|
All 4 Covers of January 2012 GLAM Magazine.
[Copy link]
|
|
i dah beli yg pakai kimono....beli 1 jahhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nabs at 4-1-2012 08:45
You are here: Home / Personaliti / DATUK SITI NURHALIZA
January 1, 2012 By Glam
Siapa yang tidak kenal penyanyi tersohor no 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza yang begitu luar biasa pencapainnya yang kini membina empayar kecantikan sendiri menerusi SimplySiti. Hebat, cukup hebat. Pihak produksi Glam begitu teruja dengan kedatangan beliau di set pengambaran.
Pastikan anda tidak ketinggalan membaca artikel penuh temubual eksklusif penulis Min Luna bersama Datuk Siti Nurhaliza yang penuh dengan kisah menarik serta banyak lagi gambar transformasi besar Siti! Untuk sedikit cebisan dari artikel yang ditulis penulis ini, mari ikuti petikan kata-kata menarik Siti yang pasti membuatkan anda teruja untuk mengetahuinnya lebih lanjut.
“Saya suka melihat revolusi gaya Madonna yang ekstrem. Seperti tak pernah dimamah usia langsung, imej Madonna sentiasa segar malah relevan sampai sekarang. Harap-harap saya pun akan langsing dan hot sepertinya di usia 54! ”
Suami kesayangan penyanyi no1 negara ini, Datuk Khalid, begitu menitik beratkan soal kesihatan. “Tiga kali seminggu, pelatih kick boxing akan datang ke rumah dan melatih kami. Kadang-kadang ke gim atau praktis pilates.”
Sudah 6 tahun mendirikan rumah tangga, mereka berkongsi minat yang sama iaitu motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson. “Semuanya bermula ketika mengikuti kembara jelajah kota Capetown selama tiga hari. Terus kami jatuh cinta dengan aktiviti ini dan aktif sehingga kini bersama Persatuan Motosikal Berkuasa Besar Malaysia (SAM).”
“Sejak hari pertama saya menjejakkan kaki dalam bidang seni, saya sudah fikirkan itu semua dan sudah sedia melengkapkan diri untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Itu sudah menjadi resam dunia.” |
|
|
|
|
|
|
| |
|