CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

Projek saluran gas Kimanis bagai lebuh raya

[Copy link]
Post time 24-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Rapatkan komuniti di Sabah, Sarawak dengan SemenanjungPROJEK saluran gas merentasi Kimanis di Sabah ke Bintulu di Sarawak bernilai RM4.6 bilion yang dijangka siap penghujung 2013 akan membuahkan kejayaan seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang menghubungi negeri di Semenanjung, menurut seorang profesor dari Universiti Putra Malaysia (UPM).\n\n\n\n  Timbalan Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Prof Dr Jayum Jawan, berkata saluran sepanjang 512 kilometer yang akan menyalurkan gas dari Terminal Minyak dan Gas Sabah di Kimanis ke pelbagai pelanggan di Sabah dan Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) PETRONAS di Bintulu itu adalah contoh terbaik satu projek nasional yang akan merapatkan pelbagai peringkat rakyat dan komuniti perniagaan di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.\n\n\n\n\n\n  “Ia satu usaha yang saya rasa menepati konsep yang selalu kita hendak majukan iaitu integrasi nasional dan perpaduan antara wilayah. Projek ini bakal memenuhi matlamat ini,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.Jayum yang berasal dari Sarawak berkata, perbandingan projek gas itu dengan Lebuh Raya PLUS adalah satu ‘analogi yang bagus’ kerana ia bakal membuka peluang yang begitu luas dalam bidang sosioekonomi.“Saya melihat projek saluran gas ini memang tepat semacam lebuh raya untuk menggiatkan lagi pembangunan dan menghubungi pelbagai wilayah di Sarawak dan Sabah. Pendek kata, ia akan merapatkan pelbagai komuniti yang dilalui oleh saluran gas yang panjang itu,” katanya.Jayum juga berkata, adalah wajar aktiviti PETRONAS di Sarawak dilihat dari pendekatan lebih menyeluruh daripada semata-mata dari sudut isu royalti lima peratus setahun yang dibayar syarikat petroleum nasional itu kepada kerajaan negeri.\n\n\n\nBeliau berkata, selain daripada mendapat royalti lima peratus, Sarawak juga memperoleh pelaburan secara langsung apabila berlaku penemuan lapangan minyak dan gas baru di samping sumbangan besar PETRONAS terhadap pembangunan sumber manusia untuk membangun sumber minyak dan gas berkenaan.“Jadi, kadang-kadang bila ada sesetengah pihak menuntut royalti yang lebih tinggi, seolah-olah mereka tidak dapat melihat sumbangan PETRONAS di tempat lain seperti pembangunan ekonomi secara langsung yang dilakukannya kerana menjumpai sumber baru seperti itu.“Kalau kita darabkan semua ini, kita ambil kira semua ini, ia lebih daripada lima peratus,” tambahnya.Jayum juga berkata, oleh kerana petroleum dan gas adalah bidang yang amat kompetitif yang memerlukan kemahiran yang khusus, PETRONAS dan kerajaan Sarawak perlu menyediakan tenaga manusia bagi menghadapi cabaran bekerja dalam bidang itu.“Kita faham bahawa PETRONAS sebagai sebuah syarikat mementingkan misalnya soal meritokrasi semata-mata. Ia tidak terikat dengan kekangan politik atau lain-lain,” katanya. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.041486 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list