View: 198|Reply: 0
|
Firma China pelabur terbesar
[Copy link]
|
|
Qingdao Zhouyuan labur RM2.5 bilion di Iskandar Malaysia mula 2012ISKANDAR Investment Bhd (IIB), pemangkin projek pembangunan Iskandar Malaysia memperoleh pelaburan hartanah bernilai RM2.5 bilion daripada Qingdao Zhouyuan Investment Holdings, iaitu anak syarikat kepada pemaju hartanah berpangkalan di Hebei, China, Zhouda Real Estate Group.\n\n\n\n Presiden dan Ketua Eksekutif IIB, Datuk Syed Mohamed Ibrahim, berkata pelaburan dalam projek bakal dilaksanakan dalam dua fasa itu, akan bermula tahun depan dan berlangsung untuk tempoh 10 hingga 15 tahun.\n\n\n\n\n \"Ini ialah pelaburan hartanah pertama oleh sebuah syarikat asing di Medini Iskandar Malaysia. Ia juga adalah projek pelaburan terbesar di kawasan itu setakat ini,\" katanya kepada media selepas majlis memeterai dua perjanjian rangka kerja dengan Qingdao Zhuoyuan untuk pembangunan kediaman bercampur dan projek komersial di Medini Iskandar di Kuala Lumpur, semalam.Majlis disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diadakan sempena Forum Ekonomi China Dunia yang ketiga.Perjanjian rangka kerja pertama adalah usaha sama antara IIB dan Qingdao Zhuoyuan untuk memajukan projek kediaman seluas 7.26 hektar di Utara Medini, berhampiran LEGOLAND Malaysia.Nilai jualan keseluruhan (TSV) projek itu yang mana 80 peratus adalah dimiliki Qingdao Zhouyuan ialah RM157.6 juta dengan anggaran pelaburan mencecah RM1.2 bilion.\n\n\n\nPerjanjian rangka kerja kedua pula adalah jualan plot secara pajakan seluas 3.9 hektar, juga di Medini.Qingdao Zhouyuan akan mewujudkan pembangunan penggunaan bercampur di tapak itu, yang mempunyai TSV RM70.8 juta dan jumlah anggaran pelaburan RM520 juta.\"Pelaburan Qingdao Zhouyuan di Medini, jelas menunjukkan keyakinan syarikat itu dalam potensi pertumbuhan Iskandar Malaysia dan IIB sebagai rakan pelaburannya untuk merebut peluang di Asia Tenggara,\" kata Syed Mohamed. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|