View: 163|Reply: 0
|
Dua kekalahan di Myanmar tidak sentap semangat Tentera
[Copy link]
|
|
TENTERA tidak melihat dua kekalahan daripada jumlah tiga perlawanan siri persahabatan antarabangsa di Myanmar, baru-baru ini akan menyentap semangat dan keyakinan pemain menjelang aksi Liga Perdana, musim 2012.\rMenurut ketua jurulatih, B Sathiananthan, walaupun dia tetap berpuas hati dengan keseluruhan prestasi ditunjukkan setiap anak didiknya itu dan menyuarakan punca kekalahan itu adalah kekerapan membuat perubahan posisi mencari kesesuaian pemain di setiap bahagian.\r\n\n\n\n\r “Yang penting misi mencari pemain yang sesuai dalam setiap posisi dan persefahaman dapat dilaksanakan dalam setiap perlawanan yang diadakan,” katanya, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Dalam perlawanan pertama dengan Naypyitaw FC menang 3-1, kalah perlawanan kedua kepada Ayoywady United FC, 2-1 dan tumbang kepada Yangon United, 5-3 dalam siri terakhir.\rSathia menambah semua pemain yang didaftarkan musim ini termasuk lapan pemain dari Liga Super diturunkan dalam setiap perlawanan berkenaan melainkan dua pemain import - Bruno Sebastian Martelotto dari Argentina dan Marlon Alex James dari St Vincent. \rMereka akan diturunkan apabila Tentera mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda B pada 27 Disember ini dan Lions XII dari Singapura 30 Disember ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|