CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

China tawar peluang niaga

[Copy link]
Post time 24-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CAIF ruang firma di rantau ini lebarkan sayap operasi   SYARIKAT Malaysia digesa merebut peluang ditawarkan kerajaan China untuk meneroka sektor pembangunan infrastruktur di seluruh rantau ASEAN menerusi bantuan ditawarkan oleh Dana Infrastruktur China-ASEAN (CAIF) bernilai AS$10 bilion (RM).\n\n\n\nKetua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, berkata penubuhan CAIF oleh kerajaan China adalah peluang keemasan untuk semua firma dari rantau ini termasuk Malaysia melebarkan operasi perniagaan masing-masing dengan lebih agresif dan berkesan.\n\n\n\n\n  CAIF, katanya, amat relevan dengan permintaan tinggi rantau ASEAN dalam pelbagai bidang khususnya infrastruktur di negara baru membangun bagi menampung keperluan rakyat masing-masing.\"Matlamat utama penubuhan dana ini ialah untuk memberi bantuan kepada syarikat yang berminat untuk menjana pelaburan dari aspek pembangunan infrastruktur di mana-mana negara ASEAN.“Daripada jumlah AS$10 bilion yang diperuntukkan, sebanyak AS$1 bilion diberi kepada syarikat yang berminat,\" katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Forum Kerjasama Pelaburan Infrastruktur dan Kewangan China-ASEAN di Nanning, kelmarin.Forum sehari itu diadakan sempena Ekspo China-ASEAN ke-8 2011 (CAEXPO 2011) yang berlangsung dari 21 hingga 26 Oktober ini di Nanning.\n\n\n\nMengulas lanjut Judin berkata, pembangunan infrastruktur di seluruh ASEAN menyediakan pasaran sangat luas yang boleh diterokai firma berminat, mencakupi sektor kritikal seperti teknologi tenaga hijau, tenaga boleh diperbaharui dan telekomunikasi.\"Projek pembangunan yang dilakukan itu boleh dilakukan di mana-mana saja, dan sehingga kini empat projek menggunakan dana CAIF sudah dilaksanakan antaranya di Laos dan Thailand,\" katanya.Setiap projek katanya, lazimnya akan menerima bantuan berjumlah di antara AS$50 juta hingga AS$150 juta, bergantung kepada jenis dan kapasiti pembangunan, dengan kerajaan China hanya akan mengambil pegangan minoriti dalam ekuiti, iaitu dari aspek pengurusan.Dalam perkembangan berkaitan, Judin ketika ditanya mengenai pembabitan syarikat Malaysia dalam pembangunan Kawasan Perindustrian Qinzhou (QIP) berkata, CIDB sentiasa bersedia untuk menyumbang segala kepakaran atau khidmat yang diperlukan untuk menjayakan penubuhan QIP.Pelawaan untuk membabitkan diri dalam penubuhan QIP katanya, adalah penghormatan kerana peserta akan membawa imej dan nama negara yang memiliki reputasi cemerlang di China.\"Kami sentiasa bersedia membantu apabila diperlukan. Saya percaya lebih banyak syarikat Malaysia akan terbabit dalam pembinaan QIP kerana ia membabitkan kawasan yang sangat besar,\" katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.139175 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list