CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67|Reply: 0

Woods akhiri kemarau kejuaraan dua tahun

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
THOUSAND OAKS, California: Tiger Woods melakukan birdie pada dua lubang terakhir untuk menjuarai Cabaran Dunia Chevron kelmarin, sekali gus menjulang mahkota pertamanya sejak skandal seks 2009 yang memusnahkan imejnya.\rWoods beraksi dalam 26 kejohanan di seluruh dunia sejak dua tahun lalu tanpa sebarang gelaran,  diikuti dengan latihan hayunan berbeza. Dan tahun ini, kecederaan menghalangnya beraksi selain usahanya mengejar rekod 18 kejuaraan utama yang dipegang Jack Nicklaus.\r\n\n\n\n\r  Kelmarin, bekas pemain nombor satu dunia yang mengumpul 14 gelaran utama itu, beraksi di bawah tekanan, melakukan birdie pada lubang 17 dan 18 untuk memadam kelebihan satu pukulan dan menewaskan bekas juara Masters, Zach Johnson dengan satu pukulan.\r\r\n\n\n\n\n   “Hebat rasanya,” kata Woods, yang menjerit selepas melakukan birdie dari jarak enam kaki pada lubang terakhir sebelum berjabat tangan dengan Johnson dan penonton di Sherwood Country Club.\r“Saya rasa saya menjerit sesuatu, tetapi ia hanya kerana saya menang pertandingan golf. Saya gagal pada percubaan lubang sebelumnya dan berbaki dua lubang lagi. Saya melakukan birdie seperti yang dihajatkan.”\rKejayaan terakhir Woods ialah di Masters Australia pada 15 November 2009. Sebulan kemudian, dia terbabit dalam kemalangan kereta di luar rumahnya di Florida yang membawa kepada pembongkaran skandal seksnya.  - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.049996 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list