CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 75|Reply: 0

Presiden PSM diminta letak jawatan

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Jika dia sayangkan  sepak takraw, jalan terbaik adalah berkorban dengan berundur\'\rPRESIDEN Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail diminta ‘menyelamatkan’ sukan tradisi itu daripada terus merudum dengan berkorban meletak jawatan yang disandangnya sejak hampir sedekad lalu.\r\n\n\n\n\r  “Jika dia sayangkan dan cintakan sepak takraw, jalan terbaik adalah berkorban dengan meletak jawatan. Peluang dan ruang sudah pun diberi, tetapi nyata dia masih gagal mengembalikan semula kegemilangan sukan tradisi ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Walaupun sukar berbuat demikian, tetapi jika dia melakukan pengorbanan itu, saya percaya dia akan lebih dihormati dan disanjung tinggi pencinta sepak takraw negara,” kata bekas pengumpan negara, Suhaimi Yusof.\rSuhaimi yang ditemui selepas program Kafe Sukan terbitan Astro Arena yang membincangkan mengenai kekalahan memalukan skuad sepak takraw negara di Sukan SEA XXVI bulan lalu berkata, suara yang mendesak Presiden PSM itu meletak jawatan bukan datang daripadanya seorang, tetapi ramai di kalangan peminat sepak takraw yang mahukan badan itu diperkasakan.\r“Hari ini saya lihat suara-suara itu semakin kuat kedengaran termasuk tindakan beberapa pihak menubuhkan Gabungan Penggiat Sepak Takraw Nasional (GPSN). Ini sudah jelas menunjukkan pencinta sepak takraw negara mahu perubahan dilakukan dalam PSM,” katanya. \rSementara itu, bekas jurulatih negara, Mahat Adnan pula berpendapat Ahmad tidak perlu meletak jawatan, sebaliknya mahukan Presiden PSM itu bertindak ‘membuang’ beberapa pegawai di sekelilingnya yang didapati gagal menjalankan tugas.\r\n\n\n\r“Saya rasa pokok yang rendang ini tidak patut ditebang, tetapi apa yang perlu dilakukan adalah mencantas beberapa dahan yang sudah patah dan rosak. Saya percaya jika Ahmad melantik orang lain yang lebih ikhlas dan jujur menjalankan tugas, PSM akan diuruskan dengan lebih baik,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.053699 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list