CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pasaran saham Asia catat peningkatan

[Copy link]
Post time 27-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SAHAM Asia kebanyakannya meningkat semalam dengan kebanyakan meningkatkan semula daripada kerugian awal berikutan pasaran menunggu perkhabaran sama ada pelan konkrit menangani krisis hutang zon Euro akan muncul pada sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU).\rSydney bertambah 0.35 peratus atau 14.6 mata untuk berakhir pada 4,242.5 dan Seoul ditutup 0.30 peratus lebih tinggi atau 5.66 mata pada 1,894.31 dan Shanghai melonjak 1.40 peratus dalam perdagangan lewat.\r\n\n\n\n\r   Bagaimanapun, Tokyo ditutup rendah 0.16 peratus atau 13.84 mata pada 8,748.47 manakala Hong Kong adalah 0.21 peratus lebih rendah pada petang.\r\r\n\n\n\n\n   Ketidaktentuan dalam EU memberi tekanan pada komoditi dan pasaran ekuiti global selama berbulan-bulan, dengan Itali kini menyertai Greece di dalam ‘bilik kecemasan’.\rPembatalan mesyuarat menteri kewangan EU sebelum sidang kemuncak semalam meningkatkan kebimbangan bahawa rundingan peringkat tinggi akan gagal menghasilkan perjanjian untuk menamatkan krisis yang boleh menyebabkan ekonomi dunia dalam kemelesetan.\r“Pelbagai suara, tempoh masa peralihan dan kerumitan masalah memberi petunjuk agar kekal berhati-hati berkaitan Euro dan aset berisiko sehingga langkah lebih lanjut diketahui,” kata Barclays Capital dalam nota penyelidikannya.\rZon Euro mahu mempertingkatkan dana menyelamat, Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah, sehingga 440 bilion euro (AS$610 bilion), untuk meyakinkan pasaran bahawa mereka mempunyai cara melindungi negara seperti Greece dan Itali yang dibebani hutang tinggi.\r\n\n\n\n\rPemimpin juga inginkan persetujuan penurunan nilai pemegang bon hutang Greece dan memastikan bank-bank mempunyai rizab mencukupi untuk menangani kerugian.\rPada mulanya, sebanyak 27 negara EU akan bertemu pada 1600 GMT Rabu untuk memutuskan pemodalan semula bank diikuti sidang kemuncak oleh 17 pemimpin zon Euro, untuk memuktamadkan perancangan mereka.\rSydney mendapat rangsangan selepas perangkaan kerajaan menunjukkan inflasi berkurangan kepada 0.6 peratus pada suku ketiga, turun daripada 0.9 peratus dalam tempoh tiga bulan sebelumnya dan membuka ruang untuk penurunan kadar faedah.\rDolar Australia menurun mengenai berita berkenaan apabila jatuh daripada 104.32 sen Amerika Syarikat (AS) kepada 103.62 sen AS dalam perdagangan petang.\rSaham AS merosot pada Selasa menandakan ekonomi masih lemah dan kebimbangan mengenai masalah hutang Eropah, dengan Dow Jones Industrial Average kehilangan 1.74 peratus pada penutup.\rKomposit Nasdaq turun 2.26 peratus manakala S&P 500 kehilangan 2.00 peratus, menyentap tiga sesi kenaikan sebelum ini.\rPerangkaan yang dikeluarkan Selasa lalu menunjukkan keyakinan pengguna AS jatuh ke paras terendah sejak Mac 2009. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.319887 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list