CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

Spurs, Birmingham, Celtic tersingkir

[Copy link]
Post time 17-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PARIS: Seri 1-1 dengan Udinese tidak cukup untuk Celtic mara ke pusingan kalah mati Liga Europa, sekali gus menyertai Birmingham dan Tottenham yang turut tersingkir meskipun menang aksi terakhir peringkat kumpulan, awal pagi semalam.\rCeltic yang memerlukan kemenangan untuk mara selaku naib juara Kumpulan I di belakang Atletico Madrid diberi sinar harapan apabila berjaya mendahului pada minit ke-29 menerusi Gary Hooper, namun Antonio Di Natale mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-45.\r\n\n\n\n\r Birmingham yang berjaya menewaskan kelab Slovenia, Maribor 1-0 turut kandas apabila Braga sekadar seri 1-1 dengan Brugge untuk saingan Kumpulan H.\r\r\n\n\n\n\n Sementara Tottenham turut gagal lolos daripada Kumpulan A biarpun mereka mudah membelasah kelab Ireland, Shamrock 4-0 hasil jaringan Steven Pienaar, Andros Townsend, Jermaine Defoe dan Harry Kane.\rTottenham memerlukan bantuan PAOK Salonika untuk menewaskan Rubin Kazan tetapi malangnya kedua-dua pasukan itu  berjaya mara selepas seri 1-1.\rBiarpun tampak seperti tidak mementingkan saingan Liga Europa dengan menurunkan barisan simpanan, Tottenham tetap berasa kecewa apabila gagal melangkah ke saingan kalah mati.\r“Saya fikir ketika Rubin Kazan terpaksa beraksi 10 pemain, peluang kembali terbuka buat kami dan empat gol ini sudah mencukupi. Tapi ia tetap pengalaman berguna buat beberapa pemain muda,” kata pengurus Tottenham, Harry Redknapp.\r\n\n\n\rStoke menjadi wakil tunggal England layak ke pusingan kalah mati daripada saingan peringkat kumpulan untuk menyertai Manchester United dan Manchester City yang masuk bersaing selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara. - AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.082375 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list