CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sharfox

TNB dan Bil Anggaran yang menekan Pengguna

[Copy link]
Post time 30-12-2011 10:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by medangmru at 30-12-2011 10:55
aku baru dpt bil letrik bulan ni, biase la bil 2 bulan in advance TNB cas
dah tu ada SATU caj ba ...
cmf_kunyit Post at 30-12-2011 10:31 AM



   Haaaaaaa...aku jumpa artikel ni dalam Sinar Harian :-



SUNGAI BESAR – Pengguna bekalan elektrik menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan penjelasan lanjut mengenai subsidi bahan api oleh Kerajaan Persekutuan dicetak dalam bil diterima.


Pengguna, Osman Mokmin, 60, berkata, kekeliruan itu berlaku apabila dia terpaksa membayar jumlah perlu dibayar seperti yang tertera dalam bil sedangkan ada cetakan sejumlah subsidi bahan api oleh Kerajaan Persekutuan dalam bil yang sama.

“Selain itu, kutipan sebanyak 1 peratus daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan juga agak mengelirukan dan ia perlu diperjelaskan supaya pengguna tidak membuat pelbagai andaian yang akhirnya boleh merosakkan nama Kerajaan Persekutuan.

“Kita juga tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memburukkan Kerajaan Persekutuan dengan kekeliruan ini,” katanya ketika ditemui, Sinar Harian di sini, semalam.

Kata Osman, disebabkan kekeliruan itu juga, pihaknya mengambil inisiatif menghubungi talian bebas tol dan pejabat TNB berhampiran untuk mendapatkan penjelasan.

“Kita diberitahu, perkara ini adalah berpandukan kepada kelulusan Kabinet dan pernah diumumkan dalam media.

“Mungkin pengguna terlepas pandang dengan pengumuman itu, tetapi mengapa TNB tidak mengambil inisiatif membuat hebahan notis terus ke rumah pengguna sepertimana notis gangguan bekalan elektrik. Ini penting supaya pengguna tahu dan tidak rasa tertipu,” katanya.

Menurutnya adalah menjadi satu keperluan untuk TNB membuat pembaharuan cetakan bil pengguna untuk memastikan kekeliruan seperti itu tidak terus berlaku.

“Sepatutnya, catatkan keseluruhan jumlah bil yang perlu dibayar mengikut tenaga yang digunakan dan kemudiaan barulah ditolak dengan jumlah subsidi bahan api.

“Dari situ barulah pengguna mengetahui lebih jelas jumlah sebenar yang dikenakan terhadap penggunaan tenaga elektrik seperti mana yang tertera dalam bil bekalan air, Syabas yang meletakkan jumlah sebenar sebelum subsidi Kerajaan Negeri dan selepas subsidi diberikan,” katanya.


bil terkini aku yg dapat pada 22-12-2011 takder plak pasal mende ni...mebe bulan depan kot..............



MEBE LINK INI MUNGKIN MEMBANTU NYIT :_


http://www.kettha.gov.my/content/kenyataan-akhbar-mengenai-penstrukturan-semula-tarif-elektrik-di-sabah-dan-wilayah-persekutu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 11:49 AM | Show all posts
[quote]Haaaaaaa...aku jumpa artikel ni dalam Sinar Harian :-


SUNGAI BESAR
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 12:53 PM | Show all posts
揝elain itu, kutipan sebanyak 1 peratus daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebu ...
cmf_kunyit Post at 30-12-2011 11:49 AM



   sebenau2nya ayat tu mmg amat mengelirukan dan KELIHATAN "BAIK" niatnya.....esp. pd sesetengah org yg tak tahu maksud sebenar ayat tu....gigih tul TNB cipta ayat camtu tu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 01:16 PM | Show all posts
Sepatutnya sebelum caj 1% itu di kenakan, TNB atau kerajaan ambil inisetif menerangkan kepada org ramai mengenai apakah yg dikatakan sebagai "kump wang tenaga boleh baharu". Apa menafaatnya kepada pengguna dan juga bagaimana pengguna yg dikenakan cas tersebut boleh memenggunakannya. Buatlah iklan siaran akhbar, beri penerangan yg jelas kepada semua org di akhbar-akhbar utama di malaysia.

Org ramai masih kabur atas cas tersebut. Lagi satu, jika jumlah bil 2 bln automatik penggunaan letrik akan lebih 300kWj bg kebanyakan isirumah di malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 03:59 PM | Show all posts
Sepatutnya sebelum caj 1% itu di kenakan, TNB atau kerajaan ambil inisetif menerangkan kepada org ra ...
sapp73 Post at 29-12-2011 23:16



btol sgt tu, bila dia cas 2 bln, mmg la jumlah penggunaan akan lebih 300kWj, maka otomatik akan melepasi tier blok kegunaan letrik dari 0.334 jadi 0.400.

apa manfaat "kump wang tenaga boleh baharu"?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 07:48 PM | Show all posts
salam

dar terkena pada rumah PIL..selalunya bil bulanan RM20-RM30 sebulan. lepastu lama tak dapat bil. alih2, naik 25 kali ganda dari bil bulanan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2011 10:34 PM | Show all posts
ghamai dah kawan aku nak pi lepak dalam hutan....makan apa yg ada dalam hutan....x yah layan tenet,astro dll....dosa pun x banyak....


hidup dalam hutan,jadi petani.....makan apa yg ditanam,minum air sungai,,,badan pun sihat.....


aku?no la!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:44 PM | Show all posts
hari rumah akak pun kena bil anggaran nih........... ris pulak jenis tak kisah, bayar je lah............ haaaaaaaa bulan nih dah jadi negatif bil dia, -19.00....sebab dah terlebih bayar...........hu hu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 05:16 PM | Show all posts
hari rumah akak pun kena bil anggaran nih........... ris pulak jenis tak kisah, bayar je lah........ ...
Risma Post at 30-12-2011 22:44


Rumah sewa aku ni pun sama juga cik Risma, terkejut minggu lepas bil bulanan aku rm100++ yang kebiasaannya rm35++ saja. Aku bayar saja terus melalui online (CIMB) dan baru terima bil bulan ni terkejut bila mana bil bulanan kembali rm35++ tapi jumlah perlu di bayar ialah -rm30++.

Aku tak tahulah mengapa kes begini berlaku, aku rasa ada kesilapan pengiraan atau update pembayaran online itu lambat. Tapi kalau nak katakan lambat update, terima saja bil aku terus bayar walaupun ianya semurah rm20 saja.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 08:36 PM | Show all posts
Reply 89# dr.R

salam

depa guna bil anggaran lah tu..

rm100++ bil anggaran.

kebiasaannya rm35++.

dpt bil semasa -ve rm30++ .. dimana tak perlu bayar.

rm100++(jumlah bil yang dibayar baru2 ni) - rm35++(semasa) = rm65++ - rm30(jumlah terlebih bayar) = rm35++ (bil sebenar bulan lepas)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:51 AM | Show all posts
Reply  dr.R

salam

depa guna bil anggaran lah tu..

rm100++ bil anggaran.

k ...
katakpuruz Post at 1-1-2012 20:36


Walaikumsalam, aku pun rasa macam tu juga. Mungkin mereka dah campurkan atau puratakan 3 bulan yang lepas, jadi buatlah bil anggaran. Tapi apa motifnya buat perkara yang membebankan dan mengelirukan macam tu?, apakah motifnya supaya duit yang kita bayar di awal itu untuk kegunaan bonus kakitangan TNB?. Tapi sepengetahuan aku rakan aku yang bekerja TNB ini mengeluh mengenai perihal TNB yang tidak seberapa katanya di FB, alhamdulillah masih ada juga kan daripada tak dapat apa-apa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:22 AM | Show all posts
bel hanya jaga bil opis je...kalau ada perubahan kena buat inspection sikit
bil umah biasa lebih kurang aje...so tetiap bualn bel main bayo je fix dlm 60 sebulan..tak kira la lebih ke kurang ke bil bulan tu..hahahahah..bila dpt bonus, bel call je TNB tanya ada tertunggak tak. kalu ada bayor terus..huhuhuu

tp rasa nyampah dgn charge KWTBB tu..
at least KWSP kita blh dpt semula duit tu
hat yg ni apa ada?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 09:45 AM | Show all posts
Kwtbb dikenakan kepada pengguna yang pengunaan bulanan melebihi 300 unit.... Wang ini digunakan utk membayar FiT ( feed in tariff) kepada mereka yg dapat lesen utk jual tenaga boleh baharu kepada TNB...harga seunit fit ni mahal lebih dpd rm1.20 seunit kalau tak silap aku.. Tujuannya nak menggalakkan lebih ramai org guna tenaga solar ke angin ke... Rumah pensendirian pon boleh apply... Tapi tatau masih buka ke dah tutup...

DUIT INI BUKAN TNB PELAHAP NAK AMBIK NAK KASI BONUS KAMI YANG STGH BULAN..GOV BONUS LAGI BYK.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 02:49 AM | Show all posts
AKU pn x faham nape posmen yg datang hantau bil......

maknanya TNB main hentam je ....x payah cek meter bagai............

DALAM DUNIA NI,BYK PERKARA KITA X PUAS HATI JANTUNG PARU PARU LIMPA.....TP APA NAK DIBUAT???
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 12:33 PM | Show all posts
AKU pn x faham nape posmen yg datang hantau bil......

maknanya TNB main hentam je ....x payah cek ...
GuaAnakMelaka Post at 18-2-2012 02:49 AM



   Bil bulan lepas mmg tekojut badak ....RM598....tak oernah dalam sejarah.....bacaan KW hanya 860....kira2 dalam RM2++ jer.....bayor je la....tup2 2 hari lepas sampai bil jadik -RM350.....negatif lagi....so bulan ni mmg tak payah bayar....bulan depan mungkeng tak perlu bayar ...sbb baisanya bil letrik dalam RM70-90 jah....
pesal yek TNB nak kaut duit org bebanyak>???
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 03:12 PM | Show all posts
Reply 95# medangmru


   aku pun pening...bulan lepas umah RM50...bulan ni RM80...guna sama je!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2012 04:35 PM | Show all posts
Reply  medangmru


   aku pun pening...bulan lepas umah RM50...bulan ni RM80...guna sama je!
GuaAnakMelaka Post at 18-2-2012 03:12 PM



   TNB guna anggran bil je tu Hj......
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 06:26 PM | Show all posts
Reply 97# medangmru


   mna boleh camtu.....ni yg pening ni....takkan nak guna minyak tanah pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 02:48 PM | Show all posts
Sori aku terpaksa naikkan semula thread ni sebab rasa tak puas hati dengan cara kiraan bil Kod N selepas ada  bil anggaran (Kod 'E') dibulan sebelumnya

Aku buat SMR (Self meter reading) untuk bil TNB. BUlan september aritu aku tak dapat buat bacaan sebab:
1) Aku kat kampung masa terima notis SMS utk baca meter. SMS dihantar pada 6.30 pm 14/9/13 dan menurut SMS tersebut, bacaan boleh dibuat sehingga 16/9/13 tapi kemaskini hanya boleh dibuat melalui laman web e-services.tnb.com.my kerana menurut TNB, kemaskini melalui SMS 15454 bermasalah.
2) Pada 16/9/13 aku buat bacaan meter dan cuba hantar melalui web e-services.tnb.com.my tetapi bacaan tak diterima sebab menurut laman web tersebut, tempoh masa bacaan ini dengan bacaan bulan lepas dah lebih 30 hari (Untuk makluman, bacaan bulan sebelumnya iaitu bulan ogos dibuat pada 15/8/13). Siyes aku cakap, sistem SMR TNB ni bodoh nak mampus (mampus pun tak bodoh macam tu). Dalam SMS cakap boleh buat bacaan sampai 16/9/13 dapi bila buat bacaan pada 16/9/13, dia kata terlebih tempoh pulak. Bongok. Actually tempoh bacaan SMR adalah dlm masa 3 hari (biasanya 14 - 16 atau 15 - 17). Web e-services.tnb.com.my ni punya la bodoh sebab kalu bulan sebelumnya kita baca pada 14 haribulan dan bulan berikutnya kita baca pada 16 haribulan, dia kata kita dah terlebih tempoh. Kalu bulan sebelumnya kita baca pada 17 haribulan dan bulan berikutnya kita cuba baca pada 14 haribulan pulak dia kata tak cukup tempoh sedangkan SMS dah bagi notis suruh buat bacaan.

Bil aku pada bulan september (11/9/2013) adalah berstatus Kod E (anggaran). Bacaan anggaran adalah 10,022. Bacaan ogos (Kod 'N') adalah 9,640. Jadi jumlah anggaran penggunaan hingga 11/9/13 adalah 382 KWh bersamaan RM110.90.



Pada bulan oktober, aku buat bacaan (Kod 'N') 10,290. Bil terbaru aku dapat adalah spt di bwh:


Pada pendapat aku, sepatutnya kadar penggunaan aku bulan ni adalah 10,290 - 10,022 = 268 KWh bersamaan dengan 268 * 0.218 = RM 58.42. Kadar penggunaan aku pada tier pertama bukan mcm dlm bil yang menunjukkan aku guna sampai 3 tier (10,290 - 9,640 = 650KWh) sebab tu adalah bacaan untuk 2 bulan. Pastu konon2 ditolak dengan bil bulan lepas... TNB Penipuuuuuuuuu




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 05:21 PM | Show all posts
Nk meleps geram gak...hu2

Bil last month, dh negatif..tup2 bil baru sampai 22 okt, kna byr dlm rm 200 lebih.. Giler ke? Bila ms lak kami guna letrik sanpai cenggitu sekali? X puas ati betulllllll!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.272028 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list