CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60|Reply: 0

Musim cemerlang Cub Prix 2011

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tujuh pelumba berbeza kelas CP130 hangatkan perebutan kejuaraan\rSAINGAN Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 melabuhkan tirainya Ahad lalu dengan kemunculan beberapa juara baru dan isyarat saingan lebih menarik dan mencabar musim depan.\r\n\n\n\n\r   Berlangsung di Esplanade (Padang Kota Lama), perlumbaan penutup musim itu menyaksikan Honda menamatkan rekod Yamaha dalam Kejuaraan Cub Prix, sekali gus membuktikan setiap pelumba, pasukan dan jentera mempunyai peluang sama rata untuk bergelar juara.\r\r\n\n\n\n\n  Memasuki musim kedua bersama Honda, pasukan Harian Metro TEQ SCK Honda Racing mempamerkan prestasi menakjubkan dengan Norizman Ismail memenangi gelaran individu keseluruhan kelas CP130 dan membantu memenangi Anugerah Berpasukan Keseluruhan.\rMenambahkan lagi prestasi cemerlang mereka, rakan sepasukannya, Mohd Affendi Rosli turut menamatkan saingan di tangga kedua keseluruhan.\rNamun, Yamaha tetap cemerlang apabila PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM menguasai kategori berpasukan CP115 manakala Shahril Izzuwan Mohd Noor menguasai kategori individu manakala Zulsyafiz Rosli menjuarai kategori Wira.\rTidak ketinggalan Suzuki yang mempamerkan peningkatan ketara dengan memenangi tempat keempat keseluruhan kategori Wira, sekali gus memberi amaran kebangkitan mereka musim depan.\r\n\n\n\rSelain itu, pusingan grand finale di Padang Kota Lama turut menyaksikan 170 penunggang mengambil bahagian dalam semua kategori - CP130, CP115, Wira, Piala Yamaha EgoLC PETRONAS, Cabaran Honda Wave Junior dan Persendirian.\rBerpuas hati dengan pusingan penghujung musim itu, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), Ron Hogg berkata: “Musim 2011 ini adalah tahun menarik bagi semua kontinjen dan peminat kerana bagi saingan CP130 saja, tujuh pelumba berbeza muncul pemenang dan ini menjanjikan saingan lebih sengit dan menarik musim depan.\r“Di samping itu, dua penunggang Malaysia, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah turut beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Grand Prix Malaysia (MotoGP) sebagai pelumba wildcard dan memperoleh keputusan yang positif.\r“Inilah objektif SAM untuk melahirkan pelumba Cub Prix dan menyediakan landasan beraksi di peringkat dunia,” kata Ron yang berterima kasih PETRONAS selaku penaja utama, penaja korporat, kerajaan negeri, media dan semua penunggang dan pasukan yang bertanding.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.041278 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list