CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

MHB raih kontrak RM1.4 bilion

[Copy link]
Post time 4-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Projek bina, pasang struktur utama platform pelantar minyak\rMALAYSIA Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) meraih kontrak Pemulihan Minyak Dipertingkatkan (EOR) Tapis bernilai RM1.4 bilion daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc (EMEPMI).\r\n\n\n\n\rKontrak bagi projek EOR luar pantai terbesar di Asia Tenggara itu diperoleh menerusi anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE).\r\r\n\n\n\n\nMenerusi kontrak itu, MMHE akan membina serta memasang struktur utama platform pelantar minyaknya, Tapis R, sebuah dek bersepadu 18,000 tan terapung dilengkapi kemudahan pemampatan gas, pancutan air, pengasingan pengeluaran serta tempat tinggal untuk 145 kakitangan.\rPerjanjian bagi kontrak itu dimeterai Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MMHE, Dominique de Soras dengan Presiden dan Pengerusi EMEPMI, Hugh Thompson di limbungan fabrikasi MMHE di Pasir Gudang, semalam.\rEOR Tapis adalah projek pembangunan gas yang dilaksanakan Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) menerusi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Gas (GPSC) 2008 dengan EMEPMI sebagai operator dan PCSB sebagai peneroka bersama di kawasan kira-kira 200 kilometer dari pesisir pantai Semenanjung.\rIa antara pelaburan huluan utama diberikan penekanan oleh kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bakal menyaksikan EMEPMI dan PCSB melabur kira-kira RM10 bilion untuk membangunkan aset gas dan minyak sedia ada serta baru.\r\n\n\n\n\rThompson berkata, pihaknya sebelum ini turut memberikan kontrak RM165 juta kepada MMHE bagi pembinaan Tapis Q, iaitu platform dek bersepadu empat kaki lebih kecil bagi menghubungkan Tapis R dengan platform sedia ada Tapis B.\rKatanya, satu lagi projek yang turut diberikan kepada MMHE sebelum ini ialah pembangunan gas Telok bernilai RM236 juta dengan gabungan kedua-dua projek mewujudkan sehingga 4,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan khususnya ketika waktu puncak aktiviti.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.035563 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list