CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Bisnes Dunia: Krisis hutang belum selesai

[Copy link]
Post time 31-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelaksanaan secara pantas, sepenuhnya amat penting: Trichet\rPRESIDEN Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet, berkata krisis hutang kedaulatan zon euro belum lagi selesai.\r\n\n\n\n\r  Dalam temu bual diterbitkan akhabar Jerman, Bild am Sonntag, Trichet berkata, beliau bagaimanapun yakin kerajaan di zon euro berupaya memulihkan kembali kestabilan kewangan dengan syarat peraturan Pakatan Kestabilan kumpulan itu stabil dan dilaksanakan secara lebih agresif.\r\r\n\n\n\n\n  Agensi berita Reuters melaporkan, Trichet sebagai berkata, perjanjian dicapai pemimpin Kesatuan Eropah minggu lalu perlu dilaksanakan secara tepat dan pantas.\rBeliau menyifatkan ia sebagai keputusan yang amat penting.\rBank Pusat Eropah, katanya, akan memantau perkembangan langkah pembaharuan kerajaan berkenaan dan tiba masanya untuk melihat ia digerakkan segera.\r“Krisis belum lagi berakhir,” kata Trichet kepada akhbar Jerman itu.\r“Tetapi keputusan dibuat minggu ini, saya bagaimanapun yakin kerajaan yang terbabit akan berjaya memulihkan kembali kestabilan kewangan,” katanya.\rBeliau berkata, prasyarat bagi mencapai matlamat itu ialah mestilah dilaksanakan secara menyeluruh dan lebih agresif.\rTrichet berkata: “Keputusan dicapai pada persidangan berkenaan memerlukan pelaksanaan yang tepat dan pantas. Pemimpin zon euro sudah ada programnya, sekarang ini mereka perlu bekerja keras.\r“Pelaksanaan secara pantas dan sepenuhnya adalah amat penting,” katanya.\rTrichet berkata, Bank Pusat Eropah akan memantau dan menjejak perkembangan berkenaan secara terperinci.\r“Sekarang kita perlu menyaksikan sedikit tindakan diambil,” katanya.\rBerhubung program kontroversi berhubung pembelian semula bon kedaulatan bertujuan membantu krisis hutang zon euro, Trichet berkata, bank pusat berkenaan telah bertindak secara bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana tekanan politik.\rPasaran kewangan melihat Bank Pusat Eropah sebagai hanya satu-satunya institusi yang berupaya memulihkan kembali keadaan.\rSementara itu, BERNAMA melaporkan seorang penganalisis di Singapura berkata, walaupun Eropah mengumumkan rancangan untuk menurunkan nilai hutang Greece, memodalkan semula bank dan meningkatkan jumlah dana menyelamat, masih terdapat masalah berikutan kekurangan maklumat dan beberapa kelemahan lain. \r\"Kitaran penjimatan fiskal, pertumbuhan yang lemah, belanjawan berlebihan, penurunan penarafan dan penjimatan fiskal dijangka kekal. Eropah amat memerlukan dasar monetari yang lebih mudah.\r\"Bagaimanapun, setakat mana rancangan EU yang terbaru itu dapat membantu mengelakkan ledakan kewangan global dalam jangka masa terdekat, ia menambahkan keyakinan bahawa pertumbuhan global akan kekal positif (walaupun kecil),\" kata Ketua Strategi Pelaburan AMP Capital Pelabur Ltd, Dr Shane Oliver.\rOliver bagaimanapun berasakan pertumbuhan global dapat menawarkan sedikit sokongan kepada pasaran saham yang mengunjurkan potensi kemelesetan global.\rKatanya, pada Oktober menyaksikan pemulihan yang kukuh dalam pasaran saham didorong oleh gabungan data yang lebih baik dari Amerika Syarikat dan tanda bahawa Eropah menuju ke arah tindak balas \"menyeluruh\" ke atas krisis hutang negara.\rSelepas beberapa penangguhan, beliau berkata, Eropah akhirnya mengumumkan pelbagai langkah, malangnya banyak maklumat belum dikenal pasti yang bermakna masih banyak kerja sebelum mencapai kemajuan dalam penyelesaian.\rIa katanya, adalah usaha ketiga Eropah untuk mengawal masalah hutang.\rOliver berkata, langkah terkini yang diambil melangkaui tindakan sebelumnya dan dijangka dapat membantu menangani krisis jangka masa terdekat.\rBeliau berkata, Eropah telah menerima kenyataan bahawa Greece tidak mampu membayar hutang (dengan nisbah hutang kepada KDNK dijangka berkembang kepada 180 peratus daripada KDNK tahun depan) dan oleh itu beralih untuk mengurangkan lagi beban hutang Greece dan melindungi bank dan lain-lain negara dalam proses berkenaan.\rBeliau bagaimanapun, menegaskan bahawa pengumuman rancangan adalah satu perkara, tetapi melaksanakannya adalah satu lagi langkah penting.\rEropah gagal mengambil tindakan sejak 18 bulan lalu, katanya, dan menyatakan keraguan beliau bahawa krisis Eropah akan berakhir.\rOliver berkata, usaha untuk mendapat pembabitan sektor swasta mungkin sukar, tanpa syarat menarik.\rJumlah satu trilion euro itu dijangka tidak mencukupi kerana hanya akan memenuhi keperluan kewangan kasar Sepanyol dan Itali untuk dua tahun akan datang, manakala Belgium dan Perancis memerlukan 1.7 trilion euro, katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.116719 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list