View: 149|Reply: 0
|
‘Usah persia aksi tempat sendiri’
[Copy link]
|
|
KELEBIHAN beraksi di gelanggang sendiri tidak akan dipersiakan skuad Pahang apabila melayan Melaka pada aksi final Piala Emas Raja-Raja di Stadium Mini Temerloh, esok.Justeru, penolong jurulatih, Mohd Rashid Jaafar mahu pemainnya membuktikan kepada peminat Pahang bahawa mereka mampu melakar sejarah mendakap piala berkenaan.\n\n\n\n Pada perlawanan itu nanti, katanya, penyertaan kali kedua selepas melakukannya pada 1980 adalah peluang terbaik membuktikan piala ini mampu dijulang buat kali pertama.\n\n\n\n\n “Dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, ia pasti memberi motivasi terbaik kepada pemain melakar kejayaan bermakna berjaya ke final selepas 31 tahun,” katanya ketika ditemui di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Satu, Kuantan, kelmarin.Mohd Rashid yang juga bekas pemain Pahang pada 1985-1986, berkata beliau percaya dengan gabungan pemain baru dan lama, termasuk kemasukan empat pemain Liga Super Pahang musim ini memantapkan lagi pasukan. Empat pemain Liga Super itu ialah Abdul Malik Mat Ariff, Amirullah Abdul Razab, Mohd Azamuddin Md Akil dan Muhd Syawal Norsam.“Saya berterima kasih kepada semua pemain yang berjaya membawa Pahang pada tahap sekarang (final). Peluang yang hadir tidak harus dipersia-siakan untuk menjulang piala berprestij ini,” kata Mohd Rashid.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|