CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Suarez kena lagi – Denda RM94,000

[Copy link]
Post time 30-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Penyerang Liverpool, Luis Suarez dikenakan penggantungan satu lagi perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) dan denda 20,000 pound (RM94,000) kerana menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Fulham ketika tewas 1-0 di Craven Cottage, 6 Disember lalu.Suarez mengakui kesalahannya dan Liverpool turut didenda jumlah yang sama kerana gagal mengawal pemain mereka pada perlawanan itu – dakwaan yang berkaitan dengan layangan kad merah ke atas pemain tengah, Jay Spearing.\n\n\n\n   Keputusan yang diumum FA kelmarin, hadir kurang seminggu selepas Suarez dikenakan penggantungan lapan perlawanan kerana menghina pertahanan Manchester United, Patrice Evra dalam satu perlawanan Oktober lalu.\n\n\n\n\n   Suarez menafikan dakwaan dia bersikap perkauman dan keputusan FA membangkitkan kemarahan Liverpool, yang berjanji akan mempertahankan pemainnya dan bakal mengeluarkan satu kenyataan bagi menunjukkan sokongan kepada penyerang Uruguay itu.Penggantungan baru itu bermakna Suarez akan terlepas perlawanan menentang Newcastle di Anfield hari ini. Hukuman penggantungan lapan perlawanan masih belum berjalan kerana Liverpool diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.519912 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list