CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5168|Reply: 1

Dekorasi Kediaman Artis Baru IMZ AZMAN

[Copy link]
Post time 20-10-2011 11:15 AM | Show all posts |Read mode
ZALDECO mendapat kepercayaan sepenuhnya seorang artis baru yang sedang mencipta nama dalam dunia lakonan dan nyanyian tanah air. Imz Azman yang sering tampil menghiasi beberapa drama TV dan sedang giat menghasilkan album pertama terpanggil untuk meletakkan tugas ke bahu team ZALDECO bagi merealisasikan impiannya memiliki kediaman glamor untuk sebuah apartment yang baru sahaja dibelinya hasil titik peluh selama ini bergelumang di dalam dunia seni.



Dengan itu, pereka dalaman ZALDECO, Faizal Zain hadir membuat tinjauan terlebih dahulu ke atas unit kediaman ini bagi mendapatkan gambaran sebenar dan cetusan idea yang sesuai bagi memenuhi impian penyanyi dan pelakon ini.


  
Bersandarkan cetusan idea 'glamor' dan ringkas ZALDECO hadir memberi sentuhan buat kediaman ini. Satu rekaan baru cuba diaplikasikan di mana konsep moden dan etnik digabungkan serentak. Bermain dengan corak 'batik', Zal mencetuskan satu idea baru buat kediaman ini. Di mana kabinet dapur melamin didatangkan khas dengan corak batik pada 4 permukaan pintu kabinet tersebut.

  
Untuk ruang tamu pula ZALDECO memilih untuk menggunakan perabot yang seminima mungkin. Tidak membawa masuk sebarang jenis sofa, kali ini mencipta kelainan apabila hanya kerusi 'rilex' menjadi tumpuan. Artis ini masih bujang dan tinggal bersendirian, malah sering tiada di rumah kerana bertugas di lokasi pengambaran dan show di sana-sini, jadi tidak perlu perabot yang sarat agar kediaman sederhana luas ini tampil lebih senggang.
layari http://zaldeco.blogspot.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 11:46 AM | Show all posts
tuan tanah ni IMZ AZMAN ke? tak kenal pon...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.977937 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list