|
Peluang masyarakat saksi majlis perasmian\rMALAM pembukaan Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang akan berlangsung di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, malam ini bakal dirasmikan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.\r\n\n\n\n\rPengerusi Jawatan Kuasa Induk FFM24, Jurey Latiff Rosli, berkata ini adalah pencapaian tertinggi sepanjang penganjuran festival terbabit kerana TPM menyatakan persetujuan untuk merasmikan majlis pembukaannya.\r\r\n\n\n\n\n“Malam pembukaan FFM tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila tiada VVIP merasmikan majlis. Kali ini, kami tidak mahu kesilapan sama berulang. Oleh itu, sejak awal-awal lagi surat undangan dihantar kepada TPM. Beliau menunjukkan minat dan bersetuju untuk merasmikan majlis pembukaan.\r“Kami memilih konsep Festival Filem Dalam Taman malam ini bagi merakyatkan FFM24. Kami mahu memberi peluang kepada masyarakat untuk turut serta menyaksikan majlis pembukaan festival filem kita.\r“Walaupun kehadiran tetamu dibuat berdasarkan undangan, tetapi peminat industri perfileman tanah air dijemput hadir beramai-ramai. Atas alasan itu kami memilih tempat terbuka agar orang ramai boleh hadir sama. \r“Kami sedar kami perlu menanggung risiko berikutan ia diadakan di tempat terbuka pada musim hujan. Tetapi, kami sudah bersedia menanggung risiko itu. Lagipun ada bahagian berbumbung yang membolehkan tetamu berteduh,” kata Jurey ketika dihubungi, kelmarin.\r\n\n\n\n\rPersiapan untuk majlis malam pembukaan itu, menurut Jurey, sudah mencecah 80 peratus. Malam ini, selain menyaksikan perasmian oleh TPM, penyampaian 10 anugerah terawal turut berlangsung.\rSepuluh anugerah yang bakal disampaikan malam ini ialah Lagu Tema Asal Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Poster Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Animasi Terbaik dan Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik.\rTurut memeriahkan acara ialah persembahan daripada Roy, Nadia AF6, Gita dan Vick Tan. Tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada Orkestra KL dan Simfoni Dram Malaysia.\rDitanya apakah malam pembukaan itu bakal menyaksikan kehadiran pelakon popular tanah air, berikutan beberapa sidang media dan acara jelajah yang dianjurkan gagal mendapat sambutan pelakon terkenal, Jurey menjelaskan, surat undangan sudah dihantar kepada syarikat produksi dan artis. \rMalah urus setia FFM turut menghantar surat kepada syarikat penerbitan supaya memberi cuti kepada pelakon. Bagaimanapun kata Jurey, dia tidak mempunyai kuasa untuk mendesak mereka supaya hadir.\r\"Sekiranya mereka rasakan anugerah ini untuk mereka, mereka kenalah hadir. Setakat ini ramai yang sudah menyatakan persetujuan untuk berbuat demikian. Kita tunggu saja malam pembukaan... Kita mahu tengok sejauh mana mereka menghargai industri,” kata Jurey.\rSementara itu ditanya pula persiapan acara kemuncak FFM 24 yang akan berlangsung Ahad ini, Jurey berkata, setakat ini semuanya berjalan lancar.\rKesemua 2,080 undangan sudah pun dihantar tetapi seramai 2,300 orang menyatakan persetujuan untuk menyaksikan malam anugerah yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.\rPromosi juga semakin hangat dijalankan termasuk pemasangan gegantung yang sudah pun dipasang di Putrajaya dan di sekitar Taman Tasik Perdana sejak beberapa hari lalu.\rInfo:\r* Tempat meletak kereta disediakan di Tangling dan beberapa kawasan terbuka berhampiran.\r* Penganjur turut menyediakan bas untuk artis dan produser. Perkhidmatan ini akan disediakan dari tempat meletak kereta ke lokasi acara. \r* Kebanyakan tempat duduk yang disediakan adalah di luar kawasan berbumbung, oleh sebab itu peminat diharap bersedia untuk menghadapi cuaca yang agak tidak baik sejak kebelakangan ini. Hadir dengan pakaian bersesuaian dan bawa payung bersama-sama.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|