CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

Bayern tetap garang

[Copy link]
Post time 18-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Skuad 10 pemain tanpa Ribery benam Bologne\rBERLIN: Bayern Munich tetap garang menewaskan Bologne 3-0 biarpun penyerangnya, Franck Ribery dilayangkan kad merah, sekali gus kekal menerajui tangga teratas Liga Jerman yang akan berehat empat minggu.\r\n\n\n\n\r Ribery dibuang padang pada minit ke-33 selepas dilayangkan kad kuning kedua akibat menepis muka Henrique Sereno selepas kedua-dua mereka terlebih dulu diberikan kad kuning pertama kerana bercakaran di dalam kotak penalti.\r\r\n\n\n\n\n  “Sudah tentu dia (Ribery) tidak sepatutnya membenarkan dirinya diprovokasi lawan. Tapi pasukan saya tetap mempamerkan kesabaran dan memberi reaksi baik,” kata jurulatih Bayern, Jupp Heynckes.\rMario Gomez menjaringkan gol ke-16 musim ini untuk membolehkan Bayern mendahului pada minit ke-48 sebelum dua lagi jaringan diperoleh menerusi David Alaba (m-63) dan Toni Kroos (m-88).\rBayern kini enam mata mengatasi pasukan di tangga kedua dan ketiga, Borussia Dortmund dan Schalke tetapi kedua-dua pasukan itu turun beraksi awal pagi tadi.\rJurulatih Cologne, Stale Solbakken pula menyalahkan jadual padat sebagai punca kekalahan sambil berkata: “Kalau kamu perasan, ini perlawanan ketiga kami dalam tempoh enam hari.” –  AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.037460 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list