CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Bukan takut tapi sedih

[Copy link]
Post time 24-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peserta Ustazah Pilihan sebak, menginsafi diri selepas melihat pelbagai rupa mayatTANGISAN sembilan peserta program Ustazah Pilihan untuk tugasan kali keempat bukan disebabkan takut atau jijik melihat mayat yang tidak dituntut tetapi sedih dan sebak melihat nasib jenazah yang tidak disempurnakan keluarga terdekat mahupun saudara mara selepas pergi menyambut panggilan Ilahi. \n\n\n\nSebaik kaki melangkah masuk ke dalam bilik mayat hospital, keadaan tenang mula bergelora sebaik jenazah bayi perempuan yang sudah cukup sifat dibawa masuk oleh petugas hospital apatah lagi ia sebuah realiti yang perlu dilalui dan bukannya rekaan.\n\n\n\n\nKetika ini, kebanyakan peserta tidak dapat mengawal emosi dan ditenangkan antara satu sama lain dan keadaan agak hiba sebaik peserta bernama Masfira Hilman, 27, tidak lagi dapat menahan sendu di hati.Ketika ditemui, peserta yang masih berlinangan air mata itu jujur memberitahu, pada mulanya hanya bersimpati melihat keadaan  mayat yang tidak dituntut keluarga, tetapi jiwanya mula tersentuh sebaik jenazah bayi perempuan terbabit dibawa masuk di hadapan matanya.“Saya tidak takut, tidak seram atau berdebar melihat mayat di sini. Ini kerana saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya akan menjadi seperti mereka juga satu hari nanti.“Apa yang membuatkan saya sebak apabila perasaan mula bercampur baur sebaik bayi tidak bernyawa itu dibawa masuk. Saya teringatkan arwah anak sulung saya yang mengalami keadaan yang sama. Terfikir di hati, jika anak masih hidup, bolehlah saya memberikan ilmu agama dan dunia kepadanya tetapi semua itu tidak akan berlaku,” katanya sambil memberitahu kejadian malang itu berlaku ketika dia belajar di Mesir pada 2008.\n\n\n\nIbu kepada dua anak ini juga berkata, dia menangis kerana teringatkan anak di rumah kerana tidak dapat menghubungi mereka disebabkan perlu memberikan komitmen pada program itu.“Memikirkan apa yang mereka sedang lakukan dan ia satu perasaan yang menyedihkan,” katanya yang menganggap tugasan kali ini sungguh bererti buat dirinya yang pertama kali berhadapan dengan mayat serta menjalani proses kafan dan memandikan mayat.Bagi peserta dari Kelantan, Nur Atieqah Mohd Zainudin, 20, yang bersyukur kerana hajatnya memandikan dan mengkafankan  jenazah ditunaikan Allah.“Saya memang berhajat mahu menunaikan fardu kifayah dan peluang itu akhirnya tertunai dengan menyertai program ini. Syukur kerana saya terpilih melalui pengalaman yang tidak semua orang berpeluang melakukannya. “Tambahan pula saya anak tunggal, jadi ilmu yang dibekalkan tenaga pengajar dari pihak Astro berguna pada saya pada masa depan. Sebagai anak tunggal, jika ada kematian kepada keluarga, sayalah harapan mereka dan ilmu ini bermanfaat untuk kehidupan seterusnya dan bukan pada program ini saja,” katanya yang memberitahu pada awalnya, dia sebagai manusia biasa berdebar-debar ketika mendapat tugasan yang diberikan tetapi setelah ia difikir secara rasional, semua perasaan takut itu lenyap jua akhirnya.Bagi Maryanti Ramle, 23, tugasan kali ini adalah yang mencabar dan sebagai peserta, dia mahu mempelajari segala ilmu yang didedahkan kepada mereka sebaik mungkin dan tiada istilah takut atau jijik kepada mayat walaupun ia tidak sempurna.“ Ini pertama kali saya menguruskan jenazah dan melihat mayat yang pelbagai rupa. Ada yang lehernya sudah terkulai dan paling menyedihkan ada mayat yang tidak dituntut walaupun sudah lama meninggal dunia,” katanya yang memberitahu ilmu teori dan praktikal yang dibekalkan tenaga pengajar yang digelar mereka sebagai Mudirah dan Mursyidah cukup berguna.Sementara itu, penerbit Ustazah Pilihan, Sazilatul Ahamad, berkata program itu sudah mendapat perhatian ramai dan  mempunyai kalangan penontonnya tersendiri.“Dari minggu ke minggu, sudah ada penambahan jumlah penonton dan saya berharap program ini terus mengumpul peminat dengan ilmu yang bukan saja dapat dikongsi peserta tetapi juga penonton,” katanya sambil memberitahu kesungguhan peserta cukup memberangsangkan.Katanya, Ustazah Pilihan masih lagi berpaksikan pencarian pendakwah unggul dengan memaparkan kepentingan memikul tanggungjawab sebagai wanita Islam yang bukan saja berperanan sebagai isteri atau ibu, malah memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pembentuk dan pemimpin generasi akan datang.Ustazah Pilihan disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) dipimpin oleh Dr. Robiah K Hamzah sebagai Mudirah bersama dua Mursyidah iaitu Profesor Dr. Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiyah Hassan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.045801 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list