|
Dengarnya...: Fizz ada teman baru?Oleh Normah Becok2011/11/02\n\n\n\n\n\n\n\nAGAK lama juga Cik Normah tidak mendengar berita mengenai hubungan Fizz Fairuz dengan Almy Nadia. Masih baikkah pasangan ini? Atau mereka sebenarnya sudah tiada ada apa-apa?\rMaklumlah, setiap kali ditanya bila dia nak melamar Almy sebagai isteri, jejaka popular itu seperti asyik berteka-teki. Ada ketika dia jawab tahun depan, ketika yang lain pula dia jawab belum sampai masanya lagi. Kalau Cik Normah menjadi Almy, memang makan hati berulamkan jantung jawabnya.\r\n\n\n\n\rBetul juga kata Almy, takkanlah orang perempuan yang terhegeh-hegeh nak tanya bila nak masuk meminang. Akhirnya makan hati seorang diri sajalah jawabnya.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, sebelum ini Almy pernah berkata, air matanya sudah kering memikirkan hubungan mereka. Manakala si Fizz pula beriya-iya menafikan mereka pernah putus, padahal dalam waktu yang sama kecoh seantero Malaya mengatakan dia ada hubungan dengan selebriti lain. Isyyy... Macam mana ni?\rTetapi, tidak lama dulu lain pula ceritanya apabila Almy yang kini meletup-letup dengan siri komedi Edisi Khas mengatakan hubungan mereka masih kukuh. \rCuma apa yang memusykilkan Cik Normah, baru-baru ini ketika teman Cik Normah sedang berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah, dia terserempak dengan Fizz. \rDan, di sisinya seorang wanita yang tidak dikenali.\rWanita itu, menurut teman Cik Normah tadi, bukan Almy dan bukan juga pelakon yang dikatakan pernah dikaitkan dengan Fizz sebelum ini. Dia juga bukanlah seorang artis, sebaliknya hanya wanita biasa. Kalau artis, tentulah teman Cik Normah tadi kenal. Apatah lagi semua majalah dan blog hiburan dia baca.\rMula-mula teman Cik Normah tidak mahu menaruh syak wasangka, tetapi setelah melihatkan keintiman mereka, dia mula tertanya-tanya siapakah wanita terbabit?\rAdakah wanita itu teman barunya? Adakah Almy tahu mengenai teman kepada buah hatinya itu? Kalau wanita itu pengurus barunya, takkanlah mereka kelihatan begitu intim sekali?\rCik Normah pun tak tahu nak kata apa sebab Cik Normah tak nampak dengan mata sendiri. Kalau Fizz ada depan mata, dah lama Cik Normah bertanya sendiri apa hubungan mereka. Cik Normah tak berani buat sebarang spekulasi, lebih baik Fizz sendiri saja yang jelaskan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|