juta bakal dilaburkan untuk perbelanjaan modal, manakala RM670 juta lagi adalah untuk perbelanjaan domestik dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.\r\r\n\n\n\n\n  “Bagi menjayakan pelaburan ini, kami akan menubuhkan anak syarikat kedua di negara ini, iaitu SMART Storage Systems Sdn Bhd yang akan mempunyai sebuah pusat R&D khusus yang akan menumpukan usaha memajukan lagi produk penyimpanan maklumat kami.\r“Sebuah lagi pusat R&D yang bakal dibangunkan ialah untuk SMART Modular Technologies Sdn Bhd bertujuan membangunkan reka bentuk dan kejuruteraan berdaya saing,” katanya pada sidang media di Georgetown, semalam.\rSMART Modular sudah melabur dalam sektor pembuatan produk komunikasi dan penyimpanan maklumat di negara ini sejak 1998 yang mana ia ketika ini menggajikan kira-kira 450 rakyat Malaysia.\rTahun lalu, syarikat itu mencatat jualan RM1.8 bilion di pasaran tempatan. Ia juga memasarkan produknya ke negara Asia, AS, Eropah, dan Amerika Selatan.\r\n\n\n\n\rSementara itu, MacKenzie berkata, pelaburan dan penubuhan dua pusat R&D berkenaan akan mewujudkan 170 pekerjaan baru, sekali gus meningkatkan bilangan tenaga kerja tempatan kepada 600 orang menjelang 2021.\r\"SMART Modular di Malaysia akan mengembangkan peranannya dalam Kumpulan SMART sebagai pusat perolehan serantau selain berfungsi sebagai pusat sokongan teknologi maklumat kepada pasaran global syarikat ini.\r\"SMART Modular komited menjadikan Malaysia pusat pembuatan global dan pusat R&D termasuk pemindahan paten teknologi berkaitan produk penyimpanan maklumat,\" katanya.\rKatanya, pelaburan berkenaan dibuat berikutan keyakinan syarikat itu terhadap keupayaan Malaysia mewujudkan suasana mesra pelaburan, lokasi yang strategik serta wujudnya sumber tenaga kerja mahir.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.041600 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list