View: 112|Reply: 0
|
Koo-Tan janji balas kritikan
[Copy link]
|
|
SELEPAS persembahan buruk sepanjang tahun lalu sehingga mereka dikecam hebat, pasangan beregu emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (kanan) berazam menjadikan 2012 sebagai medan kebangkitan mereka semula dalam arena badminton dunia.\rPasangan yang hanya memenangi satu kejuaraan – Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia – pada 2011 jelas mahu membuktikan mereka masih berada dalam kelompok beregu terbaik dunia dengan sasaran utama memenangi pingat pada Sukan Olimpik di London dari 27 Julai hingga 12 Ogos depan.\r\n\n\n\n\r “Kami akui pencapaian 2011 adalah antara pencapaian paling buruk dalam kerjaya kami, tetapi kami sudah melupakannya dan berazam bangkit pada 2012 dengan sasaran berada semula dalam kelompok beregu elit dunia.\r \r\n\n\n\n\n “Malah, saya dan Kien Keat kini lebih fokus dan menggandakan latihan bagi meningkatkan tahap prestasi serta permainan kami. Jadi, kami harap usaha dilakukan itu dapat mengubah nasib kami dan menjelmakan kami sebagai ‘Koo-Tan yang baru’,” katanya.\rBoon Heong berkata, dia dan Kien Keat berharap mereka dapat membuat permulaan baik bermula di Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Korea bermula Rabu ini sebelum beraksi dalam Terbuka Malaysia, minggu berikutnya.\r“Kami akui perlu bangkit segera dan memperbaiki kedudukan keenam dalam ranking andai mahu mendapat laluan mudah di Sukan Olimpik. Jadi, kami perlu menyerlah dalam dua kejohanan awal ini bagi memulihkan keyakinan dan semangat kami,” katanya.\rKien Keat-Boon Heong akan memulakan kempen di Terbuka Korea yang menawarkan hadiah lumayan AS$1 juta (RM3 juta) menentang Ruud Bosch-Koen Ridder dari Belanda sebelum dijangka bertemu pasangan utama tuan rumah yang menang 12 daripada 14 pertemuan ke atas mereka, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung di peringkat suku akhir. \r\n\n\n\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|