View: 138|Reply: 0
|
Vettel cabar diri kekal pencapaian musim lalu
[Copy link]
|
|
MILTON KEYNES, England: Dari majlis gala sukan bermotor di India ke sambutan perbarisan 60,000 peminat di England dalam tempoh 24 jam. \rSambutan kejuaraan yang dimenanginya benar-benar satu ujian terbesar musim ini buat juara Formula Satu (F1) Sebastian Vettel dan juara berganda termuda itu tiada pilihan lain.\r\n\n\n\n\r Malah, selepas mencapai banyak kejayaan pada usia muda, pemandu Red Bull itu mencabar dirinya untuk mengekalkan dan mengatasi pencapaian yang sudah dilakarkan itu.\r\r\n\n\n\n\n Mencecah usia 24, reaksi pemandu kelahiran Jerman itu kelmarin, Ia akan menjadi berita sedih jika anda berkata: Ia akan menjadi kemuncak dalam kehidupan saya. Mulai sekarang ia akan bertukar teruk. Saya pasti sedih.\rSaya harap satu hari nanti apabila bersara daripada F1, dan apabila bangun pagi, saya harap hari terbaik saya masih akan datang. Jika tidak, saya rasa ia pasti menyedihkan jika tiada apa-apa untuk dilihat di depan dalam kehidupan profesional, begitu juga dalam kehidupan peribadi.\rBuat masa ini, Vettel adalah kuasa yang tidak dapat dihalang.\rKejayaan mempertahankan kejuaraan di Brazil bulan lalu dengan menduduki petak pertama buat kali ke-15 musim ini - memecahkan rekod Nigel Mansell hampir 20 tahun - sebelum memenangi perlumbaan ke-11 dalam musim 2011.\r\n\n\n\rVettel tidak pernah bermula dari petak ketiga terbawah, sentiasa di depan dalam hampir semua perlumbaan dan menamatkan saingan di podium dalam semua grand prix kecuali dua. AP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|