CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Tak senang duduk tonton The Thing

[Copy link]
Post time 22-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Filem: The Thing\rGenre: Thriller, Fiksyen Sains, Misteri\rPengarah: Matthijs van Heijningen Jr\r\n\n\n\nPelakon: Mary Elizabeth Winstead, Joel Edgerton, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Ulrich Thomsen, Eric Christian Olsen, Trond Espen Seim\rTayangan: Mulai 13 Oktober\r\r\n\n\n\n\nPADA 1982, sebuah filem bercorak seram, misteri dan fiksyen sains arahan John Carpenter berjudul The Thing ditayangkan kepada umum. Filem berkenaan mendapat sambutan baik, serta menerima pujian pengkritik.  Ia mengisahkan sekumpulan saintis di Antartik yang berdepan makhluk asing yang mampu berubah bentuknya mengikut penampilan mangsa dibunuhnya.\rHampir tiga dekad kemudian, filem menggunakan judul serta jalan cerita hampir sama menemui penonton. Kali ini, ia diarahkan Matthijs van Heijningen Jr. yang sebenarnya antara pemuja Carpenter.  Biarpun digembar-gemburkan sebagai filem yang memaparkan apa sebenarnya berlaku sebelum insiden dalam The Thing lalu, sebenarnya versi baru ini hampir menyamai cerita yang pernah disaksikan versi asal.\rIa masih mengisahkan sekumpulan saintis di kawasan beku menemui pesawat makhluk asing, seterusnya muncul konflik antara mereka sebelum berdepan sendiri dengan makhluk yang mampu mengubah bentuk menjadi seperti mangsa dibunuh. Andainya filem asal dianggap antara judul seram paling hebat sehingga ke hari ini, versi 2011 juga tidak kurang menarik. Ia sarat babak mengejutkan, di samping sokongan produksi memberangsangkan. \rApatah lagi apabila teknologi terkini seperti imej janaan komputer (CGI) mampu membuatkan penonton tidak senang duduk dalam panggung. Filem diadaptasi daripada novel Who Goes There? oleh John W Campbell ini membangkitkan senario seram dengan baik sekali.  \r\n\n\n\n\rMalah, makhluk asing yang digambarkan cukup ngeri dan menjijikkan, bersesuaian sifatnya sebagai makhluk pembunuh. Bukan sekadar dibantu CGI menyakinkan, bahkan pecahan watak dimainkan pelakon turut memberi kesan. The Thing diperkuatkan penampilan Mary Elizabeth Winstead, Joel Edgerton, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Ulrich Thomsen, Eric Christian Olsen dan Trond Espen Seim.\rSelain elemen seram yang menjadi tunjang cerita, unsur percintaan turut dimuatkan, antara watak Kate Lloyd lakonan Winstead bersama juruterbang, Carter (Edgerton). Namun begitu, babak romantik ini tidak dipanjangkan, sebaliknya lebih kepada membina jambatan kepercayaan antara satu sama lain. \rFilem yang mengambil lokasi di Antartika ini turut memaparkan cerita menggetarkan dada apabila memberi tumpuan kepada percanggahan pendapat dan sikap berpuak-puak yang semakin meningkat antara semua watak kerana mereka mula mengesyaki antara satu sama lain. Strategi menentukan siapa yang benar-benar dijangkiti virus dibawa makhluk asing itu memang mampu menimbulkan situasi cukup tegang.\rKelebihannya, filem ini berupaya mengikat penonton untuk mengikuti kisahnya hingga ke penghujung cerita. Lebih-lebih lagi, jalan ceritanya sukar dijangkakan, membuatkan penonton sentiasa ternanti-nanti siapakah mangsa seterusnya, yang bakal menjadi klon kepada makhluk pembunuh itu.\rThe Thing juga memaparkan unsur tanggungjawab sosial seseorang ahli pemikir atau saintis kepada segenap hidupan. Biarpun melarikan diri dari tempat itu ialah satu-satunya pilihan terbaik untuk diri sendiri, namun ia bukannya keputusan yang mendatangkan kebaikan kepada makhluk lain. \rVirus berkenaan boleh tersebar sekiranya lebih ramai yang terdedah kepadanya. Justeru, demi keselamatan ramai, mereka dikuarantin walaupun masing-masing mengetahui bakal menemui ajal jika terus tinggal di sana.\rSinopsis\rBERKISAR kejadian menimpa sepasukan saintis dari Norway dan Amerika di benua Antartika, apabila mereka menjadi individu pertama menemui kapal angkasa dan spesimen makhluk asing yang terperangkap dalam blok ais. Penemuan itu dianggap sebagai kejayaan buat pasukan saintis yang diketuai Dr Sander Halvorson ini. Tanpa mereka ketahui, penemuan itu pada hakikatnya mampu membahayakan nyawa masing-masing.\rINFO: Carta Pecah Panggung\r1 - Real Steel\r2 - The Thing\r3 - Klip 3GP\r4 - 1911\r5 - The Three Musketeers \r6 - Al-Hijab\r7 - Johnny English Reborn\r8 - What\'s Your Number\r9 - The Sorcerer And The White Snake \r10 - Love You You

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050724 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list