CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Chong Wei waspada cabaran Chen Long di separuh akhir

[Copy link]
Post time 17-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN memiliki kelebihan psikologi selepas berjaya menebus dua kekalahan berturut-turut kepada Chen Long, tetapi Lee Chong Wei enggan memandang mudah ketika membuat perhitungan menentang musuh barunya itu pada separuh akhir Final Siri Super Dunia di Stadium Li Ning Liuzhou, hari ini.\rSebaliknya, Chong Wei yang memburu kejuaraan keempat berturut-turut pada kejohanan lima bintang ini mengakui dia perlu lebih fokus dan mempelbagaikan rentak permainan bagi mengelak masuk dalam perangkap pemain nombor tiga dunia itu. \r\n\n\n\n\r  “Jika saya mahu menang, saya perlu lebih agresif esok (hari ini). Saya juga perlu pastikan pertahanan saya tidak ‘bocor’,” katanya selepas hanya mengambil masa 34 minit menundukkan Peter Gade 24-22, 21-14 dalam perlawanan terakhir kumpulan, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Kejayaan menewaskan jaguh Eropah itu membolehkan Chong Wei muncul juara Kumpulan A sekali gus menentang Chen Long yang muncul naib juara Kumpulan B, manakala Gade akan bertemu Lin Dan dalam satu lagi pertemuan separuh akhir kejohanan bernilai AS$500,000 (RM1.5 juta) itu.\rBerdasarkan rekod, pertembungan hari ini adalah kali kesembilan di antara Chong Wei dan Chen Long dengan jaguh negara yang sudah mengungguli enam kejuaraan sepanjang tahun ini, merakam lima kemenangan ke atas juara Terbuka Thailand, China Masters, Jepun dan Denmark itu.\rPertemuan hari ini adalah kali ketujuh tahun ini dengan Chong Wei berjaya bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut di final Terbuka Jepun dan Denmark kepada pemain berusia 22 tahun itu dengan menewaskannya di separuh akhir Terbuka Perancis Oktober lalu.\r“Permainan Chong Wei semakin meningkat, tetapi dia perlu lebih fokus esok (hari ini). Saya harap dia dapat mengurangkan kesilapan serta bermain dengan corak permainannya sendiri dan tidak mengikut rentak Chen Long,” kata jurulatih Tey Seu Bock.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.044315 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list