CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

Filem Indonesia calon anugerah Akademi

[Copy link]
Post time 17-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Di Bawah Lindungan Ka’bah’ antara 63 karya bersaing Oscar\rLOS ANGELES: Filem  Di Bawah Lindungan Ka’bah arahan Hanny R Saputra, adalah antara calon yang bersaing merebut Oscar dalam kategori filem berbahasa asing Anugerah Akademi Amerika Syarikat.\r\n\n\n\n\rFilem termahal Indonesia itu dihasilkan dengan kos AS$3 juta (RM9.3 juta), hampir enam kali ganda daripada perbelanjaan menghasilkan filem lain di negara itu.\r\r\n\n\n\n\nIa mengisahkan kisah tragik sepasang kekasih yang jatuh cinta tetapi terpaksa berpisah kerana perbezaan darjat.\rFilem itu dibintangi Didi Petet, Leroy Osmani, Yenny Rahman dan Widyawati selain bintang muda Herjunot Ali, Laudya Cynthia Bella, Niken Anjani, Tara Budiman dan Agung Putra Perwira.\rIa mengisahkan Hamid dan Zainab yang berasal daripada dua keluarga dengan tingkat sosial yang berbeza.   \rIbu Hamid bekerja di rumah keluarga Zainab. Pertemuan demi pertemuan membuat keduanya saling jatuh cinta. Namun, kedudukan kewangan dibayangi hutang budi menyebabkan ibu Hamid melarang anaknya menaruh harapan memiliki Zainab.\r\n\n\n\n\rMereka, bagaimanapun, berkongsi impian   sama iaitu setiap manusia bebas   mencintai dan dicintai. \rDugaan demi dugaan mendera keduanya. Hamid kemudian diusir dari kampung kerana dituduh secara tidak sopan menyentuh Zainab sedangkan anak dara itu akan dijodohkan orang tuanya dengan anak saudagar kaya. \rMereka tetap setia dengan janji untuk mempertahankan cinta. Hamid yang diusir dari kampungnya akhirnya mengembara hingga sampai ke Makkah dan menunaikan ibadat haji seperti yang diimpikannya manakala Zainab tetap menjaga dengan setia janjinya, untuk bernikah hanya dengan orang   dicintai.\rFilem daripada 63 negara sudah memasuki persaingan itu. Permohonan termasuk  pencalonan kali pertama dari New Zealand selain Albania dan Vietnam.\rJawatankuasa khas Akademi akan memilih lima calon memasuki pusingan akhir pada 24 Januari 2012 dan pemenang akan diumumkan pada majlis Anugerah Akademi ke-84 di Los Angeles pada 26 Februari 2012.\rPenganjur Akademi mengesahkan The Orator sebagai pencalonan pertama New Zealand dalam kategori itu. Filem arahan pertama Tusi Tamasese adalah karya berbahasa Samoa itu menceritakan kisah petani miskin yang perlu berjuang mempertahankan keluarganya.\rDua pemenang utama Festival Filem Antarabangsa Toronto September lalu turut berada dalam senarai. Lubnan mempertaruhkan nasib ke atas filem Where Do We Go Now arahan Nadine Labaki yang memenangi Anugerah TIFF, Cadillac People\'s Choice. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.052386 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list