CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MakLum

Sihir Menggunakan Quran Syirik Atau Tidak?

[Copy link]
Post time 8-2-2012 01:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by Saat at 8-2-2012 14:00
Salam sedare inspekterZ

kiter sama2 setuju berkenaan membaca alquran untuk mendapat red ...
gammbir33 Post at 8-2-2012 13:42



    tuan gammbir33,

pelaris, pengerun, penunduk tu tak salah. yg salah NIAT. contoh, jika seseorang pejuang islam dimedan perang, dia berdoa dgn ayat al quran agar pihak musuh menjadi gerun dgn tentera islam misalnya. Niat dia bukan nak tundukkan orang untuk menipu atau merompak. NIAT dia tuk perjuangan. saya teringat satu ketika dulu seorang Imam Mekah pernah berdoa kepada Allah agar menjadikan musuh kita pihak israel menjadi gerun dgn tentera islam, meminta Allah, tundukkan leher leher musuh untuk dipancung oleh tentera islam. itu pengerun laa tu. begitu juga jika seseorang berdepan dgn harimau misalnya, lalu dia berdoa agar doanya dimakbulkan Allah supaya harimau itu tidak menyerangnya , itu bole juga dikatakan menundukkan harimau. jadi, saya tak fikir ia salah, walaupun tidak ada dalil mengenainya., ini lebih kepada diri setiap individual.

Jika NIATnya untuk tujuan tujuan menganiaya orang, menipu dan merugikan orang, barulah saya kira amalan dia salah dan batil walaupun dia baca al quran.

cuma saya rasa kebanyakan kita rasa fobia apabila membaca perkataan pelaris, penunduk dan pengerun mengikut apa yg kita faham, lalu mengaitkan perkataan itu dengan sihir dan  berjin. saya pula lebih suka melihat kepada apa niat dan kaedahnya sebelum memutuskannya.

Allahu wa alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 02:17 PM | Show all posts
Reply 140# Saat

salam,

Amalan lailahaillah tu bacaan untuk mengesakan Allah menggunakan lisan dan juga hati. Boleh baca lailahaillah untuk perubatan, tetapi apakah kesannya? Adakah baik or sembuh  pesakit tu atau tidak.

Saya tidak menolak bacaan lailahaillah untuk mengesakan Allah. Itu sahaja yang. Saya tak cakap salah dan saya pun tak cakap betul bab perubatan tu. kalau betul pun itu antara pembaca dgn Allah, kalau salah pun diantara dia dengan Allah. Bagi saya mudah Niat kena perbetulkan dahulu.“

Al-Fatihah itu adalah penawar semua penyakit kecuali maut” (HR. Ibn Rahwiyah).

Saya dah cari dan memang ada hadis bab ini. Sahih atau tidak, saya kurang pastilah. Bagaimana jin boleh datang or mengundang jin ketika merawat?

saya cuba explain berdasarkan pengetahuan saya yang seciput alam ini lah. Nak terima boleh, nak tolak pun boleh yer. Sebab-sebab bacaan al-quran dalam perubatan boleh mengundang jin adalah seperti berikut:-

1) Amalan pembacaan al-fatihah dan al-quran itu si pengamal itu dapat dari guru-guru yang bervirus. Hadis yang asal itu betul, tetapi disebabkan si A nie belajar dari cikgu yang ada masalah virus dampingan ilmu bathil iaitu jin  saka dan ilmu bathil, maka bacaan nya akan mengundang virus-virus baru yang sekelilingnya. Virus itu merujuk kepada jin.
2) Niat bacaan al-Quran itu untuk halau jin dan kerana Allah. Kalau dihalusi ini dinamakan menyekutukan Allah dalam ibadat. Biarlah bacaan Al-Quran itu kerana Allah semata-mata, effeknya penyembuhan tu datangnya dari Allah. Lagi teruk ada pengamal membaca al-quran semata-mata nak halau jin semata-mata. Lupa nak berniat kerana Allah. Therefore samalah dengan tuan saat cakap...amalan itu berdasarkan niat. bacaan al-quran sebegini memang menjadi magnet kepada jin yang disekeliling, kenapa? mereka memang suka manusia mensyirikkan Allah.

bab teknik bunuh jin tu pulak, mintak maaflah saya tak boleh cerita banyak didalam forum atas pelbagai sebab. Mudahnya sila rujuk hadis dibawah ini.

Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,beliau berkata: al-Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid.sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tebanglah batang yang pertama." Lalu Khalid pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapan dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut,Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.


kalau diteliti betul anda akan dapat maksud disebalik hadis ini. dah fikir dapat jawapan nanti silalah tanya saya balik. Fikirkan, hadis ini ada banyak maksud disebaliknya. Minta dgn Allah bab kefahaman tu.

Wallahu aklam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 02:27 PM | Show all posts
Reply  Saat

salam,

Amalan lailahaillah tu bacaan untuk mengesakan Allah menggunakan lisan dan ...
800wg Post at 8-2-2012 14:17



    salam tuan,

sebab itulah saya selalu tekankan NIAT dan KAEDAH mesti betul dan selari dgn syariat. jadi kita tak bolehlah kata baca laa illaha illaallah dan fatihah ketika merawat tu CONFIRM berjin. ia perlukan penilaian mengikut satu satu kes dan satu satunya perawat. kalau perawat tu niat guna jin dan kaedah salah dari syariat, dia baca al quran dan fatihah pun tak guna, ia sekadar kaburi mata saja.

mengenai sape guru dia yg ada virus, tu agak susah kita nak kesan,. kita pun tak tahu sape guru dia, dan apatah lagi kita nak tahu guru dia ada virus jin. jadi perkara ini sangat subjektif. maka itu, kita tidak boleh terus ikut jalan mudah, dengan cop baca al quran untuk berubat mesti ada jin terlibat.

oh pasal teknik tu, adakah ia mengenai teknik memancung jin dan setan dgn pedang? kalau ikut apa yg tuan nyatakan diatas mengenai Khalid Al walid, begitulah yang saya faham.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 02:32 PM | Show all posts
Reply 143# Saat


   ye benar. Syaitan boleh dicederakan dan dipancung sebenarnya hanya guna parang or pedang. Syariat tak berubah sejak azali lagi. Kalau khalid al.walid r.a boleh pancung syaitan, maknanya jisim syaitan itu boleh dicederakan dengan benda tajam dan berjasad kasar.
Nabi Allah Idris pun pernah cucuk mata iblis pakai jarum . Ada cerita bab itu.

Itu adalah salah satu teknik yang kami pakai. banyak lagi teknik yang ada dan boleh dipelajari jika mahu.

wallahu aklam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 02:35 PM | Show all posts
tuan gammbir33,

pelaris, pengerun, penunduk tu tak salah. yg salah NIAT. contoh, jika s ...
Saat Post at 8-2-2012 13:55



    Sedare saat..
yg sedare cakap tuh adelah doa..berdoa agar musuh/rimau/jembalang gerun dengan kiter...berdoa tak salah..mintak lah ape aje Allah maha Kaya kalo pandai bahasa arab dlm bahasa arablah, kalo tak pandai, guna bahasa melayu pon boleh..ikut suka kiter lah janji kiter tahu/paham ape yg kiter doakan tu...

yg jadi isunyer berkenaan amalan tu...baca ayat ini sekian2 banyak dengan sekian2 hari pastu kalo kene hembus,hembuslah..kalo kene ludah,ludahlah..bagi saya itu bukan termasuk dalam kategori doa..
berbeza dengan kiter berdoa dlm bahasa melayu pastu kite selitkan."rabbi irfirli waliwa lidaiya war ham huma kama rabbayani soghira" walau pon itu ayat quran tak salah pon. atau kiter berdoa "ya Allah jadikanlah kedai makan aku ni semakin maju dan selamat dari segala bahaya" hari2, itu tak salah..itu yg saya faham dari berdoa

atau apekah pandangan sedare? atau saye silap paham?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 02:36 PM | Show all posts
Reply  Saat


   ye benar. Syaitan boleh dicederakan dan dipancung sebenarnya hanya guna parang  ...
800wg Post at 8-2-2012 14:32



    oh begitu. sekadar meleraikan kekeliruan. tekniknya dgn pancung ni, adakah kita boleh gunakan teknik ni begitu saja, maksud saya ambil pedang dan hayun? ia menjadi ke? dan bagi saya yg jahil ni, saya cuma akan rasa saya pancung angin saja, jadi bole tuan terangkan bagaimana caranya untuk memastikan pancung kita tu benar benar telah membunuh atau cederakan jin?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2012 02:38 PM | Show all posts
Reply 143# Saat

bab itu, tuan kena belajar sendiri dan buktinya tuan akan dapat kelak. Saya belajar pun makan 3 tahun, barulah Allah tunjukkan dengan bukti dan kefahaman. Boleh tetapi agak sukar dapat kefahaman dan bukti semata-mata melalui forum.

apa kata tuan berjumpa sendiri dgn ustaz mail dan dengar cerita dia. Selepas itu mintalah dengan Allah samada betul atau tidak apa yang saya dok cerita dalam forum ini.


Kepercayaan tuan adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman tuan. Kepercayaan saya adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman saya sendiri. Sukar untuk terima kepercayaan orang kecualilah tuan belajar apa yang saya belajar, dan alami pengalaman seperti saya alami,


Wallahu aklam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 03:44 PM | Show all posts
Reply 142# 800wg


    Salam en 800wg, Saya tertarik dgn hujah tuan berkenaan membaca Lailahaillallah ketika mengubat. Mudah saja. Sebenarnya bacaan itu BUKAN bertujuan mengubat tetapi lbh kepada mengingatkan diri si pengubat dan mengesakan Allah agar syaitan atau jin itu sedar bahawa si pengubat itu sampai mana tingkat fahamnya tentang agama Allah. Ucapan itu seperti amaran kepada syaitan bahawa Allah itu Esa. Allah shj Maha Kekal. Tiada yg berkuasa hanya Allah. Itu shj. Jika si pengubat tersalah faham atau tidak diajarkan guru atau tidak mendapat hidayah berbuat perkara yg betul, insyaAllah akan ada utusan dari Allah utk memelihara dia selagi dia tidak menipu Allah dan ikhlas.

Yg berkuasa menyembuhkan itu Allah jua. Kita hanya alat shj. Allah yg Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Jika Allah berkenan memberi hidayah kepada siapa pon, pasti dgn hanya satu ucapan Lailahaillallah akan terhapus segala yg bathil. Jadi pada tingkat itu bukanlah bermakna Al Quran itu tidak relevan, cumanya org itu telah 'sampai' tingkat ikhlas dlm beramal.

Membaca Al Quran dgn tujuan tertentu, sudah jadi hal dunia. Tetapi Allah lbh dulu dlm segala hal. Jadi tidak relevan membaca Al Quran utk tujuan yg menguntungkan diri sendiri. Baca Al Quran dgn niat mempersembahkan bacaan itu kpd Allah semata2. Tidak perlu tujuan. Allah akan kabulkan segala yg terdetik dlm hati jika kita benar hati,ucapan dan perbuatan. Allah Maha Agung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 03:54 PM | Show all posts
Sedare saat..
yg sedare cakap tuh adelah doa..berdoa agar musuh/rimau/jembalang gerun den ...
gammbir33 Post at 8-2-2012 14:35



    hehe....ludah kiri ludah kanan, tiup tiup  tu ke? yg ni saya tak ade komenlah. sbb ini lebih kepada adab bagi saya. contoh mcm lepas solat tu, kita usap muka, ada yg kata nabi tak ajar mcm tu. ada yang kata bidaah. ada pendapat kata walaupun nabi tak ajar, tapi nabi buat mcm tu, jadi eloklah kita ikut nabi buat sebagai sunnah. begitu jugaklah tiup tiup ni. setakat fahaman saya, setiap doa kita tu ada hikmahnya, ayat al quran ada gelombangnya, maka lepas doa kita tiup kat air misalnya dgn harapan gelombang ayat suci tu meresap ke air tu, maka jadilah air doa kaedahnya.

bagi saya perbuatan ini pun tak salah asalkan pokoknya masih tetap lagi niat dan kaedah yg tak bertentangan dgn syariat. tapi kalau seseorang tu tiup kiri tiup kanan... kerana dia pegang itikad dgn meniup tu mendatangkan kesan, tiup tu wajib buat sbb itulah makbul, haa camtu salahlah. dah lah niat pon tak betul, zikir dan doa sebab nak kebal, nak bukak mata scan, nak ghaib, nak dapat keris sakti alam ghaib. haa yang mcm ni jelaslah salah sbb ia mengundang jin.

seorang imam yg berdoa kemudian tiup pada air, sama saja sorg tok bomoh berdoa dan tiup pada air. dua dua perbuatan sama. tapi amat berbeza hukumnya dan kesan bilamana faktor niat dan bacaan apa yg mereka gunakan. sorg memohon pada Allah, sorg lagi memohon pada jin. kalau makbul imam tu, adalah izin dan reda Allah, kalau makbul tok bomoh itu juga izin Allah tapi tak reda sbb yg bantu adalah jin.

begitulah pada fikiran saya, mungkin salah, maka tolong betulkan.

allahu wa alam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 04:01 PM | Show all posts
Reply  800wg


    Salam en 800wg, Saya tertarik dgn hujah tuan berkenaan membaca Lailahaillalla ...
InspekterZ Post at 8-2-2012 15:44



    saya setuju apabila tuan kata, jika kita ikhlas dan tidak cuba menipu Allah, maka Allah akan pelihara kita dari kesesatan. memang benar sekali.

dari perbincangan ini, jelasnya 2 perkara, satu merawat dgn ayat ayat al quran atau dipanggil ruqyah, manakala mengikut tuan 800wg, ia bole mendatangkan jin sekiranya yg baca tu berguru dgn guru yg ada saka, jin, dll. maka tuan 800wg memberikan alternatif rawatan dgn tanpa perlu membaca al quran tetapi teknik.

memang menarik untuk dikupas.. sama sama kita bincangkan dgn hati terbuka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 04:06 PM | Show all posts
Reply  Saat

bab itu, tuan kena belajar sendiri dan buktinya tuan akan dapat kelak. Saya belajar  ...
800wg Post at 8-2-2012 14:38



    memang saya akui setiap teknik dan ilmu perlu belajar. cuma berdasarkan kepada penerangan tuan, saya faham bahawa ia tidak berkaitan dgn amalan membaca al quran (dalam kes rawatan sihir), ia lebih pada teknik. jadi, jika saya belajar dgn cikgu tuan, ia juag berkisar dgn teknik menhayun, teknik menikam gitu?

harap pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 04:09 PM | Show all posts
Reply 138# gammbir33


    Salam en gambir33. Terima kasih. Saya suka tulisan en. gambir. Iblis dari dulu sampai sekarang tak tahu apekah yg yg membuatkan ia pekak ketika insan yg soleh memuji Allah. Jawapannya ikhlas, tulus dan yakin dlm mengesakan Allah. Ketika itulah kita sgt dekat dan di kasihi Allah. Ketika itulah Iblis tidak mampu berbuat ape2 kerana buta pekak dan tuli di sebabkan zikrullah yg dahsyat itu. Bila iblis sedar tak mampu menghampiri org soleh itu, maka ia pergi ubati dirinya dengan si penipu yg menipu Allah. Sebab si penipu itu adalah org yg menggembirakan iblis. Jadi, menipu dlm ape jua amal ibadah adalah sgt mengundang kegembiraan Iblis. Bacalah Al Quran dan berdoa dgnnya setulus hati. Allah sgt menyukai malah ganjarannya di akhirat kelak sgt menguntungkan. Membaca potongan Al Quran utk tujuan tertentu tidak salah, cuma kene lihat siapa yg membacanya. Adakah dia org soleh dan berilmu atau org dungu yg menipu Allah. Beramal utk menipu Allah, iblis pasti sgt menyukai org itu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 04:34 PM | Show all posts
Reply 151# Saat

salam tuan saat,

bukanlah cerita tikam , hayun , tetak sebenarnya. Ada banyak lagi tuan perlu fahami sebelum sampai ke tahap itu. basic penerangan tentang konsep ilmu yang haq dan bathil itu perkara asas. dah lepas bab asas tu, barulah bermula bab teknik.


kalau nak tikam , hayun tetak tu..dah macam belajar martial art dah. Bukan macam tu. Ada doa yang disertakan dengan setiap perbuatan. Asas iman ada 3 iaitu tasdiq, lafaz dan perbuatan. Mestilah ada ketiga2 benda nie baru lah sesuatu itu kira lengkap dan jadi amalan yang haq.


Apa kata tuan jumpa dulu ustaz mail dan fahamkan. Janganlah risau yang memberikah hidayah dan kesesatan tetap Allah. Kami hanya tunjuk aje. Banyak lagi stage yang perlu tuan belajar sebelum nak tibai syaitan kat luar tu. Nak kena settlekan jin didalam diri tu dulu.


Mostly pengajian tentang hakikat teknik bunuh jin merangkumi 4 ilmu utama. iaitu ilmu tauhid, ilmu feqah, tasawuf dan ilmu itu sendiri. Jangan risau sangat, bukanlah belajar secara intensif mcm belajar kat sekolah pondok. Semua tuan-tuan dah belajar kat sekolah tetapi dipertajamkan dan diperkemaskan.


Anticlimax pulak kalau saya bagitahu ending sesuatu cerita. Endingnya insyaAllah yang baik-baik sahaja.


wallahu aklam...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 06:45 PM | Show all posts
seeloknya saudara mendalami ilmu tauhid dan memahami dahulu sifaf 20 betol2,dikuatiri saudara akan mudah terpesong..memang ada ilmu 2  memgunakan ayat quran untuk kebal dan sebagainya,cuma saudara kena ingat ada jugak mengunakan ayat al quran secara songsang ,bacaan ditambah atau dikurangkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 02:35 AM | Show all posts
Reply 148# InspekterZ

Aku setuju yang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 11:02 AM | Show all posts
Reply 136# 800wg


    wasalam

terima kasih atas hujahan saudara
cuma saya masih mahu bertanya
adakah maksud PERKATAAN PERLINDUNGAN dalam AYAT itu
bersamaan dgn BANTUAN yg manusia perlukan
sedangkan
BANTU MEMBANTULAH KAMU DALAM PERKARA KEBAIKAN dan
SESAMA ISLAM BERSAUDARA dan
siapakah KHALIFAH atas muak bumi ini???

maaf ya sekadar pertanyaan utk dikongsi bersama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 12:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by 800wg at 9-2-2012 12:57

Salam tuan,

Saya nie bukanlah berilmu mana pun, sedikit aje ilmu pinjaman Allah. Apa-apa pun saya cubalah jawab berdasarkan apa yang saya tahu anggaplah ini pendapat saya sahaja, nak terima boleh,,,tolak pun silakan.

`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

72:6. Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian.

Saya letakkan dua tafsiran yang berbeza ayatnya untuk ayat yang sama. Dalam satu tafsiran hanya menyatakan perlindungan semata-mata dan satu lagi lebih detail iaitu meminta pertolongan untuk menjaga dan melindungi diri mereka.

Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; Dia lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu). (Al-Anfaal 8:40)

Dari kedua-dua ayat ini jelas menyatakan bahawa Allah sebenarnya menyuruh kita berlindung dan meminta pertolongan terus daripada Allah dan bukanlah jin. Sebaik-baik penolong dan  tetap Allah. Dari kedua dua tafsir ini maknanya lebih kurang ialah larangan Allah untuk manusia dari meminta bantuan dan juga perlindungan dari jin disebabkan itu akan menyebabkan kedua-dua termasuk dalam kekejian dan menjadikan golongan jin dalam golongan sombong dan jahat.

Mahunya tak , manusia yang Allah bagi pelbagai kelebihan dan ilmu dan taraf yang paling mulia, meminta bantuan dan perlindungan dari golongan bawahan yang sebenarnya lebih lemah dan tak sebanding dengan manusia. Nie membuat kan jin nie jadi sombong dan takabur seperti mana perangai Iblis itu sendiri. (iblis pun jin). Pendek kata mereka nie memang jenis sombong dan jahat kecuali golonagn yang beriman.

Bab ini pun sama jugak, bila kita berlindung dgn jin dan minta bantuan jin sebenarnya dengan tak sengaja kita mensyirikkan Allah.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-Hujuraat 49:10)

Bab bersaudara itu sebenarnya adalah antara manusia dengan manusia walaupun ada hadis mengatakan jin islam itu saudara kita. Lebih tepat kita ambil maksud bersaudara itu adalah antara manusia-manusia.

Bagi saya adalah mudah. Kita dilarang meminta bantuan jin. Perlindungan jin itu lebih dalam maksudnya berbanding bantuan. Berlindung itu lebih besar maksudnya. Melindungi itu bermaksud satu pihak yang lebih kuat menjaga dan mengawal keselamatan satu pihak yang lebih lemah. Kan ke jatuh martabat manusia jadinya.
Sebenarnya kalau dihalusi kita larang pun berkawan dengan jin disebabkan apabila kita berkawan kita akan bantu membantu. Puak2 jin nie memang terlebih bab menghulurkan bantuan kepada manusia. Sebabnya mudah, mereka nak kita mensyirikkan Allah tanpa sedar.
Jika jin itu benar-benar beriman mereka ini tidak akan masuk campur or peduli hal manusia seperti mana manusia yang beriman tak akan masuk campur hal jin.

Larangan Allah bab meminta bantuan ini dan berkawan ini sebenarnya untuk kedua-dua pihak iaitu manusia dan jin.

Bab khalifah pula

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-An'aam 6:165)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(Al-Baqarah 2:30)

Manusia adalah khalifah. Khalifah itu bermaksud raja ataupun pentadbir. Sememangnya Allah menjadikan kita khalifah. Maksud khalifah yang saya tahu ialah Makluk yang Paling Mulia yang Diberi Kuasa dan Berkuasa. Kalau anda kenal diri anda, kelebihan yang Alllah bagi kat anda  dan kemuliaan yang Allah bagi kat anda, anda tak akan minta bantuan dari golongan jin.

Wallahu aklam..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 07:39 PM | Show all posts
salam

8:34. Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan mengazab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya (pelindung-pelindungnya)?
Pelindungnya hanyalah orang-orang yang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

sila fahami Pelindung disini.....

8:36. Orang-orang yang tidak percaya menafkahkan (membelanjakan) harta-harta mereka untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan mereka masih akan menafkahkannya, hingga ia adalah satu penyesalan bagi mereka, kemudian dikalahkan; dan orang-orang yang tidak percaya akan dikumpulkan di dalam Jahanam,
8:37. Supaya Allah memisahkan yang buruk daripada yang baik, dan supaya Dia meletakkan yang buruk, sebahagiannya di atas sebahagian yang lain, lalu Dia melonggokkan mereka kesemuanya, dan meletakkan mereka di dalam Jahanam; mereka itulah orang-orang yang rugi.
8:38. Katakanlah kepada orang-orang yang tidak percaya, jika mereka berhenti, Dia akan mengampuni mereka atas apa yang telah lalu; tetapi jika mereka mengulangi, sunnah (resam) orang-orang dahulu kala telah pun berlalu!
8:39. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah melihat apa yang mereka buat.
8:40. Tetapi jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa Allah ialah Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, Penolong yang sangat baik!

sila fahami orang2 yg tidak percaya.......jika mereka berpaling

72:11. Dan sebahagian daripada kami adalah yang salih, dan sebahagian daripada kami tidaklah demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan

inikan dari golongan jin

72:14. Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati

sama kott mereka macam manusia

sama kah erti PERLINDUNGAN dan BANTU-MEMBANTU
72:22. Katakanlah, “Daripada Allah, yang melindungi aku tiada sesiapa, dan aku mendapati, selain daripada-Nya, tiada perlindungan,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.070118 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list